Bercuti di Waterpark A'Famosa Melaka

in , , , , , by dorsett pink, September 03, 2023

Cuti sekolah baru-baru ni (Ogos 2023), aku bawak anak-anak bercuti kat dalam A'Famosa Resort, Melaka yang terletak di Alor Gajah, Melaka. Dan salah satu tarikan utama di A'Famosa Resort ialah Waterpark A'Famosa Resort. Jom baca pengalaman kami mengunjungi Waterpark A'Famosa Melaka ni

Ini kali ke-2 aku masuk ke Waterpark A'Famosa Melaka ni, tapi ia merupakan pengalaman pertama untuk anak-anak aku - Kakak FL, Leeya & Baby Leesa. 

Waterpark A'Famosa Melaka best sangat, sangat kids-friendly dan sangat stroller-friendly. So, untuk yang ada baby macam aku yang 'wajib' bawak stroller pergi mana-mana, wataerpark ni sangat mengalukan kedatangan mak-mak. Toilet dia pun sangat bersih. 

Kalau pergi hari cuti umum atau weekend memang ramai orang datang sini. Tapi kalau pergi hari biasa (weekdays), lengang jer, tak ramai orang. So, kalau korang nak mencari tempat yang best nak bawak family dan anak-anak berlibur, datang je ke Waterpark A'Famosa Melaka ni. 


waterpark a'famosa melaka

ISI KANDUNGAN ARTIKEL WATREPARK A'FAMOSA MELAKA 

Harga Tiket Masuk
Sewa loker (Locker) 
Sewa Tube Pelampung
Sewa Gazebo (Cabana)
Makan Minum
Pakaian
Tarikan Menarik di Waterpark A'Famosa Melaka


Harga Tiket Masuk Waterpark A'Famosa Melaka

Dewasa Warganegara Malaysia : RM 45
Kanak-Kanak Warganegara Malaysia (Bawah 90 cm) : RM 40
OKU/ Warga Emas (Warganegara Malaysia) : RM 40

P/S : Wajib bawak IC dan MyKid untuk semu pengunjung. Kalau tak bawak, diaoarang akan charge ikut harga warga asing. Beli TIKET ONLINE lagi murah dari beli tiket kat kaunter.

Beli Tiket kat sini : https://www.afamosa.com/water-theme-park


Sewa Loker (Locker) di Waterpark A'Famosa Melaka

Saiz Kecil (Small) : RM 50 (Termasuk RM 20 deposit)

Saiz Sederhana (Medium) : RM 70 (Termasuk RM 20 deposit)

Saiz Besar (Large) : RM 80 (Termasuk RM 20 deposit)

P/S : Nanti duit deposit tu kita akan dapat balik bila nak keluar. Dan loker ni , kita boleh buka pada bila-bila masa saja. Boleh bayar guna cashless payment dan kad Visa.

waterpark a'famosa melaka

Loker yang warna kuning tu saiz kecil (smaall)


waterpark a'famosa melaka

Loker yang warna merah ni saiz sederhana (medium). Loker yang saiz besar (Large), sangat besar, boleh bawak masuk luggage saiz cabin size tu. 


waterpark a'famosa melaka
Inilah dia Waterpark A'Famosa Melaka. Kitaorang pergi masa hari weekdays, so tak ramai orang. 

waterpark a'famosa melaka
Leesa enjoy jer tidur dalam stroller, walaupun panas & bising. Dia tak kisah. Bila waktu tidur, dia akan tetap tidur. hihi.

waterpark a'famosa melaka

BACA INI : 'IDEA AKTIVITI CUTI SEKOLAH UNTUK KANAK-KANAK'

Sewa Tube Pelampung di Waterpark A'Famosa Melaka

Tube pelampung ni kena sewa kalau nak main apa-apa aktiviti air, kecuali main kat playground (kids water plyground macam kat gambar atas tu). 


waterpark a'famosa melaka

Tube pelampung 2 orang ni sewa dia RM 25, tapi kena bayar sekali dengan deposit RM 25. Nanti bila pulangkan tube tu, akan dapat balik baki RM 25 (duit deposit). Tube single (untuk seorang) tak ada.

P/ S : Bayaran nak sewa ni boleh guna tunai dan Cashless.


Sewa Gazebo (Cabana) di Waterpark A'Famosa Melaka

waterpark a'famosa melaka
Inilah rupa Cabana (Gazebo) yang ada kat Waterpark A'Famosa Melaka ni. 

Weekend/Public & School Holiday : RM 180  + RM 50 (Deposit)
 Weekdays : RM 120 + RM 50 (Deposit)

P/S : Boleh bayar guna cashless payment.


waterpark a'famosa melaka
Senang nak bawak stroller bila masuk sini.


waterpark a'famosa melaka
Ini tempat untuk kids mandi-manda. 


Makan Minum

Bab makan-minum ni jangan risau, boleh jer beli kat dalam ni. Sediakan duit jer. 

Kat sini langsung tak dibenarkan bawak air dan makanan dari luar. Diaorang akan check beg satu- satu nak masuk dalam ni, kecuali makanan baby sahaja yang dibenarkan bawak masuk. 

Harga makan dan minum kat dalam ni agak mahal. Boleh bajet sorang dalam RM 30 lah untuk sekali makan & minum. 

Kaedah bayaran beli makanan : boleh bayar guna kad Visa, Tunai dan QR payment. 


Pakaian

Pakaian pakai pakaian renang, tapi aku nampak macam OK jer kalau pakai baju biasa. Diaorang tak strict sangat. Tapi better pakai pakaian renang, sebab tak berat dan senang nak bawak masuk dalam beg nanti. 

waterpark a'famosa melaka

Inilah pakaian renang yang aku pakai hari tu kat Waterpark A'Famosa, Melaka.


Tarikan Menarik di Waterpark A'Famosa Melaka

Best jugaklah dalam Waterpark A'Famosa Melaka ini. Ada macam-macam aktiviti air. Antaranya ialah : FAMILY RAFT, WAVE POOL, SANDY BEACH , LAZY RIVER, BIG ICE CREAM, WAHAHA,HULALA, INNER TUBE.

Kanak-kanak tak boleh naik semua ni. Ada aktiviti yang kena ukur tinggi, ada aktiviti yang ada limit berat badan. Contohnya macam Big Ice Cream tu, kena berat melebihi 50 kg. 

Kalau Inner Tube tu, kena tinggi tak kurang dari 4 kaki (120 cm). 


waterpark a'famosa melaka


waterpark a'famosa melaka

Ini Lazy River


waterpark a'famosa melaka

Lepas masuk Waterpark A'Famosa ni, kitaorang pergi ke Safari Wonderland A'Famosa pulak keesokkan harinya. Tempat ni memang sangat-sangat seronok untuk kanak-kanak dan keluarga. 


BACA NI JUGAK :

'Senarai Tempat Menarik Di Melaka Tahun 2023'

'Tempat Makan Best di Melaka'

'7 Restoren Asam Pedas Paling Famous di Melaka'

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Last Cuya pergi sini masa sekolah rendah je.. lepastu tak pergi2
    Sape je nak bawak? Tunggulah ada keluarga sendiri baru pergi 😂

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE