Ingat lagi malam tu, masa dah terbaring kat atas katil, disaat nak tidur tidurkan, aku terkejut bila ternampak ada cecair macam lendir meleleh keluar dari telinga Leesa.
Cecair tu bau busuk sangat dan warna dia pun warna coklat cair. Bau busuk tu aku tak tahan, sampai aku terpaksa tutup hidung. Keadaan ni hanyalah sebab aku orang yang berada paling dekat dengan Leesa ketika itu. Ayah dan kakak-kakak Leesa duduk jauh sedepa dari Leesa, jadi mereka tak bau bauan tu.
Aku terus ambil kain bersih, dan lap lendir tu. Bila lap, lendir tu keluar lagi dan lagi. Tapi yang ajaibnya Leesa tak menangis. Last-last Leena terlelap dan terus terlena diulit mimpi.
Esokkan harinya, aku terus bawa Leesa ke hospital swasta berjumpa pakar ENT (Doktor pakar telinga, hidung, dan tekak). Nasib baik ketika tu,doktor tersebut ada slot kosong. So, bolehlah aku terus jumpa doktor tanpa perlu menunggu hari-hari seterusnya.
Masuk je bilik doktor, doktor terus tanya "apa yang saya boleh bantu Puan?".
Then aku pun ceritalah kat doktor ENT tu pasal telinga Leesa.
Kemudian, doktor tanya "dia nangis tak Puan?".
Aku pun jawab "tak nangis doktor".
Doktor kata "biasanya kalau jadi macam tu, anak-anak akan menangis sebab sakit. Mungkin Leesa dah menangis masa hari-hari sebelum tu, tapi kita tak perasan yang dia menangis sebab sakit telinga".
Aku pun mengimbau balik hari-hari sebelum lendir tu keluar meleleh dari telinga Leesa. "EH! a'ah lah , betul la, Leesa ada menangis 2-3 malam sebelum tu, dia menangis masa waktu malam, masa dah nak dekat-dekat nak tidur. Waktu siang pun dia ada menangis tapi tak lama", kata aku.
Aku ingatkan masa tu Leesa menangis sebab lapar atau tak selesa, rupanya sebab dia sakit telinga. Uhhh! Terus perasaan bersalah tu hadir.
Pastu doktor minta aku bawa Leesa duduk kat atas kerusi khas untuk masukkan kamera kat dalam telinga. Kerusi ni memang ada kat semua bilik Doktor ENT.
Gambar sekadar hiasan.. Dalam gambar ni ialah Kakak sulung Leesa. Beliau berjumpa doktor yang sama sebab ada masalah sinus. Masa Leesa jumpa doktor ENT tu, aku langsung tak ada peluang nak pegang handphone sebab nak kena pegang Leesa.
Mula-mula aku kena duduk atas kerusi tu dan ribakan Leesa. Mula-mula dia ok, dia hanya memerhatikan je sekeliling tanpa syak apa-apa. Bila mana doktor dah ready untuk masukkan kamera tu, Leesa terus menjerit dan meraung tanda tidak bersetuju dengan tindakan doktor tu.
Kemudian, doktor terus cakap kat aku - minta untuk baringkan Leesa kat atas katil, dan dia akan balut leesa dengan selimut. So, tangan Leesa tak dapat bergerak langsung.
Leesa masih menangis, tapi aku kentalkan hati sebab aku tahu prosedur tu tak menyakitkan. Cumanya Leesa ketakutan sebab ingat ia sakit. Aku pula doktor minta untuk peluk leesa dari tepi, untuk tenangkannya.
Sekejap je prosedur tu, dalam 5-10 minit dah siap.
Dan hasil pemeriksaan, doktor mendapati yang gegendang telinga Leesa dah pecah.
Masa doktor bagitau aku tu, aku terkejut dan risau sangat. Risau Leesa akan menjadi pekak.
Pastu doktor terus tenang aku, katanya "Puan jangan risau, gegendang ni akan sembuh semula dan akan pulih seperti sedia ada".
Aku tanya doktor "Bila akan oulih sepenuhnya tu doktor? Setahun ke atau 2-3 tahun?".
"Tak lah lama macam tu Puan, dalam 2-3 bulan jer, Puan jangan risau, everthing will be fine".
Ye lah, ibu mana kan tak risau? Ibu mana nak tengok anaknya ada kecacatan di mana-mana bahagian tubuh.
Doktor ni bagus sangat. Dia betul-betul explain kat aku kenapa perkara tu berlaku dan perkaitannya dengan organ badan yang lain. Doktor siap tunjuk kat aku lagi anatomi telingan manusia, macam mana organ-organ di kawasan telinga ni berfungsi.
Dan punca sakit ni terjadi kat Leesa ialah sebab selsema. Leesa sebelum ni demam. Leesa memang kerap demam. Boleh kata, setiap bulan Leesa akan demam, sejak dari dia baby lagi.
Tapi kali ni, demam tu datang sekali dengan selsema. Dan selsema tu berpanjangan, tak sembuh-sembuh. Dah makan ubat dah tapi tetap juga tak sembuh-sembuh. Hingus keluar dari hidung Leesa banyak sangat.
Dan doktor beritahu bahawa lendir yang keluar dari telinga Leesa tu ialah sebenarnya hingus Leesa. Hingus yang sangat banyak tu dah tak mampu nak keluar ikut hidung, jadi ia akan keluar ikut telinga.
Disebabkan telinga manusia ada gegendang (Pemisah antara lubang telinga dan saluran pendengaran), jadinya hiingus tu mengambil masa yang agak lama untuk 'mengetuk' gegendang telinga sedikit demi sedikit. Semasa proses 'ketukan' inilah, anak akan merasa sakit disebabkan oleh tekanan yang luar biasa yang dirasai oleh gegendang telinga.
Lega aku dengar penjelasan doktor tu. Memang betul-betul buat aku puas hati. Tak sia-sia aku spend duit untuk jumpa doktor ni.
Dan akhirnya, doktor berikan Leesa ubat antibiotik dan ubat cecair untuk letak kat dalam telinga. Antibiotik tu diberikan untuk elakkan jangkitan kuman, sebab Leesa dah demam dah ketika tu.
2 minggu selepas tu aku kena follow-up semula dengan doktor, dan masa follow-up tu, telinga Leesa masih tak sembuh sepenuhnya lagi. Jadinya, kami kena datang lagi jumpa doktor semula minggu depan. Dan akhirnya selepas 3 kali perjumpaan, Leesa sembuh sepenuhnya dan dah boleh 'discharge' dari klinik ENT tersebut. Alhamdulillah lega.
Pesan doktor sebelum aku keluar dari pintu klnik, doktor cakap "jangan masukkan leesa kat taska atau pengasuh". Dan aku beritahu doktor, yang Leesa sebenarnya tak pergi ke rumah pengasuh mahupun taska, sebab aku jaga sendiri dia di rumah, aku kan suri rumah. hihi.
Kejadian ni berlaku ketika tahun 2024, bulan November. Masa tu umur Leesa setahun 11 bulan.
***************************************************************
Selang beberapa bulan selepas kejadian tu, gegendang telinga Leesa pecah lagi untuk kali kedua.
Bersambung....



Add your comment