Aku dan en.suami jenis suka food hunting jugak tapi bukan kategori hard-core food hunter la. Kalau ada masa, ada kelapangan waktu, kitaorang akan keluar pergi JJCM - Jalan-Jalan-Cari-Makan, biasanya akan pergi dengan big family. Makan ramai-ramai baru meriah. 

So, ni aku nak share pasal 3 Tempat Breakfast Sarapan Pagi Yang Best di KL ni. 

Kalau korang datang KL, try lah pergi ke salah-satu kedai ni. 



1. Levain Boulangerie Patisserie Cafe

Levain Boulangerie Patisserie Cafe ni terletak kat Jalan Delima, Off Jalan Imbi , Kuala Lumpur. Dekat sangat dengan Prince Court Medical Centre. kafe ni dibua seawal jam 7.30 pagi. Pukul 9 pagi orang dah start ramai. Bila orang ramai jawabnya kena beraturlah kalau nak makan kat sini especially bila hari cuti atau hari weekend. 

Baca : BREAKFAST AT LEVAIN BOULANGERIE PATISSERIE CAFE, KUALA LUMPUR








2. Dotty's Pastries and Coffee Cafe

Kafe Dotty Pastries and Coffee ni ada 2 cawangan. Satu di TTDI (Taman Tun Dr.Ismail) dan 1 lagi kat Suria KLCC. Aku pernah pergi kat cawangan KLCC jer. Kafe ni buka jam 9.00 pagi di Suria KLCC, kat Aras G, dekat dengan Butik LongChamp. 

Baca : BREAKFAST KAT DOTTY'S PASTRIES & COFFEE






3. Kenny Hills Bakers Cafe

Kenny Hills Bakers Cafe ni dah ada banyak cawangan kat KL ni. Kalau dulu sangat famous kat cawangan Bukit Tunku, sampai nak parking pun susah. Kalau datang lambat, jawabnya pergi je kedai lain sebab tak ada parking. Tapi sekarang tak susah dah, sebab dah banyak cawangan.

Antara Cawangan Kenny Hills Cafe : Bukit Tunku, Ampang, TTDI, BSC (Bangsar Shopping Centre), dan Desa Park City. 

Untuk info lanjut, boleh tengok website Kenny Hills Bakers Cafe: https://www.kennyhillsbakers.com/ 



(Picture courtesy : Website Kenny Hills Bakers Cafe)

Harga kat semua kafe-kafe ni agak mahal. Aku bagitau dulu takut nanti ada yang terkejut bia tengok menu. So, sediakan duit seckupnya. Apa salahnya reward diri sendiri dan ahli keluarga dengan makanan sedap-sedap kan sekali-sekala. Bila family kita happy, kita pun akan happy sama. 

Selamat menjamu selera guys. 

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. nampak sedap dan cantik cara letak makanan tu. dah boleh bayangkan dah kenapa harga dia mahal.

    ReplyDelete
  2. teringin nak gi Kenny Hills tu. Hopefully ada rezeki nanti

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE