TIPS Travel : Benda Yang Dilarang Dalam Cabin Bag & Luggage.

Assalamualaikum guys. 

Aku nak share benda yang sangat mustahak bila travel naik kapal terbang. Bila naik flight, please be alert dengan segala benda yang masuk dalam luggage kita dan cabin bag kita. So, ni aku nak share dengan korang - 'Apakah Barang Yang Dilarang Dalam Cabin Bag & Check-In Luggage'.



 

Benda yang dilarang dalam CHECK-IN LUGGAGE ialah : 

- Lighter / pemetik api

- Botol aerosol

- Gas (Biasanya botol gas yang kecil tu)

- Rokok / Vape

- Bateri - apa-apa jenis bateri sekalipun termasuk bateri jam & bateri kamera

- Powerbank

- Bahan-bahan lain yang mudah terbakar

https://www.thevocket.com/33-tips-travel/


Nak beli tiket  Flight Air Asia murah-murah ? Boleh beli kat sini: https://invl.io/cljnaez


Benda yang dilarang dalam ‘CABIN BAG’

P/S : Cabin bag maksudnya ialah apa-apa beg yang kita bawa bersama kita untuk naik kapal terbang & beg tersebut hendaklah diletakkan di atas ruang penyimpanan kat atas kepala kita. 

- Cecair yang 50ml dan lebih - termasuk air minuman & perfume. (Kalau Malaysia Airlines, boleh sampai 100 ml, kalau Air Asia hanya 50 ml jer isipadu cecair).

- Botol aerosol

- Power bank yang tak ada label.

- Bateri (apa jua jenis bateri) yang tak ada label.

- Powerbank yang melebihi 32, 000 mAH


Untuk info detail dan nak lagi jelas, better korang baca peraturan dari Malaysia Airlines ni pasal 'Cabin Bag' : https://www.malaysiaairlines.com/my/en/plan-your-trip/baggage/cabin-baggage.html


********************************************************

Powerbank ni korang jangan buat main la. Aku dah terkena masa flight domestik kat New Zealand , flight dari Auckland ke Christchurch dulu. Flight cuma sejam dua jer. Kejap sangat. 

Masa tu terlupa letak powerbank dalam luggage. Masa check-in lepas jer. Tapi bila ambil luggage, tengok-tengok luggage tu dah terkopek kena bukak. Dan powerbank tu diaorang rampas. 

Walaupun luggage tu berkunci, diaorang kopek jer guna apa-apa alat yang diaorang ada tanpa beritahu pelanggan. Sebab itu memang HAK diaorang untuk memastikan keselamatan penerbangan. 

Dah la luggage baru beli, menangis ooooooo. Tapi pasrah je la. Dah memang silap sendiri sebab terlupa. 

Pastu pulak, baru-baru ni kat Airport Bangkok, kena jugak. Pasal POWERBANK jugak . Tapi lain sikit situasinya. 

Aku bila travel memang selalu bawak banyak powerbank sebab selalu buat live dan banyak guna untuk buat video & shoot gambar. Jadinya memang bateri handphone cepat habis. Sebab tu aku kena bawak banyak powerbank (lebih dari 1) supaya trip aku smooth. 

Masa kat Airport Bangkok hari tu, masa tengah scan hand-carry bag, diaorang tahan aku sebab ada powerbank. 

Pastu, salah 1 powerbank tu dah lama. Memang lama sangatlah tapi masih boleh guna. Powerbank tu dah hilang labelnya. Kat label tu dah tak nampak berapa "watt". Diaorang atau "mAH" yang biasanya tercatat di powerbank. Staff kat situ cakap aku tak boleh bawak naik powerbank tu masuk flight. 

En.suami aku try defend la sebab powerbank tu dia belikan untuk aku. So, rasa macam rugi jugaklah kalau kena buang. 

Lepas tu, aku tengok supervisor dan polis-polis bantuan yang bertugas kat situ duk kerumun kitaorang bertegas bagitau yang powerbank tu tak boleh bawak naik jugak. 

https://www.maisinggah.com/tips-jimat-masa-travel/

Rujuk poster ni untuk lebih jelas jenis powerbank yang macam mana boleh bawak naik kapal terbang.

Powerbank macam ni, korang boleh beli kat Shopee. Ini link nya : https://invle.co/cldt3mk . Powerbank ni ada kabel siap-siap. So, tak perlu risau kalau kabel tertinggal - senang nak bawak untuk travel. Dan yang ini watt dia ialah 20,000 mAH. Macam dalam gambar ni :



Last-last kitaorang terpaksa mengalah dan just let it go. (Bukan powerbank yang dalam gambar aku kat atas tu, tapi powerbank lain - yang dah hilang dia punya 'label').

So, lesson learnt, kalau korang nak naik flight make sure - bawak powerbank yang ada label lengkap ada tertulis "berapa mAH" dengan jelas dan jangan melebihi 20,000 mAH. 


Nak senang, kalau nak bawak POWERBANK untuk pergi travel, korang beli jer lah Powerbank yang ini ↓:

Sebab dia ada label, siap ditulis lagi di powerbank tu - 20,000 mAH. 
Boleh beli kat Shopee, ini link nya : https://invl.io/cljnab6


Beli yang 20,000 mAH dan ke bawah jer tau. Kalau beli yang banyak mAH, nanti risau kena buang pulak. Sebab setiap Airlines ni berbeza dia punya 'syarat Powerbank'. Ada Airlines yang tetapkan 20,000 mAH sahaja, ada Airlines yang benarkan sampai 50,000 mAH. So, kalau nak selamat, bawak jer yang 20,000 mAH ke bawah. 

Untuk bateri-bateri lain macam bateri kamera atau laptop, korang boleh rujuk kat gambar bawah ni -  apa yang dibenarkan bawak naik flight. Ada airport yang sangat strict, ada airport yang tak strict. So, just be prepared for the worst. 



Untuk letak liquid, macam shampu, pencuci muka, moisturizer, toner dan lain-lain, korang beli jer botol kecik-kecik macam ni. Kat Mr.DIY ada jual. Kalau nak beli kat Shopee, ini linknya: https://invl.io/cljnad3



Kalau nak beli hardcase luggage macam ni, boleh beli kat Shopee, murah-murah & berkualiti. Ini link Shopee nya : https://invl.io/cljo869


Lain-lain TIPS Travel, boleh baca ni : 

SUSAH NAK TRAVEL DENGAN ANAK KECIL??

6 TIPS UNTUK TRAVEL DENGAN ANAK KECIL NAIK KAPAL TERBANG

* 4 TIPS MENYUSUSU DI TEMPAT AWAM

* TRAVEL :: TIPS FOR GROCERIES SHOPPING

SHARE 28 comments

Add your comment

  1. okay a nice sharing, baru VM tahu sbb VM travel memang tak bawak power bank. mmng terpaksa letgo la kalau macam ni. sedihnya :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for reading. sedih jugaklah. tapi itulah pengajaran buat diri sendiri

      Delete
  2. Salam sis, amount cecair untuk check-in luggage tu boleh lebih 1liter ke?

    ReplyDelete
  3. wassalam. Biasanya kalau untuk check-in luggage , diaorang tak check/ tak kisah pasal cecair yg ada dlm beg, cumanya tak boleh ada benda-benda yang merbahaya seperti yang saya tulis kat artikel di atas, diaorang boleh check dan tahu apa ada dlm luggage kita. Tapi buat apa nak bawak air banyak-banyak, buat berat beg jer. Kalau terlebih KG, nanti kena penalti atau kena buang barang untuk ringankan beg. Kalau travel kat Europe dan U.S (guna domestic flight untuk terbang dari 1 negeri ke negeri lain), diaorang lagi strict bab berat beg luggage (yang di check-in) ni.

    Untuk cabin bag, memang isipadu cecair sangat-sangat penting dan diambil serius oleh semua Airlines.
    - Cecair yang 50ml dan lebih - termasuk air minuman & perfume. (Kalau Malaysia Airlines, boleh sampai 100 ml, kalau Air Asia hanya 50 ml jer isipadu cecair).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cabin beg total liquid 1liter,max 50ml utk setiap bekas. Plus klu nk ringan sikit pkai beg fabric, beg plastik keras lgi berat biasanya

      Delete
  4. Extension plug boleh bawa naik cabin tak sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. tapi buat apa nak bawak masuk cabin bag, buat berat beg je. atas flight tak boleh guna extension. Ada airlines yg memang strict sangat pasal berat cabin bag ni. Contohnya Air Asia ada kalanya (ikut mood staf yang jaga tu) memang nak tepat-tepat cabin beg berat 7 kg jer.

      Kalau kat Europe, domestic flight kat sana (domestic flight - untuk travel dalam negara-negara yang ada dalam Eropah jer. FYI, Switzerland bukan dalam negara EU). Travel ke Swiss dikira sbg international flight) tak tengok berat beg tapi diaorang tengok saiz cabin beg tu - make sure boleh masuk dalam 'kotak' yang diaorang guna untuk measure (ukur) cabin bag tu samada boleh bawak naik flight ke tak boleh.

      Kalau beg tu terlebih dari kotak tu, diaorang tak bagi bawak naik, diaorang akan suruh letak dlm check in luggage, walaupun beg tu ringan jer.

      Delete
  5. membantu sangat info ni. nak tahu pasal powerbank risau kena buang je kalau tak lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis kerna sudi baca artikel saya. Nak selamat, powerbank tu bawak jer yang 20,000 mAh dan masih ada label yang jelas, walaupun ada airlines yang benarkan 40,000 mah. Kita ambil langkah paling selamat

      Delete
  6. Hello, boleh share cara check in bagasi untuk malaysia airlines? Sebab first time nak naik dan berapa bagasi boleh check in cargo?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cargo?? Alamak! Saya tak pernah guna perkhidmatan kargo.

      Delete
    2. Kalau nak hantar barang guna cargo, boleh cari info kat laman web https://www.maskargo.com/

      Delete
    3. Kalau guna Malaysia Airlines senang sangat nak check in luggage. Beratur jer kat kaunter check inkat airport KLIA. Bila sampai giliran kita, just bagi jer kat crew tu tiket flight kita dan passport, kalau flight domestik dalam Malaysia, bagi IC. Dan bagi beg bagasi untuk check-in sekali. Dan siap!. Senang. Kalau flight international, kena check-in 3 jam sebelum fly. Kalau flight domestik, 2 jam sebelum flight

      Delete
  7. BOLEH KE BAWAK IRON DALAM CHCK IN LUGAAGE ATAU CABIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iron letak dalam luggage check in. Cabin bag jangan bawak berat-berat, kalau cabin bag tu besar (walaupun berat 7kg), nanti bila naik flight cabin crew suruh diletakkan dalam perut kapal terbang jugak. So, kalau boleh cabin beg tu ringan dan saiz tak besar

      Delete
  8. IRON BOLEH BAWA DLM CHECK IN LUGGAGE ATAU CABIN

    ReplyDelete
  9. hai awk.. nk tye.. sy nk p sabah and tiket masa pergi 7kg je.. so kena naik cabin la kan? jdnya klau brg2 mcm perfume , pencuci muka semua tu dia tgk jgk ke as strictly as international flight? sy naik air asia.. diorg akn cek ke nk brg liquid dlm plastik bagai tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, 7 kg jadikan cabin bag jer. Kalau Air Asia, diaorang memang strict kena 7 kg ngam-ngam, tak boleh lebih. Biasanya sebelum masuk Departure Hall tu, Air Asia Crew suruh kita timbang berat beg cabin tu dulu kat pintu masuk.

      Dan pasal liquid bottle tu, yup memang strict tak kira airlines apa pun, domestik atau international flight. Diaorang memang akan check detail, apatah lagi kalau botol air yang ada air. Walaupun air tu sikit jer pun, tetap kena buang jugak.

      So, biasanya perfume kita letak dalam beg/luggage check-in masuk dalam perut kapal terbang. Sayang oooo kalau perfume kena buang . Saudara saya dah kena dah experience kena buang perfume masa flight dari Langkawi ke KL, sebab melebihi kuantiti yang dibenarkan.

      1 lagi benda yang diaorang selalu check ialah powerbank.

      Delete
    2. Assalam.. Klo bawa perfume kuantiti 300ml dlm luggage agak2 bole tak ye?.. Mcm simpan betul2 safety sikit.

      Delete
    3. Kalau perfume tu letak dalam luggage yang check-in masuk perut kapal terbang boleh jer. Cuma tak boleh (tak dibenarkan ) kalau perfume tu letak dalam beg cabin (Beg yang kita bawa naik sekali dalam flight bersama-sama kita). Beg kabin hanya boleh 7 kg saja tau, tak boleh lebih.

      Delete
  10. ooo.. kan dh bwk naik cabin beg tu.. mesti la dlm tu ada sabun cuci muka, sabun mandi ke, serum ke, foundation.. so yg ni pon tgk jgk ke? diorg akan bukan beg kte ke? 😅😞 kalau letak dlm cargo senang.. huuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau melebihi had limit (lebih 50 ml atau lebih 100 ml - depends pada airlines), tu diaorang tengok lah, hatta walaupun hanya sabun mandi RM2 yang beli kat Mydin.

      Delete
  11. nak tanya .. kalau bawa air susu kotak yang 1 liter tu boleh ke ? hand carry

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh. Confirm kena rampas dan dibuang. Kalau susu formula yang dalam botol susu jer boleh

      Delete
  12. Boleh ke bwk milo naik cabin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, asalkan bukan air milo. Kalau milo serbuk boleh jer. Cuma tak boleh dibawa masuk ke Australia & New Zealand

      Delete
  13. Minyak zippo bole bwk x

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE