Showing posts with label Melaka

Seronoknya Safari Wonderland A'Famosa, Melaka

in , , , , by dorsett pink, September 09, 2023

Cuti sekolah minggu lepas kitaorang bercuti di A'Famosa Resort, Melaka. Dan antara tarikan utama di A'Famosa Resort ni ialah Safari Wonderland A'Famosa. Best sangat ! Nanti boleh datang sini lagi. Jom baca pengalaman kitaorang berkunjung ke Safari Wonderland, A'Famosa Resort.

Bercuti di Waterpark A'Famosa Melaka

in , , , , , by dorsett pink, September 03, 2023

Cuti sekolah baru-baru ni (Ogos 2023), aku bawak anak-anak bercuti kat dalam A'Famosa Resort, Melaka yang terletak di Alor Gajah, Melaka. Dan salah satu tarikan utama di A'Famosa Resort ialah Waterpark A'Famosa Resort. Jom baca pengalaman kami mengunjungi Waterpark A'Famosa Melaka ni

Family Holiday At Ruby Homestay, Melaka

in , , , by dorsett pink, July 08, 2020
Aku ada cerita kan yang weekend minggu lepas aku bercuti dengan my big family kat Melaka. Dan hari ni, aku nak share dengan korang tempat penginapan yang kitaorang menginap kat Melaka hari tu. 



Ini dia, Ruby Homestay Melaka. Yang terletak kat Taman Paya Rumput Perdana, Melaka Tengah.

Rumah ni merupakan rumah persendirian Air BnB. 


Kitaorang bercuti seramai 13 orang. Rumah ni ialah rumah banglo. Ada 4 bilik tidur yang besa , campur dengan 1 bilik main game yang sangat kecik. Keluasan rumah ni lebih kurang 5000 kaki persegi. Sangat-sangat besar!


Ini rumahnya. Boleh masuk 4 bijik kereta kat dalam rumah. Harga sewa rumah ni RM 1,700 semalam. 

Dapur dia lengkap. Semuanya tersedia. Ada pinggan mangkuk, gelas, ada dapur elektrik, ada periuk nasi, ada airfryer, ada fridge, dan lain-lain. 


Kat kitchen, ada smart TV. Bolehlah layan rancangan masakan kat Youtube sambil man masak-masak.


Ni tempat kitaorang buat BBQ. Kat luar ni ada sink. Bolehlah kalau nak basuh pinggan mangkuk pun kat luar 😁😂.

Kalau nak buat BBQ, jangan lupa bawak arang dan fire cracker, sebab arang tak disediakan kat sini. 






Swimming pool dia pun besar dan bersih. 

Gaming room. Dalam bilik ni ada bilik air juga. 


Dining area. Kat dining room ada air-cond.

Living room. Kat living room ada air-cond.



Disediakan dam ular , so bolehlah main dengan family

Ni bilik tidur kat bawah. Setiap bilik tidur ada toilet.



Ini family area kat aras atas. Besar!. Disediakan sofa bed. So, boleh jugaklah nak tidur kat luar ni sambil layan TV. Ada disediakan smart  TVjugak kat family area ni. Kalau nak tidur, boleh tutup tirai tu.


Ini bilik tidur kat atas.

Setiap bilik dan ruang ada air-cond.

Ini master bedroom. Boleh masuk 6 orang tidur sini.


Ada iron. So jangan risau kalau tudung berkedut =)). Ada disediakan hair dryer.

Ini makanan dinner kitaorang malam tu. Masak sama-sama, sambil buat BBQ. Banyak lagi, cuma ini yang sempat masuk gambar. Ayam dan kambing dah marinate siap-siap kat KL lagi. 


Kitaorang 1 keluarga suka sangat tempat ni. OK sangat kalau buat family gathering kat sini. Tempat ni kawasan rumah banglo, kawasan baru. So, jiran-jiran tak ada lagi. Lagipun terletak kat Daerah Melaka Tengah, so dekatlah kalau nak pergi jalan-jalan kat Bandar Melaka.

Kalau korang nak booking rumah ni, pergi jer kat Agoda atau Booking.com atau Air BnB dan make your booking kat situ. 

Aku highly recommend tempat ni kalau korang nak bercuti ramai-ramai, sebab aku pun akan repeat duduk sini lagi next time. 

P/S : Jom follow Facebook Page aku - @eyleentravel .

Akhir kata, terima kasih kerna sudi membaca 😊.
Minggu lepas aku dengan my big family pergi holiday kat Melaka. Semalam jer. Pergi hari Sabtu, balik KL hari Ahad.

Sebelum balik KL, kitaorang Jalan-Jalan Cari Makan kat Melaka dulu, pastu singgah jap kat Freeport A'Famosa Outlet , yang terletak kat A'Famosa Resort, Melaka.

Itulah kali pertama aku pergi Freeport A'Famosa. Freeport Outlet ni ala-ala macam Genting Premium Outlet (GPO) dan Johor Premium Outlet (JPO) la. Tapi Freeport Outlet ni tak semewah GPO dan JPO. Maksud aku kat Freeport ni tak ada butik-butik designer brand macam kat GPO, JPO macam butik Couch, Braun Buffel, DKNY,  Kate Spade, Long Champ dan lain-lain.

Kiranya kat Freeport A'Famosa ni dia lebih pada untuk golongan marhaen macam aku ni shopping la, yang golongan M40. Kalau kat GPO dan JPO, target customer diaorang lebih pada golongan kayangan - T20.

Kat Freeport A'Famosa ni ada butik Nike, Siti Khadijah, ELLE, PUMA, AKEMI dan macam-macam lagi lah.



First time diaorang pergi 'mall' sejak PKP ni. Walaupun kira macam 'first time' tapi diaorang tak enjoy sangat, mungkin sebab rasa macam 'dah selesa' duduk rumah. So, bila kena berjalan jauh-jauh, diaorang rasa penat. So, both of them agak moody la hari tu. Cuma FL Sisters ni, diaorang tak kan meragam / mengamuk kat tempat awam, cuma mampu diserlahkan oleh memek muka 😁.Itu yang buatkan mommy suka pasal diaorang ni dan boleh consider nak bawak diaorang pergi jalan-jalan 😁. Yang part lain, agak boleh buat jantung mommy terhenti jap. 



Kebanyakkan kedai buat sale kaw-kaw. Kedai yang kena que paling panjang ialah NIKE. 


Tak ramai orang sangat. So, nak shopping pun boleh bertenang =)). 

 Kat sini SOP dipatuhi. ALhamdulillah. Tapi tengok kat sini tak ramai yang pakai mask. 




Kat sini surau dibuka, tapi telekung dan sejadah tak disediakan , kena guna sendiri punya. SOP dipatuhi di dalam surau. Good Job!


Bagi aku OK lah untuk shopping kat sini. Rasa macam ala-ala shopping kat oversea gitu sebab bangunan kat sini english style. Sekarang tengah SALE, so lagi banyak penjimatan bila shopping waktu sekarang. 

Bila balik KL, jalan jem kat highway. Fuhh! R&R pun agak penuh. Dalam jam 12 malam jugaklah baru sampai rumah. Penat tapi seronok 😊.

Mango Float Kat Sungai Putat, Melaka

in , , , by dorsett pink, June 29, 2020
Weeekend semalam, aku bercuti ke Bandar Melaka bersama dnegan my big family. Kiranya family holiday lah setelah sekian lama tak bercuti sama-sama. 

Nanti aku share tempat ktaorang menginap kat Bandar Melaka.

Melaka ni memang tempat tumpuan pelancong, baik pelancong lokal mahupun pelancong luar. Tapi sekarang semuanya pelancong lokal je lah yang ada kat mana-mana. Baguslah orang kita sendiri yang contribute pada ekonomi negara kita sendiri. 

Dan salah satu tempat yang kitaorang singgah semalam ialah tempat minum Air Mangga Aiskrim - Mango Float Royale Melaka, yang terletak kat Sungai Putat.  

Ramai orang datang sini. Rata-ratanya ialah pelancong dari setiap pelusuk tanahair. Tapi baguslah pengusaha gerai ni patuhi SOP. Cuma tempatnya tak besar dan orang pulak ramai, so tak ada ruang nak makan kat situ. 



1 cup ni harganya RM 6.00. 


Kat sini jugak famous dengan hot dog. Hot dog ni ada macam-macam perisa. So, bolehlah pilih ikut citarasa masing-masing.


Orang beratur beli hotdog Cikitang

Hotel Review :: Avillion Legacy Hotel, Melaka

in , , , , by dorsett pink, February 16, 2017
Hujung tahun 2016 hari tu aku bercuti kat Bandar Melaka & en.suami pilih untuk stayed kat Hotel Avillion Legacy dalam Bandar Melaka. Weekend getaway. Weekend getaway ni - Bercuti masa hari weekend ni mostly aku akan buat sebulan sekali, kalau ada rezeki lebih boleh buat 2 kali sebulan. Sebabnya aku & en.suami kaki jalan, so memang hobi kami berjalan-jalan tak tentu hala. Dan sebab nak  rehatkan minda dan badan dan nak lari kejap dari rutin harian.. 

Hotel ni terletak kat betul-betul opposite supermarket The Store. So senangla kalau nak beli apa-apa..

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/02/hotel-review-avillion-legacy-hotel.html
Ni bangunan Avillion Hotel, Melaka. 

 Masa tu kami ambik bilik suite (kalau tak silap), 
ada living room, ada dining area, ada 1 bedroom dan 2 bilik air. 

 Memang besar sangat living room dia, puas FL main lari-lari.. 
TV pun ada 2, kat dalam bilik ada 1, kat luar ada 1.



 Ini semua gambar bilik air kat dalam bedroom. 
Memang besar bilik air dia. 
Satu lagi bilik air kat luar (kat living room), tapi yang kat luar tu kecik.

 Ini katil dalam bilik tidur. King size bed

 Ini pintu masuk ke bedroom.

 Wajib pilih hotel yang ada swimming pool sebab FL suka berenang ala-ala ikan dugong.

Aktiviti wajib selepas swimming - fefeeling jadi tourist !

Overall, aku tak suka sangat hotel ni sebab makanan dia tak best. 
Boleh baca citer tu aku citer kat SINI. Dan jugak aku tak berapa suka decoration dalam bilik tu, nampak macam old skool ja.. Aku jenis suka decor yang moden . Lain orang , lain citarasa kan..

Neway, thank you for reading..
© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE