Kalau korang warganegara Malaysia dan nak pergi bercuti melancong travel secara road trip di luar negara, korang kena dapatkan dahulu Permit Memandu Antarabangsa iaitu International Driving Permit di Malaysia sebelum travel. So, ini aku kongsi dengan korang semua macam mana cara-cara untuk mendapatkan permit memandu antarabangsa ni atau lebih mesra orang panggil sebagai lesen memandu international. Maksudnya tu, nak drive kat oversea lah. 

permit memandu antarabangsa

ISI KANDUNGAN ARTIKEL CARA MEMOHON PERMIT MEMANDU ANTARABANGSA :

1.    KEPERLUAN UNTUK MEMOHON PERMIT MEMANDU ANTARABANGSA

        1.1    NEGARA MANA YANG MENERIMA PERMIT MEMANDU                                            ANTARABANGSA MALAYSIA?

2.    CARA-CARA MEMOHON PERMIT MEMANDU ANTARABANGSA

3.    DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA MEMOHON PERMIT                         MEMANDU ANTARABANGSA DI JPJ

         3.1    REQUIREMENTS GAMBAR

4.     HARGA BAYARAN UNTUK MEMOHON PERMIT MEMANDU                                    ANTARABANGSA

5.    SOALAN-SOALAN (FAQ)


permit memandu antarabangsa

Ini 2 buah kereta yang aku sewa masa travel roadtrip kat New Zealand dulu. 2 buah kereta ni untuk aku dan family aku. Kitaorang road trip masa tu ramai-ramai 1 keluarga, kitaorang semua 11 orang termasuk 2 bayi. Bayi tu salah seorangnya ialah anak sulung aku. 

Korang boleh baca pasal Roadtrip New Zealand aku kat entri ni : 'ROAD TRIP NEW ZEALAND'

KEPERLUAN UNTUK MEMOHON PERMIT MEMANDU ANTARABANGSA

Kalau kita plan nak travel secara D.I.Y (Do It Yourself) di negara luar secara Road Trip (Drive Sendiri), tanpa menggunakan agen pelancongan, so memang wajib ada Permit memandu Antrabangsa atau orang putih panggil sebagai 'International Driving Permit'.

Kalau tak ada Permit Memandu Antarabangsa ni, maksudnya korang tak boleh nak drive di negara tersebut. Dan kalau nak drive secara 'Illegal' (secara tak sah), boleh jer, tapi nanti tanggung lah sendiri risiko tu kalau kena saman dengan Pihak Berkuasa kat sana. 

Even kalau kita nak sewa kereta pun, Syarikat Kereta Sewa akan minta Lesen Memandu kita yang asal dan Permit Memandu Antarabangsa ni juga. Kalau tak ada permit tu, diaorang tak bagi sewa kereta, walaupun kita dah bayar harga sewa beribu-ribu ringgit. 

So, untuk mengelakkan sebarang kesulitan semasa travel, lebih baik korang mohon Permit Memandu Antarabangsa ni. 

Kat mana nak mohon?

Boleh mohon di JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) di mana-mana cawangan di seluruh Negara Malaysia. Urusan permohonan Permit Memandu Antarabangsa ni hanya boleh di buat di Kaunter JPJ sahaj dan tak boleh dibuat secara ONLINE. 

SO, nak tak nak korang tetap juga kena pergi ke JPJ untuk apply permit. Permit ni valid selama setahun. Jadinya dalam tempoh masa setahun (1 tahun) tu, korang boleh jer nak pergi travel & drive kat sana kat seberapa banyak negara sekalipun. 

permit memandu antarabangsa
Inilah rupa Permit Memandu Antarabangsa Malaysia ni (dalam bentuk buku saiz passport).

permit memandu antarabangsa
Inilah apa yang tercatat di bahagian dalam Permit Memandu Antarabangsa Malaysia



NEGARA MANA YANG MENERIMA PERMIT MEMANDU ANTARABANGSA MALAYSIA?

Inilah nama-nama negara yang menerima / memperakui Permit Memandu Antarabangsa dari Malaysia.

permit memandu antarabangsa

List 'negara-negara' ni ada tercatat dalam Buku Permit yang kita terima.

Di bahagian helaian belakang sekali ada gambar kita (gambar saiz passport). Sorry tak ada gambar nak tunjuk macam mana rupa helaian belakang sekali tu, sebab en.suami aku tak izinkan untuk post gambar dia kat blog ni. hahahhaha.


NEGARA-NEGARA 'RIGHT-HAND DRIVE' SEPERTI AUSTRALIA DAN NEW ZEALAND PERLUKAN PERMIT MEMANDU ANTARABANGSA MALAYSIA TAK? 

Jawapannya ialah YA. Negara-negara yang memandu di sebelah kanan (Right0Hand Drive) sama seperti di Malaysia pun perlu kemukakan Permit Memandu Antarabangsa ni bila kita memandu di negara berkenaan. 

Soalan : Ada yang cakap tak perlu driving permit ni sebabnya kaedah pemanduan di sana sama sahaja seperti di Malaysia.

Jawapan : Kalau berani untuk ambil risiko bila kena tahan dengan Pihak Berkuasa, dipersilakan untuk tak mohon Permit Memandu Antarabangsa ni. Ataupun berani untuk ambil risiko untuk tak dibenarkan ambil kereta sewa (walaupun kita dah bayar harga sewa kereta tu via online), DIPERSILAKAN untuk TIDAK MEMOHON PERMIT MEMANDU ANTARABANGSA.

Tetapi, segala risiko atas bahu sendiri dan sendiri bertanggungjawab terhadap apa-apa risiko yang bakal menanti. 

Jangan kata Sis tak payung k. hihihi.

P/S : Pesan aku, lebih baik bayar jer RM 150 (Untuk apply permit ni) dari terpaksa membayar beribu-riban akibat kena saman atau kena denda dari Syarikat Kereta Sewa. 


DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA MEMOHON PERMIT MEMANDU ANTARABANGSA: 

1. Salinan IC

2. Salinan Lesen Memandu (Lesen yang masih hidup/valid)

3. IC Original

4. Lesen Memandu Original (Lesen yang masih hidup/valid)

5. Gambar


Requirements Gambar :

* Gambar saiz passport Malaysia

* Gambar background putih

* So, bila tangkap gambar kena pakai baju warna gelap (Macam ambil gambar untuk buat passport Malaysia).

BACA NI : '15 Useful Long Distance Driving Tips'


HARGA BAYARAN UNTUK MEMOHON PERMIT MEMANDU ANTARABANGSA

Harga bayaran untuk memohon permit memandu antarabangsa ialah RM 150. 

Bayaran perlu dibuat secara kaedah 'cashless payment' sahaja. Bayaran TUNAI tidak dibenarkan.

permit memandu antarabangsa

Inilah resit pembayaran buat Permit Memandu Antarabangsa tu.


SOALAN-SOALAN FAQ : 

Soalan : Susah tak nak apply Permit Memandu Antarabangsa?

Jawapan : Tak susah. Pergi je ke JPJ.


Soalan : Lama tak nak apply Permit Memandu Antarabangsa di JPJ?

Jawapan : Tak lama, kejap jer. Kita datang JPJ, isi borang yang diberikan, ambil nombor giliran dan tunggu jer nombor giliran kita dipanggil. 


Soalan : Kalau dokumen tak cukup, boleh tak apply Permit Memandu Antarabangsa 

Jawapan : TAK BOLEH. Kena balik dulu dan datang semula dengan membawa bawa semua dokumen yang diperlukan untuk apply Permit Memandu Antarabangsa ni. 


Soalan : Kalau nak sewa 2 kereta atau 3 buah kereta, berapa orang yang kena mohon Permit Memandu Antarabangsa ni 

Jawapan : Setiap kereta kena ada seorang driver. Jadinya, kalau sewa 2 kereta, so kena ada 2 orang yang ada Permit Memandu Antarabangsa dan orang itu ialah orang yang akan menjadi driver semasa travel nanti. 

Andai kata kalau nak sewa 4 kereta, so pastinya akan ada 4 driver. Jadinya, setiap driver perlu ada Permit Memandu Antarabangsa ni. 


permit memandu antarabangsa

Itu jer lah kot guys perkara penting untuk apply Permit Memandu Antarabangsa Malaysia ni.Apa-apa hal, korang boleh semak sendiri dengan WEBSITE JPJ yang aku dah letak link website tu kat bawah. 

Pendek kata - Have a nice trip and drive safely. 


Untuk lebih info lagi, korang baca jer kat website JPJ ni : 'PERMIT MEMANDU ANTARABANGSA'


SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE