TIPS Travel : Benda Yang Dilarang Dalam Cabin Bag & Luggage.

Assalamualaikum guys. 

Aku nak share benda yang sangat mustahak bila travel naik kapal terbang. Bila naik flight, please be alert dengan segala benda yang masuk dalam luggage kita dan cabin bag kita. So, ni aku nak share dengan korang - 'Apakah Barang Yang Dilarang Dalam Cabin Bag & Check-In Luggage'.



 

Benda yang dilarang dalam CHECK-IN LUGGAGE ialah : 

- Lighter / pemetik api

- Botol aerosol

- Gas (Biasanya botol gas yang kecil tu)

- Rokok

- Bateri - apa-apa jenis bateri sekalipun termasuk bateri jam & bateri kamera

- Powerbank

- Bahan-bahan lain yang mudah terbakar

https://www.thevocket.com/33-tips-travel/


Benda yang dilarang dalam ‘CABIN BAG’

P/S : Cabin bag maksudnya ialah apa-apa beg yang kita bawa bersama kita untuk naik kapal terbang & beg tersebut hendaklah diletakkan di atas ruang penyimpanan kat atas kepala kita. 

- Cecair yang 50ml dan lebih - termasuk air minuman & perfume. (Kalau Malaysia Airlines, boleh sampai 100 ml, kalau Air Asia hanya 50 ml jer isipadu cecair).

- Botol aerosol

- Power bank yang tak ada label.

- Bateri (apa jua jenis bateri) yang tak ada label.

- Powerbank yang melebihi 32, 000 mAH


Untuk info detail dan nak lagi jelas, better korang baca peraturan dari Malaysia Airlines ni pasal 'Cabin Bag' : https://www.malaysiaairlines.com/my/en/plan-your-trip/baggage/cabin-baggage.html


********************************************************

Powerbank ni korang jangan buat main la. Aku dah terkena masa flight domestik kat New Zealand , flight dari Auckland ke Christchurch dulu. Flight cuma sejam dua jer. Kejap sangat. 

Masa tu terlupa letak powerbank dalam luggage. Masa check-in lepas jer. Tapi bila ambil luggage, tengok-tengok luggage tu dah terkopek kena bukak. Dan powerbank tu diaorang rampas. 

Walaupun luggage tu berkunci, diaorang kopek jer guna apa-apa alat yang diaorang ada tanpa beritahu pelanggan. Sebab itu memang HAK diaorang untuk memastikan keselamatan penerbangan. 

Dah la luggage baru beli, menangis ooooooo. Tapi pasrah je la. Dah memang silap sendiri sebab terlupa. 

Pastu pulak, baru-baru ni kat Airport Bangkok, kena jugak. Pasal POWERBANK jugak . Tapi lain sikit situasinya. 

Aku bila travel memang selalu bawak banyak powerbank sebab selalu buat live dan banyak guna untuk buat video & shoot gambar. Jadinya memang bateri handphone cepat habis. Sebab tu aku kena bawak banyak powerbank (lebih dari 1) supaya trip aku smooth. 

Masa kat Airport Bangkok hari tu, masa tengah scan hand-carry bag, diaorang tahan aku sebab ada powerbank. 

Pastu, salah 1 powerbank tu dah lama. Memang lama sangatlah tapi masih boleh guna. Powerbank tu dah hilang labelnya. Kat label tu dah tak nampak berapa "watt". Diaorang atau "mAH" yang biasanya tercatat di powerbank. Staff kat situ cakap aku tak boleh bawak naik powerbank tu masuk flight. 

En.suami aku try defend la sebab powerbank tu dia belikan untuk aku. So, rasa macam rugi jugaklah kalau kena buang. 

Lepas tu, aku tengok supervisor dan polis-polis bantuan yang bertugas kat situ duk kerumun kitaorang bertegas bagitau yang powerbank tu tak boleh bawak naik jugak. 

https://www.maisinggah.com/tips-jimat-masa-travel/

Rujuk poster ni untuk lebih jelas jenis powerbank yang macam mana boleh bawak naik kapal terbang.

Powerbank macam ni, korang boleh beli kat Shopee. Ini link nya : https://invle.co/cldt3mk . Powerbank ni ada kabel siap-siap. So, tak perlu risau kalau kabel tertinggal - senang nak bawak untuk travel. Dan yang ini watt dia ialah 20,000 mAH. Macam dalam gambar ni :



Last-last kitaorang terpaksa mengalah dan just let it go. (Bukan powerbank yang dalam gambar aku kat atas tu, tapi powerbank lain - yang dah hilang dia punya 'label').

So, lesson learnt, kalau korang nak naik flight make sure - bawak powerbank yang ada label lengkap ada tertulis "berapa mAH" dengan jelas dan jangan melebihi 20,000 mAH. 

Untuk bateri-bateri lain macam bateri kamera atau laptop, korang boleh rujuk kat gambar bawah ni -  apa yang dibenarkan bawak naik flight. Ada airport yang sangat strict, ada airport yang tak strict. So, just be prepared for the worst. 



Lain-lain TIPS Travel, boleh baca ni : 

SUSAH NAK TRAVEL DENGAN ANAK KECIL??

6 TIPS UNTUK TRAVEL DENGAN ANAK KECIL NAIK KAPAL TERBANG

* 4 TIPS MENYUSUSU DI TEMPAT AWAM

* TRAVEL :: TIPS FOR GROCERIES SHOPPING

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. okay a nice sharing, baru VM tahu sbb VM travel memang tak bawak power bank. mmng terpaksa letgo la kalau macam ni. sedihnya :(

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE