Showing posts with label Tips

 Hye semua.... 

Nak bagitau... yang saya baru jer celebrate birthday Bulan Jun hari tu. Cepatlah nyanyikan lagu 'Happy Birthday' kat saya. hahahhahaha. 

HAPPY BIRTHDAY TO MYSELF 💓. 

birthday

Saya menyambut hari kelahiran yang ke 41 pada 18 Jun 2025 yang lalu.

Tahun ni genaplah usia saya 41 tahun. Dah 2 tahun lah kiranya melangkah ke usia emas 4 series ni.. 

Orang kata 4 series ni dah meniti ke usia tua.... Tapi, bagi saya, saya tetap MUDA selama-lamanya. Muuauauahahahhahaa 😂. Angka itu hanyalah sekadar nombor sahaja guys...apa ada pada nombor. Tak kira kita umur berapa pun, yang penting kita selalu ingat Tuhan, dan ingat MATI. Ajal itu datang tak mengira usia, tua atau muda. 

Dan yang lagi best, setiap tahun saya akan menyambut hari lahir bersama dengan anak sulung saya, Kakak FL. Birthday Kakak FL 11 Jun. Tahun ni Kakak FL dah berusia 11 tahun. Sama usia dengan blog ni. Blog dorsettpink.com ni wujud selepas Kakak FL dilahirkan kalau u all nak tahu. Tapi bagi follower lama, mungkin dah lama tahu. Blog ni diwujudkan untuk menceritakan tentang perjalanan kehidupan saya sebagai seorang blogger, seorang pelajar (pada masa tu) dan seorang ibu, yang orang selalu sebut 'new parents'. 

Sebagai 'ibu baru', banyak benda baru yang saya belajar setiap hari. Segala-galanya adalah ilmu baru untuk saya. Jadinya, eloklah saya dokumenkan setiap perjalanan fasa kehidupan tu agar suatu hari nanti, ia mampu menjadi kenangan terindah untuk saya dan juga boleh menjadi sumber rujukan kepada ibu-ibu baru seperti saya juga. 

Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat dengan kehidupan yang saya nikmati sekarang. Apa yang lebih buat saya mensyukuri dengan nikmat Allah ini ialah, saya dapat meluangkan masa dengan anak-anak dengan banyak, dan saya dapat menguruskan anak-anak sepenuhnya dengan tangan saya sendiri. 

Sayalah yang menjadi driver kepada anak-anak, sayalah yang menjadi tukang masak untuk diaorang, sayalah yang menjadi ustazah mengajar diaorang Al-Fatihah dan Iqra, sayalah juga yang menjadi bahu dan telinga untuk diaorang meluahkan perasaan. Alhamdulillah! Untuk segala rezeki yang Allah berikan ini - Rezeki Masa.


Untuk Kakak FL, 

Terima kasih sayang kerana sentiasa ada dengan Mummy.

Terima kasih kerana banyak mengajar Mummy erti kehidupan.

Terima kasih kerana mengajar Mummy untuk menjadi ibu yang terbaik, bukan ibu yang sempurna, tapi seorang ibu yang cuba buat yang terbaik untuk Kakak dan adik-adik. 

Terima kasih sayang, kerana selalu tolong Mummy tanpa disuruh. 

Dan terima kasih kerana taat pada perintah Allah. 

I love you so much sayang. Mummy dan Abah love you till our last breath.

Hari tu kami celebrate birthday kat Restoren Mafioso Shellaut di Jalan Ampang.

Alhamdulillah! Makanan kat situ sedap dan yang penting suasana kat dalam restoren tu sangat cozy, memang sesuai sangat untuk family gathering. Kami celebrate birthday ni masa 11 Jun, masa birthday Kakak FL.

birthday

Kek - Biscoff cake.


birthday
Ni saudara-mara belah my husband. Yang bertopeng tu ialah my husband.

birthday



birthday

birthday

birthday
Ini restorennya, belah luar. Tempat ni besar. So, ramailah boleh datang dalam satu-satu masa


birthday
Menu shellaut kat sini ada macam-macam. 
So, kami ambil macam-macam menu, agar boleh rasa semua 'flavour' yang ditawarkan di restoren ni.

birthday
Ini flavour butter milk

birthday

birthday
Ini rupa restoren Mafioso Jalan Ampang dari depan. Boleh parking kereta di tepi jalan sahaja.

Ini suasana masa Hari Jadi saya, 18 Jun 2025 yang lalu. hahahaha. Kami 'celebrate' dengan makan cendol dan laksa jer. hihihi. Ni kat masjid, singgah makan jap selepas Kakak-kakak pulang dari sekolah.

So guys, untuk korang yang baru menjadi ibu. Meh saya kongsikan TIPS-TIPS menjadi Ibu Baru. 

*******************************

10 TIPS MENJADI IBU BARU YANG TENANG DAN YAKIN

1. Percayalah pada naluri keibuan

Walaupun kita baru bergelar ibu, naluri keibuan kita adalah sesuatu yang sangat berharga, dan naluri tu memang sangat kuat. Just percaya jer pada instinct seorang ibu, dan follow  naluri tersebut. Kita lebih tahu apa yang terbaik untuk anak kita, walaupun orang sekeliling bagi banyak pendapat, tapi kita tetaplah yakin dengan apa yang patut kita buat untuk anak ki yang comel ni.


2. Jangan takut untuk minta bantuan

Kita tidak perlu menjadi seperti robot yang sentiasa kuat. Kita kena akui diri kita ialah manusia biasa - manusia yang sangat lemah, manusia yang ada perasaan dan manusia yang ada rasa penat. Kita tidak perlu buat semua benda sendiri. Suami, ahli keluarga yang lain atau kawan-kawan boleh tolong kita. Minta saja bantuan dari mereka, jangan segan jangan malu. 


3. Tidur bila bayi tidur

Ni sangat penting. Waktu tidur. Kita perlukan rehat yang banyak. Rehat amat penting. Rumah tak perlu sentiasa kemas – ibu yang cukup rehat lebih penting daripada pinggan bersusun cantik. Jadinya, bila anak kita tidur, kita tidurlah juga sekali dengan anak kita. jangan fikir hal rumah buat sementara waktu, tapi fikirlah tentang diri kita terlebih dahulu. 

Bila kita tak tidur bilamana baby tu tidur, nanti kita lagi penat sebab kita dah tak sempat dah nak tidur atau rehat jap. Takkan lah, kita nak biarkan baby kita tu merayap seorang diri dalam rumah, tanpa pengawasan kita, nanti kalau dia tercekik apa-apa, kan bahaya. jadinya, biarlah kita sentiasa ada bersama dengan baby kita, hatta di rumah sendiri.


4. Makan Dahulu Bila Ada Waktu

bab makan ni kita kena jaga betul-betul. Makanlah dahulu walaupun belum tiba waktu makan. Kerna bila mana dah tiba waktu makan, anak pula tak bagi kerjasama untuk ibu makan. Jadinya bila ada jer waktu free sekejap , kita jamahlah makanan dahulu. 

Ingat! Fikirkan diri kita dahulu, baru fikirkan tentang anak atau rumah. Biar kita kenyang dahulu, baru kita kenyangkan anak kita. Sebabnya kita perlukan banyak tenaga untuk menjaga anak-anak kita. kalau kita tak cukup makan, kita akan penat dan ia boleh buatkan emosi kita tak stabil atau kita menjadi cepat marah. Last-last, anak yang menjadi mangsa marah kita. So, makan jer bila mana ada waktu makan, walaupun kita terpaksa makan tengahari pada jam 11 pagi. 


5. Terima perubahan rutin hidup

Kehidupan tidak akan sama seperti sebelum ada anak. Terimalah perubahan ini sebagai satu fasa baru, bukan beban. Jangan lagi dipandang atau disesali dengan kehidupan baru sekarang, tetapi terimalah ia dengan hati yang terbuka dan banyakkan ucap rasa syukur pada Allah. Inshaallah, lagi banyak kita ucap syukur, lagi senang untuk kita adapt dengan kehidupan baru sekarang. 

Mungkin sejak ada anak ni, kita tak lagi dapat menikmati tidur malam yang lena dah, kita dah tak ada masa nak scroll Instagram atau TikTok, atau kita dah tak ada masa untuk tengok Drama Korea. Takpe, itu hanya sementara sahaja, hanya ketika anak-anak kita masih kecil. Nanti bila semua anak-anak kita dah besar, kita ada banyak sangat masa untuk buat apa-apa pun. Nak pergi hiking boleh, nak tengok netflix siang malam boleh, nak scroll tiktok setiap masa boleh, masa tu kita akan rasa semua penat lelah sebelum ni hanyalah kenangan terindah sahaja. 

Inagtlah, anak-anak ni menjadi kecil sekejap jer. Bila mana kita tak bina bonding yang kuat masa anak-anak kita ni masih kecil, bonding itu tak kan terbina utuh dah sebab masa telah berlalu pergi. masa yang ada, hanya untuk waktu itu sahaja, bila masa dah pergi, ia akan pergi tak kan kembali dah. 

Contohnya, dulu anak saya Kakak FL berusia 1 tahun masa tahun 2015, selepas tu, usia 1 tahun pada anak tu tak kan kembali lagi dah. Sekarang tengok umur dia dah 11 tahun, dah besar dah. Kita dah boleh tatang dia seperti bayi lagi. kalau dulu, boleh breastfeed dia, boleh bawa dia tidur atas badan kita, boleh mandi sama-sama, tapi hari ini semuanya tak berlaku dah. Bonding yang terbina bila anak-anak dah besar ni lain pula, tak sama macam anak-anak waktu fasa bayi.

Ibu-ibu sekalian, walaupun penat, percayalah waktu bayi kecil ini akan berlalu dengan cepat. Simpan memori ini, ambil gambar sebanyak mungkin, dan hargai momen-momen indah itu. 1 hari nanti, kita akan tersenyum lebar bila tengok balik gambar-gambar masa diaorang kecil-kecil.

Tapi yang penting, jaga diri kita seeloknya. Self-care tu sangat penting. Uruskan emosi kita dengan sebaiknya, agar kita tak burnt-out. Pergilah kelas-kelas parenting untuk tambah ilmu parenting, ilmu jaga anak, ilmu asuh anak, ilmu pengurusan masa, ilmu self-care dan macam-macam ilmu lagi. Jadilah ibu yang berilmu dan bukan hanya sekadar ibu yang menjaga anak-anak, tapi didiklah anak-anak kita untuk menjadi PEMIMPIN UMMAH 1 hari nanti.


Last but not least, happy birthday to  myself! 😍

*******************

P/S : I am a ghostwriter and content writer. If you need the content writing or ghostwriting service, please don't hesitate to contact me via email - dorsett.pink14@gmail.com.

11 Tahun Kami Bersama. TIPS Menghargai Pasangan

in , , , by dorsett pink, January 04, 2024

11 Tahun Kami Bersama. TIPS Menghargai Pasangan .

Hujung Disember 2023 hari tu, aku dan en.suamiku telah menyambut Hari Ulang Tahun Perkahwinan Kami yang ke-11 tahun di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.  

Alhamdulillah untuk 11 tahun yang penuh dengan kemanisan. 

TIPS IBU BAPA : Doa untuk elakkan anak-anak  berzina.

Mendidik Anak-Anak Berniaga Melalui Money Games di Website mortgagecalculator.org 

Kalau korang warganegara Malaysia dan nak pergi bercuti melancong travel secara road trip di luar negara, korang kena dapatkan dahulu Permit Memandu Antarabangsa iaitu International Driving Permit di Malaysia sebelum travel. So, ini aku kongsi dengan korang semua macam mana cara-cara untuk mendapatkan permit memandu antarabangsa ni atau lebih mesra orang panggil sebagai lesen memandu international. Maksudnya tu, nak drive kat oversea lah. 

My Skincare Routine. Penjagaan kulit muka yang betul adalah penting untuk menjaga kulit muka kita supaya sentiasa sihat,  segar, cerah, dan bersih.   Ini dia aku share dengan korang rutin skincare (my skincare routine) aku setiap hari dan tips menjaga kulit muka dengan betul supaya muka kita bebas jerawat dan kelihatan awet muda dan berseri.

Ini dia panduan untuk korang buat resume yang terbaik untuk mencari kerja nanti. Yang penting resume terbaik ialah kena simple dan padat, bukannya kena tulis essay panjang-panjang berjela-jela macam tulis tesis ok. PANDUAN MENYEDIAKAN RESUME TERBAIK.

INI DIA CARA -CARA NAK BUAT SOLAT SUNAT TAHAJJUD DAN TIPS BAGAIMANA NAK SENANG BANGUN DI MALAM HARI UNTUK MENGERJAKAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD.

solat tahajjud

12 TIPS DAN PANDUAN UNTUK MEMBELI BASIKAL

in , , , by dorsett pink, August 14, 2023

Trend sekarang ramai orang beriadah dengan menggunakan basikal. Alhamdulillah! Rakyat Malaysia dah semakin sedar akan kepentingan menjaga kesihatan. Kalau nak beli basikal, jangan simply beli jer. Baca dulu artikel ni sampai habis pasal 'TIPS DAN PANDUAN UNTUK MEMBELI BASIKAL'.

OK guys, hari ni aku nak share dengan korang yang tengah menanti-menanti kerja idaman, aku nak TIPS dan cara-cara nak dapat jawatan kosong kerja kerajaan untuk diterima oleh SPA sebagai penjawat awam. SPA tu ialah nama ringkas bagi Suruhanjaya Perkhidmatan AWAM. SPA lah yang bertanggungjawab untuk mencari pekerja-pekerja baru bagi semua jawatan di dalam kerajaan. 

Ok guys, aku baru jer malahirkan baby yang ke-3, Leesa Bulan Februari 2023 hari tu. Ramai juga yang tanya aku, macam mana cara aku mandikan bayi aku ni sebab dah ramai ibu-ibu yang lupa cara-cara nak mandikan bayi yang baru lahir walaupun kami ni dah anak sebelum ni. Aku sendiri pun dah lupa, sebab beza umur antara bayi ke-3  ni dengan kakak dia ialah 5 tahun. So, hari ni aku nak share dengan korang 'Cara Aku Mandikan Baby Menggunakan Bath Tub Baby'.

Ok guys, baru-baru ini aku pergi ke jabatan Imigresen untuk buat passport Baby Leesa. Leesa sekarang umur 5 bulan dah, dah boleh makan dah. So, dah tiba masanya untuk Leesa travel jauh naik kapal terbang macam kakak-kakak dia sebelum ni. Dan inilah kali pertama Leesa buat passport dalam hidup dia ketika usianya mencecah 5 bulan. Entry kali ni, aku nak share dengan korang tentang 'CARA-CARA NAK BUAT PASSPORT MALAYSIA  UNTUK BAYI DAN ANAK KECIL BAWAH UMUR 4 TAHUN BUAT PERTAMA KALI'. 

 TIPS Berpuasa Bagi Ibu 'Breastfeeding'

Alhamdulillah! Bertemu lagi kita dengan Ramadan yang kesekalian kalinya. Alhamdulillah Allah masih panjangkan nyawa kita untuk kita sambut Ramadan & Syawal nanti, InshaAllah. 

Dan Ramadan tahun ni aku baru jer habis pantang 2 minggu lepas. Dan sekarang anak ke-3 aku, Aleesa, masih fully breastfeeding. Alhamdulillah! Dan aku jugak berjaya puasa tahun ni, di saat sambil menyusukan anak kecil. 

Wanita yang baru lepas bersalin, memang senang sangat kena sembelit dan dapat buasir masa dalam pantang. Dah lah, memang kita dah sakit sebabkan jahitan episotomy kat vagina, tambah pulak dengan buasir, lagilah 'double sakit', depan-belakang rasa sakit. Aduuuss.. Tak tertahan rasanya. 

Aku pernah rasa sakit buasir ni masa mengandung dan berpantang anak sulung aku 9 tahun yang lepas. Sejak tu, setiap kali mengandung dan bersalin, aku memang amalkan 3 tips ni untuk mengelakkan aku sembelit masa dalam pantang. 

Bila sembelit, senanglah dapat buasir. Buasir tu rasa dia sangat-sangat sakit tau korang. Janganlah kena dan elakkanlah. Sebab bila dah kena, meraung tau. 

3 TIPS Elak Sembelit dan Buasir Selepas Bersalin Masa Dalam Pantang

https://my.theasianparent.com/buasir-selepas-bersalin

TIPS Travel : Benda Yang Dilarang Dalam Cabin Bag & Luggage.

Assalamualaikum guys. 

Aku nak share benda yang sangat mustahak bila travel naik kapal terbang. Bila naik flight, please be alert dengan segala benda yang masuk dalam luggage kita dan cabin bag kita. So, ni aku nak share dengan korang - 'Apakah Barang Yang Dilarang Dalam Cabin Bag & Check-In Luggage'.



 

 15 Tips Paling Senang Untuk Mencari Lailatul Qadar :

https://akuislam.com/blog/ibadah/lailatul-qadar/

Hari ni aku nak share TIPS Supaya Anak-Anak Sentiasa Selamat dan Tidak Buat Dosa dan Maksiat. Zaman sekarang ni bahaya sangat, tak macam zaman kita dulu-dulu. Anak-anak sekarang dibesarkan dengan ditemani dengan gajet. handphone dan internet 24 jam. 

Macam mana kita pantau dan kawal anak pun, diaorang boleh juga buat onar dibelakang kita tanpa kita tahu. Sebagai seorang ibu, aku risau sangat. Samaada anak perempuan ke atau anak lelaki, dua-dua pun bahaya sekarang. Hasutan dan godaan tu sentiasa datang dekat dengan diaorang. Dah itu kerja syaitan - memang bermati-matian syaitan nak menyesatkan umat manusia. 

Suami PEMALAS!

in , , by dorsett pink, July 10, 2020
Kalau baca kisah-kisah rumah tangga, baik kat Facebook, kat Google atau kat Harian Metro, rata-rata kes bercerai ialah sebab masalah kecik-kecik jer. Kadang-kadang kalau kita baca /tengok, macam tak logik pulak sampai boleh bercerai-berai laki-bini. 

Contoh macam kes sebab kain baju tak berlipat. Atau sebab encik suami tak terjumpa cari spender nak pakai. Atau sebab pinggan-mangkuk kat dapur tak terbasuh. Alahai.. Benda-benda remeh macam tu pun nak bercerai.


Tapi sebab apa boleh bercerai?? Sebab sebenarnya diaorang dah lama pendam perasaan. Mula-mula, bila tengok rumah kelam-kabut dengan baju tak berlipat, pinggan tak terbasuh boleh  jer berdiam diri. Tapi bila dah lama sangat berdiam, lama-lama dia jadi sakit dalam hati. Dan sakit dalam hati tu lama-lama bertukar meletup kebaboom. Bila dah meletup, akhirnya bercerai.

Ye lah, mana tak tension nya. Semua benda si isteri kena buat. Makanan isteri yang masakkan. Kain baju isteri yang basuhkan. Mandikan anak isteri yang mandikan. Makan-minum anak isteri yang siapkan. Kain baju anak-anak isteri yang uruskan. 

Rumah bersepah, isteri yang kemaskan. Kain baju  dan segala pakaian dalam suami pun isteri yang uruskan. Even spender suami isteri yang kena basuh dan lipat. Kalau isteri terlupa nak lipat, mengagaulah suami kelam-kabut duk cari spender pagi-pagi sebelum pergi kerja. Tak pasal-pasal terlambat pulak pergi kerja hari tu. 


Pendek kata, serba serbilah urusan kerja rumah dalam rumah tu isteri yang buat.

Suami buat apa? Suami tak buat apa-apa. Sebab suami pemalas!. 

Dari awal mula berkahwin, sampai dah beranak-pinak , suami tetap macam tu. Dah berbuih mulut isteri beribu kali duk pesan , duk suruh suami tolong buat kerja-kerja kat dalam rumah. Tapi tetap jugak tak dibuatnya.

Kerana malas dah nak berleter, nak bercakap, si isteri ambik keputusan mendiamkan diri. Diam jer lah buat semua kerja rumah sorang-sorang. Dah malas nak bercakap, malas dah nak menyuruh, dah malas dah nak berpesan. 

Tapi bila mendiamkan diri, lama-lama isteri yang terasa sakit. Sakit dalam hati. Sakit dihati tiada siap yang tahu, tiada siapa yang dengar. Last-last meletup. Meletup sebab dah lama sangat pendam. Pastu berlakulah penceraian.


So, wahai para isteri-isteri sekalian. Daripada korang duk pendam rasa rumah bersepah, sebab penat, sebab tak ada masa nak kemas, lebih baik korang happy-happy, chill-chill jer. 

Dah tak payah pendam perasaan lagi. Apa kata korang wujudkan SATU SISTEM. SISTEM. Ye, SISTEM!

Sistem yang memastikan segala proses membersihkan rumah, mensusun atur barang-barang di dalam rumah adalah berada pada tempat yang sepatutnya.

Contohnya, macam spender ada dalam bekasnya sendiri, mop dan penyapu sampah ada tersusun kemas kat tempat dia, tali leher suami dah siap tersusun dalam bekasnya, termasuklah spender suami. Dah tak payah lagi suami duk memekak pagi-pagi nak cari spender tak jumpa. 

So, setiap isteri sebenarnya sangat memerlukan SISTEM menyusun atur barang-barang keperluan dalam rumah. Pendek kata ialah SISTEM YANG EFEKTIF. Efektif dari segi masa dan ruang. Idea untuk mewujudkan sistem menyusun atur rumah ni boleh tengok kat LuvSusun - https://www.facebook.com/luvsusun .

LuvSusun ada sediakan idea untuk setiap isi rumah mengatur rumah mereka, dan secara langsung LuvSusun membantu anda mengatur ruang anda, termasuk bahagian dapur, tandas, bilik tidur, bilik mainan anak-anak, bilik pakaian, bilik solat, bilik belajar, setor, dan banyak lagi ruang- ruang lain di dalam rumah.

 (Sumber Imej - Pinterest)

(Sumber Imej - Pinterest)


Bila rumah kita kemas dan tersusun indah, semua orang dalam rumah tu akan rasa happy terutamanya IBU RUMAH TANGGA - iaitu Sang Isteri. Bila isteri gembira, bila isteri tenang, seisi rumah akan turut sama gembira kan?.   Bila semua penghuni rumah gembira, InshaAllah rumahtangga tu akan diberkati dan dirahmati Allah sentiasa dan akhirnya akan membentuk Keluarga Sakinah. Masyarakat yang sihat dan sejahtera bermula dari rumah. 

Jom LIKE dan Follow FB Page LuvSusun - https://www.facebook.com/luvsusun . 

TIPS Untuk Travel Dengan Anak Kecil Naik Kapal Terbang | Travel memang seronok. Apatah lagi kalau dapat travel dengan anak-anak. Anak-anak seronok, mak ayah pun seronok sebab dapat buat anak-anak happy. Anak-anak happy bila dapat naik kapal terbang, bila dapat terbang awan biru dan happy bila dapat melihat permandangan indah di bumi orang.

Ada orang kata bawak anak-anak kecik travel ni menyusahkan sebab SUSAH. Sebenarnya tak susah pun, cuma sedikit mencabar. Cabaran paling besar ialah kena bawak banyak barang. Kalau anak-anak semua behave sepanjang perjalanan, OK. Yang tak OK nya, bila anak-anak buat perangai / tantrum masa sepanjang perjalanan.

Biasanya, diaorang akan buat perangai / tantrum SEBAB PENAT dan LAPAR dan BOSAN. So, untuk mengelakkan anak-anak buat perangai / tantrum, ibu ayah kena buat persediaan sebetulnya sebelum travel supaya anak-anak sentiasa SELESA sepanjang perjalanan. InshaAllah, dengan persediaan yang rapi, stress tu akan dapat dikurangkan ataupun langsung tak ada stress dan anak-anak sangat behave sepanajang perjalanan, seperti FL Sisters - Kakak FL & Leeya =))

TIPS ni aku kongsikan berdasarkan pada pengalaman sendiri. Tak banyak pun negara kami pergi, tapi InshaAllah TIPS ni bermanfaat for mommies yang baru first time nak fly dengan anak-anak kecik. 










TIPS di share di facebook - luvkido. 
8 TIPS TRAVEL DENGAN ANAK KECIL KE HO CHI MINH, VIETNAM.

Travel dengan anak memag seronok. Tapi kalau tak prepare, percutian tu akan menjadi mimpi ngeri atau dah serik dah nak bawak anak-anak kecik pergi travel mana-mana, especially kalau travel yang kena guna kapal terbang. So, better get prepared sebelum memulakan perjalanan. 

Dan setiap destinasi yang dituju tak sama, tak sama kerana banyak perbezaan. Perbezaan dari segi bentuk muka bumi, dari segi populasi, dari segi budaya, malah dari segi persekitaran tempat tu sendiri. Bercuti ke Osaka, tak sama dengan pergi bercuti ke Beijing, Pergi bercuti ke London tak sama dengan bercuti ke New Zealand. Malah bercuti di Singapore pun sama sekali tak sama dengan bercuti ke Vietnam.

So, better get prepared dan buat research dulu tentang destinasi yang nak dituju tu. Setiap tempat ada keunikan tersendiri.  Hence, di sini aku share tentang TIPS bercuti ke Ho Chi Minh, Vietnam dengan bawa anak kecik yang masih menyusu badan. 


1. Tak Perlu Bawa Stroller, Wajib Bawa Carrier.
Kebanyakan tempat di Ho Chi Minh City (HCMC) ni tak sesuai guna stroller. Contohnya Trip ke Sungai Mekong, memang naik bot je all the wat, trip ke Chu Chi Tunnel kat dalam hutan, tanah berlecak memang tak sesuai guna stroller. Kat dalam Pasar Ben Thant laluannya kecik sangat,susah nak tolah stroller. So, better guna carrier pergi mana-mana. Stroller hanya guna di Airport sahaja sebab nak berjalan jauh especially kalau naik flight Air Asia (KLIA2). Carrier memang wajib bawak! Kalau nak dukung anak guna bare hand nanti lenguh pulak tangan.



2. Bawa Diapers Secukupnya.
Sebab kat HCMC ni susah nak jumpa kedai yang jual diapers, unless kalau pergi ke shopping mall. Jadi kena bawa diapers secukupnya. Kalau tak cukup, jenuh nak mencari 😁😁.


3. Bawa Nursing Cover Untuk Nursing.
Kat HCMC ni tak ada nursing room, so kalau nak breastfeeding, kena guna nursing cover dan kita bebas nak nursing di mana sahaja.


4. Bawa Wet Tissue Banyak-Banyak.
Kat HCMC ni tak ada 'baby room', kalau ada pun memang susah sangat nak jumpa. So, kalau nak tukar diapers, kena tukar di toilet biasa. Kebanyakan public toilet ada paip air, tapi ada juga yang tak ada paip air. Tapi toilet kat HCMC ni berbau sikit. So, better standby wet tissue banyak-banyak dan botol air kosong.

5. Bawa Baju Anak-Anak Secukupnya.
Kat HCMC ni bukan tempat shopping untuk pakaian anak-anak, hanya tempat shopping untuk golongan wanita sahaja. hehe.Susah nak jumpa baju anak-anak dijual disini, kalau ada pun, kualiti dia tak memuaskan dan harga pun mahal juga (tak setimpal dengan kualiti). So, better bawa baju anak-anak secukupnya atau bawak lebih lagi bagus. Kat sana panas, so anak-anak akan cepat rasa melekit. Demi memastikan keselesaan mereka sentiasa tip-top (kalau tak, nanti meragam pula), better tukar baju supaya diaorang rasa selesa sentiasa.


6. Bawa baju persalinan masa Trip Ke Sungai Mekong dan Chu-Chi Tunnel.
Trip-trip ni jauh dari Bandar HCMC. Ambik masa sehari-suntuk untuk pulang semula ke hotel. Jadi, better bawa baju persalinan secukupnya untuk anak-anak sebab nanti takut tertumpah air ker, terkena lecak ke, basah ke atau sebagainya.


7. Book Hotel Yang Sangat Dekat Dengan 'Shopping Area'.
Kalau datang ke HCMC tak shopping tak sah kan. Tudung-tudung kat sana murah giler. Boleh dapat serendah RM 15 sehelai (Tudung Naelofar, Duck, Ariani etc..). So, better menginap di hotel yang dekat dengan kawasan shopping, contohnya macam di kawasan Malaysia Street, sebab nanti senang nak balik hotel untuk tukar diapers atau breastfeeding anak-anak.


8. Sediakan Anak-Anak Dengan Aktiviti.
Bila travel dengan anak-anak ni, kita kena sediakan aktiviti untuk diaorang. Kalau tak , diaorang akan BOSAN. Bila diaorang BOSAN, diaorang akan meragam. Bila diaorang meragam, mommy dan daddy lah yang akan stress nanti. Kita pergi travel nak tenangkan fikiran dan nak enjoy, bukannya nak kusutkan fikiran dengan karenah anak-anak. 

So, sebelum travel, packing sekali barang-barang yang anak-anak boleh bermain dan boleh buat sepanjang perjalanan. Contoh macam bawa sekali mainan kesukaan diaorang, bawa buku-buku untuk diaorang baca, kalau anak-anak suka baca komik, bawa sekali komik, boleh bawa sekali COLOURING KIT luvKiddo, so diaorang boleh bermain dengan aktiviti art & craft. Apabila masa diaorang dipenuhi dengan aktiviti, diaorang tak akan rasa bosan dan secara tak langsung TAK MERAGAM😊☺️.

Totebag colouring activity. Boleh buat aktiviti ni di bilik hotel untuk mengelakkan kebosanan dan mengelakkan diaorang dari tengok handphone. 

Boleh buat aktiviti kat meja makan sementara menunggu makanan sampai. So, boleh mengelakkan BOSAN dan sekaligus mengelakkan diaorang dari bermain handphone dan gajet. 

Seboleh mungkin, bila travel dengan anak-anak, elakkan diaorang dari TANTRUMS kerana ia akan menganggu emosi ibu ayah dan mengganggu mood parents untuk bercuti dengan selesa dan gembira. Biasanya, anak-anak ni tantrums sebab diaorang BOSAN / LETIH dan TAK SELESA. So, occupied masa diaorang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan yang menyeronokkan supaya masa diaorang akan terisi =)).. Colouring Kit luvKiddo ni sangat sesuai untuk dibawa bersama bila travel dengan anak-anak. For more info, u can leave a message at whats app number - 017-331 7100. 


P/S : Keselesaan anak-anak adalah KUNCI UTAMA yang perlu dijaga ketika travel ke mana-mana😊😊☺️.
Tips ni dibawakan oleh luvKiddo. Check out facebook page - https://www.facebook.com/luvKido
© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE