Showing posts with label Life

Tetiba Terpaksa Tukar Tayar Kereta

in , , , , by dorsett pink, January 17, 2024

 Tetiba Terpaksa Tukar Tayar Kereta

Ujian pertama di tahun 2024 ni - tayar kereta aku bengkak, dan terpaksa ditukar segera. huhu. 

Kesan Penyakit Kencing Manis Diabetis Boleh Buatkan Penglihatan Mata Menjadi Buta. 

Penyakit kencing manis atau diabetis ialah merupakan pembunuh No.1 Rakyat Malaysia. Sebanyak 18.3 % atau 3.9 juta Penduduk Malaysia menghidap kencing manis pada tahun 2019. Angka ini sangat membimbangkan memandangkan ia menunjukkan peningkatan yang tinggi. 

Pada tahun 2015, mereka yang dijangkiti penyakit diabetis ini hanya 13.4 % sahaja, namun, jumlahnya meningkat sebanyak 4.9% hanya dalam tempoh 4 tahun sahaja dan jumlah ini dijangka akan semakin meningkat   (Sumber :  Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019).

Dan korang tahu tak yang sebenarnya penyakit kencing manis ni bukan sahaja memudaratkan kesihatan kita, tapi ia mampu buatkan mata menjadi buta.

 

https://hctm.ukm.my/oftalmologi/kesan-kencing-manis-ke-atas-penglihatan/

PhD Talk : TIPS Buat Phd Dengan Tenang Tanpa Stress

in , , by dorsett pink, June 10, 2022

Assalamualaikum. Hye korang. Hari ni aku nak share pasal TIPS nak buat Phd atau Master khas untuk korang yang nak sambung buat master PhD ataupun yang tengah sambung belajar sekarang. TIPS Buat Phd Dengan Tenang Tanpa Stress.

Sebab aku faham macammana perasaan korang masa buat PhD. Ibarat dunia ni tak seindah yang kita sangka, tak seperti apa yang kita inginkan Igatkan buat PhD senang dan tenang-tenang saja, tengok kawan-kawan boleh melancong ke sana-sini sambil tengah studi, tapi bila sendiri dah buat barulah rasa macam 'dunia nak terbalik'.  hahahhaha. Begitulah perumpamaannya. 

https://ajar.com.my/2019/04/05/phd-ni-apa-sebenarnya-macam-mana-nak-sambung/


 Minimalism Lifestyle : My Fridge. Aku ni jenis orang yang simple. Segala benda aku nak simple jer kalau boleh tapi tak semua benda yang aku nak aku boleh dapat. Memang manusia macam tu kan? Kita tak dapat semua apa yang kita nak. 

Kalau sambung belajar buat Master atau Phd di mana-mana Research University di dalam Malaysia, peluang nak pergi ke luar negara secara percuma sangat terbuka luas .

 Macam yang korang tahu aku, en.suami dan Kakak FL disahkan positif Covid-19 sepanjang minggu ni. So, entri kali ni aku nak share pasal TIPS Cara Aku Merawat Covid-19 Bila Kena Kuarantin Sendiri ni dan apa ubat-ubatan yang kitaorang gunakan sepanjang tempoh postifi Covid-19 ni. 

Pagi tadi aku pergi brisk walk kat taman kanak-kanak di kejiranan yang aku duduk ni. Leeya main playground kat situ, dan aku pergi brisk walk sorang-sorang - jalan-jalan keliling taman tu. 

Sejak masuk tahun 2022 ni, Alhamdulillah aku konsisten exercise at least 3 kali seminggu. Hopefully aku istiqomah la sampai ke akhir tahun nanti. Ni dalam misi #roadto50kg . 

Pergi 'Nursery' Shopping Baja & Pokok Bunga

in , , by dorsett pink, January 17, 2022

Baru-baru ni en.suami bawak aku dan anak-anak pergi ke nursery sebab dia nak beli baja untuk tanaman kitaorang kat rumah ni. 

Kitaorang tanam-tanam pokok ni kat halaman kecik depan rumah jer. Jadilah. Ok jugak. At least berguna jugak halaman tu dari biar macam tu jer. 

Bestlah anak-anak pergi 'nursery' sebab tu first time diaorang datang ke 'nursery' pokok. Teruja sangat diaorang tengok banyak pokok-pokok dan pasu yang macam-maam saiz ada kat nursery tu. 

Pokok Jagung Kakak FL

in , , , by dorsett pink, January 15, 2022

 Pokok Jagung Kakak FL.

Sejak tahun lepas kitaorang sekeluarga ada hobi baru iaitu 'berkebun', orang putih cakap 'gardening'. 

Sayur pertama yang ditanam kat rumah baru ni ialah bayam. Aku ada tulis entri pasal tu kat sini:  'BAYAMKU' dan 'PROFESION BARU - JADI TUKANG KEBUN'.

Secara tak langsung bila anak-anak duk tengok ayah diaorang berkebun, anak-anak pun turut sama tanam minat untuk berkebun. 

So, hujung tahun lepas, Kakak FL beli benih jagung masa jalan-jalan kat AEON. Murah je benih jagung tu - RM 5. Masa tu en.suami duk borong beli pasu banyak-banyak kat AEON tu. Masa tu tengah murah, ada Year End SALE. Sampai pasu pun ada diskaun 😁. 1 pasu harga RM 5. Giler tak murah. 

 Kesian Kucing Tu Tersekat Dalam Longkang Bawah Tanah Sedalam 5 meter. 

Anak-anak aku, Kakak FL dan Leeya suka sangat tengok cerita pasal selamatkan kucing kat Youtube. Cerita tu macam dokumentari, bukan drama, dari Korea, nama channel tu ialah Kritter Klub.  So, diaorang cakap pasal Korea jer lah. Tapi ada subtittle kat bawah tu. 

Kakak FL dah pandai baca, so dia bolehlah baca subtittle tu sambil explain kat adik dia. 

Channel Kritter Klub ni dia cerita pasal diaorang selamatkan kucing jalanan yang tengah bertarung nyawa untuk selamatkan diri sendiri. 

Selain dari kucing, ada jugak kadang-kadang diaorang tunjuk pasl anjing. Tapi kebanyakannya pasal kucing lah. 

Lampu Solar Masa Rumah Blackout Tak Ada Elektrik

in , , by dorsett pink, January 11, 2022

Lampu Solar Masa Rumah Blackout Tak Ada Elektrik.

Masa banjir hari tu, rumah aku tak ada lektrik juga sekejap. Sebab bekalan elektrik ditutup. Air pun tak ada sebab loji tutup untuk tujuan pembersihan. 

Masa tu baru aku terfikir pasal 'lampu solar atau solar lamp' yang boleh charge guna tenaga solar (cahaya matahari). Biasanya, kalau rumah aku blackout tak ada elektrik, aku guna lilin jer. Sebab sejak turun-temurun dah diajar guna lilin kan, sejak kecik lagi.

Kiranya solar lamp ni teknologi terkini lah. Aku start tahu pasal solar lamp ni pun masa pergi hiking dulu-dulu. Bila dah lama sangat tak hiking terus lupa. 

Yuran Sekolah Rendah AL-Amin

in , , by dorsett pink, January 10, 2022

Yuran Sekolah Rendah AL-Amin | Hari ni hari pertama sesi persekolahan untuk penggal ke-3 sesi sekolah tahun 2021. Nanti Bulan Mac 2022, baru masuk sesi persekolahan tahun 2022. 

Aku happy sangat, apatah lagi Kakak FL, happy sangat dia ke sekolah hari ni. 

Sebabkan sekarang dah tak ada penggiliran, so memang banyaklah kereta kat atas jalanraya pagi tadi. Memang jem giler. Tapi nasib baik kitaorang keluar awal, so Kakak FL boleh sampai sekolah dia on time. Tapi bila jer hantar dia, dan aku nak patah balik rumah, fuuhh! tersangkut dalam jem. Nak dekat 1 jam jugaklah baru sampai rumah.

Sebabkan happy dengan aura tahun baru, aku nak share pasal Yuran Sekolah Rendah AL-Amin hari ni sebab Kakak FL bersekolah kat Sekolah Rendah Al-Amin ni. Ramai yang nak tahu berapa yuran sekolah ni, jadi aku share - lah kat blog ni supaya senang parents yang lain cari info. 

Kos Baiki Kereta Masuk Banjir 2022

in , by dorsett pink, January 06, 2022

Kos Baiki Kereta Masuk Banjir 2022.

Akhir tahun lepas Negeri Selangor ditimpa musibah banjir besar. Pertama kali dalam sejarah sepanjang aku hidup aku terjadi bencana macam ni. Biasanya kita dengar banjir kat Terengganu dan Kelantan jer, kali ni kat Selangor. 

Banjir pulak tinggi giler air, ada sampai air tutup habis kereta. Kalau kereta masuk air, parah tau kos baikinya. Aku pernah share dalam entri aku sebelum ni , masa rumah aku banjir tahun 2020 hari tu. Ni dia entri aku - 'BERAPA HARGA BAIKI KERETA MASUK BANJIR?'.

FLORONA - Varian Baru Covid-19

in , by dorsett pink, January 05, 2022

 Hari ni aku nak share pasal FLORONA Virus. Berita yang sangat mengejutkan dunia. 

Kalau selama ni kita takut dengan virus CORONA. Tapi ni ada lagi virus yang lagi hebat dari Covid19 iaitu FLORONA. 

BYE-BYE 2021

in , , by dorsett pink, December 31, 2021

Selamat tinggal tahun 2021. 


2021 - tahun yang sangat mencabar untuk semua rakyat Malaysia.

Tanggal 18 Disember 2021 menjadi detik bersejarah buat Malaysia, bilamana Negeri Selangor dilanda banjir

Start dari Hari Jumaat (17 Disember 2021), hujan start dari pagi tak berhenti-henti smpai ke malam. 

Malam tu aku dah risau, bukan risau pasal aku, tapi risau dengan tempat-tempat lain especially kat rumah lama aku dulu. Aku dah pernah kena banjir tahun lepas, so bila hujan je aku jadi takut dan fobia. 

Aku siap cakap lagi kat Kakak FL "hujan lebat dari pagi tadi, kalau esok hujan tak stop jugak mahu banjir KL ni". Tengok-tengok bukan KL yang banjir tapi Selangor. huhu. 

Pengalaman & Kos Buat MRI Pertama Kali

in , , , , , by dorsett pink, November 23, 2021

Pengalaman & Kos Buat MRI. 

Semalam aku buat MRI kat Hospital Pengajar UPM, Serdang, atau senang nak sebut 'Hospital UPM'. Hospital ni baru lagi, terletak kat belakang Hospital Serdang. 

Nama jer Hospital UPM tapi ia bukan untuk warga UPM jer, sesiapa pun boleh datang dapatkan rawatan kat sini. Kalau agak-agak malas nak bersesak-sesak kat Hospital Serdang tu, drive je ke belakang pergi Hospital UPM ni (follow jer signboard kat tepi jalan tu menuju ke Hospital Pengajar UPM). 

kos buat MRI

TIPS Untuk Kita Sentiasa Relaks, Tenang dan Hidup Tak Kelam Kabut.

Kita ni manusia biasa. Ada hari-hari yang kita rasa best sangat, rasa happy sangat, rasa macam hari ni sangat-sangat amazing yang boleh buatkan kita senyum lebar jer sepanjang hari. 

Tapi ada hari-hari yang kita rasa kelam-kabut, rasa tak keruan, rasa gelisah, rasa macam apa pun yang kita buat  hari tu semuanya tak best dan tak menjadi. Last-last hidup kita hari tu rasa macam serabut giler. Rasa macam huru-hara sangat hari kita waktu tu. 

Lagi parah, apa yang kita buat hari tu semuanya macam salah. yang akhirnya buatkan kita bad mood dan bengang jer sepanjang hari. 

Pernah kan rasa macam ni?

Bahagia Itu Pilihan

in , , by dorsett pink, November 13, 2021

Bahagia Itu Pilihan

Ada orang dia selalu cakap yang dia tak bahagia. 

Bila tanya kenapa tak bahagia? 

Dia akan mula bercerita panjang lebar - itu ini itu ini itu ini... bla... bla.... bla... 

Sijil Vaksin Dulu dan Sekarang

in , by dorsett pink, September 11, 2021

 Sijil vaksin sebenarnya dah wujud sejak masa pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah (Ottoman Empire) lagi. 

Dulu-dulu masa zaman pemerintahan Sultan Suleyman Khan (1520 - 1566) atau nama glamournya Sultan Suleyman Al-Qanuni dah ada wabak penyakit sehingga diisytiharkan sebagai 'PANDEMIK'. Wabak masa tu ialah 'plague'. 

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE