Yuran Sekolah Rendah AL-Amin

in , , by dorsett pink, January 10, 2022

Yuran Sekolah Rendah AL-Amin | Hari ni hari pertama sesi persekolahan untuk penggal ke-3 sesi sekolah tahun 2021. Nanti Bulan Mac 2022, baru masuk sesi persekolahan tahun 2022. 

Aku happy sangat, apatah lagi Kakak FL, happy sangat dia ke sekolah hari ni. 

Sebabkan sekarang dah tak ada penggiliran, so memang banyaklah kereta kat atas jalanraya pagi tadi. Memang jem giler. Tapi nasib baik kitaorang keluar awal, so Kakak FL boleh sampai sekolah dia on time. Tapi bila jer hantar dia, dan aku nak patah balik rumah, fuuhh! tersangkut dalam jem. Nak dekat 1 jam jugaklah baru sampai rumah.

Sebabkan happy dengan aura tahun baru, aku nak share pasal Yuran Sekolah Rendah AL-Amin hari ni sebab Kakak FL bersekolah kat Sekolah Rendah Al-Amin ni. Ramai yang nak tahu berapa yuran sekolah ni, jadi aku share - lah kat blog ni supaya senang parents yang lain cari info. 


Aku nak jelaskan sebelum ada yang bertanya, yang sekolah ni ialah sekolah swasta, sebab tu kena bayar yuran. Dan bagi aku yuran dia tak semahal macam sekolah antarabangsa. 

First of all, aku mintak maaf dulu sebab angka yang aku nyatakan ni bukan 'exact figure', ada terlebih terkurang. Aku tak pasti sangat angka betul-betul berapa sebab yang jaga akaun yuran ni ialah en.suami aku. 

(Setiap parents ada akaun masing-masing untuk sennag kita bayar yuran, so bila tiba waktu kita nak bayar, masuk je dalam portal dan masukkan je ID kita, semua yuran yang kena bayar ada dalam portal kecuali yuran makan kena bayar manual). 

Yuran Pendaftaran - RM 600 (sekali bayar jer).

Yuran Tahunan - RM 1250 (kena bayar setiap awal tahun).

Yuran Bulanan - RM 400 sebulan (kena bayar setiap bulan selama 12 bulan atau boleh bayar terus lum sump - RM 4800). 

Yuran makan - dalam lingkungan RM 150 sebulan - makan pagi dan tengahari (Yuran makan berdasarkan bilangan hari bersekolah secara bersemuka sahaja, so yuran makan ni tak sama setiap bulan).


Ini jer lah kot yuran yang parents kena bayar. Kalau sekolah menengah, lain pulak harganya. Masa PdPR hari tu, yuran bulanan tu ada pengurangan sikit, tapi tak banyak sangat. 

Bagi aku, yuran sekolah Al-Amin ni lagi murah dari yuran tadika. hihihi. 

Boleh baca entri-entri ini juga : 

SEKOLAH KEBANGSAAN ATAU SEKOLAH SWASTA PILIHANKU??

- TEMUDUGA KEMASUKAN TAHUN 1 KE SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-AMIN.

- KAKAK FL DITERIMA MASUK KE SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-AMIN

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. zaman anak2 sekolah dah berakhir dah bg akak. hehe..kurang lebih mcm zaman anak2 akak sekolah dulu. tp of coz dah naik la kan.

    ReplyDelete
  2. Berbeza betul dengan sekolah kebangsaan

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE