Realiti Menjadi Suri Rumah

in , , , by dorsett pink, July 30, 2026

  Assalamualaikum semua.

 

Apa khabar? Sihat ke semua?


Fuuuhh! Lama betul tak update blog ni.. Kita tiup habuk la dulu.. ffffuuuuhhh...fuuuuhhh...


Banyak betul nak cerita ni... Tapi tak sempat la nak tulis semua. 

Kita start one by one dulu. 



Actually lama tak update blog sebab aku sekarang busy dengan tugasan menjadi ibu sepenuh masa, a.k.a Suri Rumah Sepenuh Masa, dalam masa yang sama bekerja sebagai Researcher (Work From Home). Ini cerita tahun lepas. 

Fuuhhh! Memang hectic la jadual waktu seharian. Sebab menjadi researcher ni walaupun secara "part time", tapi tugas sebagai penyelidik, dia tak boleh buat part time. Researcher bekerja sepenuh masa walau di mana dia berada, even tengah mandi dalam toilet pun, otak tengah fikir macam-macam pasal data. hahahaha. 


Buat research apa? Aku dari bidang Sains Sosial, jadinya research yang saya buat tahun lepas pun ialah dalam bidang Sains Sosial bertajuk Care Economy dari kontex Suri Rumah, research dibawah Khazanah Research Institute.


Alhamdulillah researchnya telah siap dah telah pun dibawa masuk ke parlimen Malaysia baru-baru ini, untuk memartabatkan peranan ibu-ibu muda yang terpaksa berhenti kerja demi menjaga dan mendidik anak-anak dengan tangan sendiri.


Kenapa golongan Suri Rumah ni sampai perlu kena buat research? 


Sebabnya menjadi suri rumah di zaman moden sekarang dah tak sama macam menjadi suri rumah masa zaman nenek-moyang kita dulu-dulu. Suri Rumah zaman moden ni ada banyak sangat cabarannya. Bermacam-macam cabaran. 


Nak tahu apa cabarannya tu, sebab tu kena buat research khusus, untuk mengetahui dengan lebih mendalam apakah cabaran sebenar yang dihadapi oleh Golongan Suri Rumah Moden zaman teknologi sekarang, yang mana kebanyakkan suri rumah zaman ni, mostly berpendidikan tinggi. 


Rata-rata suri rumah zaman sekarang ni ialah meruapakan wanita-wanita yang berkelulusan Ijazah dari Universiti, samaada universiti dalam negara atau universiti luar negara, dan ramai juga yang punya Master serta berkelulusan PhD, tetapi memilih menjadi suri rumah seperli diri saya sendiri.


Aku merupakan graduan dari UPM (Master & PhD), Ijazah & Diploma dari UiTM , pernah menjawat jawatan tetap sebagai Pegawai Kerajaan di KPKT, tetapi akhirnya memilih kerjaya sebagai Suri Rumah Sepenuh Masa.


Contoh lain, my aunty sendiri, berkelulusan Accountacy dari Liverpool, balik Malaysia menjadi akauntan di sebuah bank terkemuka di Malaysia, kemudian berhenti kerja dan memilih menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa sampai sekarang dan anaknya yang bongsu sekarang dah berusia 20 tahun. Beliau telah menjadi suri rumah dah lebih 25 tahun dah dan beliau sangat happy menjadi housewife.


Dan banyak lagi contoh-contoh lain yang mana cerita-cerita pahit manis menjadi Suri Rumah ini boleh didengari sendiri dari ahli-ahli Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR). Boleh baca kat sini pasal SRR - https://surirumahrahmah.com/


Nak tahu apa cabaran suri rumah zaman sekarang? Hasil dari research yang saya dan team buat hari tu, dengan menggunakan metod kajian - Focus Group Discussion (FGD) dan online survey (Soal-Selidik), dirangkumkan oleh video Tuan Faiz di bawah ini (Untuk bagi korang semua senang faham).

https://youtu.be/0feZGSuzFPk?si=nD-IuKRHxJzC8JOP


Kerajaan Malaysia sendiri risau bilamana ramai sangat wanita-wanita yang hebat, ada jawatan tinggi, bijak, punya potensi untuk menjawat jawatan tinggi dalam Sektor Kerajaan mahupun Swasta, dan ada kredibiliti untuk menjadi Policy Maker atau Decision Maker, tinggalkan alam pekerjaan dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Sedangkan golongan-golongan ini adalah antara penyumbang besar dalam ekonomi negara juga.


Atas sebab itulah, kerajaan Malaysia nak tahu kenapa dan sebab apa wanita-wanita berpendidikan tinggi ini memilih untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Dan kerajaan Malaysia nak gubal 1 polisi untuk golongan Suri Rumah ini untuk kembali bekerja atau terus berada di rumah tapi dalam masa yang sama turut sama boleh menjana pendapatan untuk diri sendiri dan keluarga. 


Nak buat polisi baru bukan senang, kena kaji dalam - dalam dulu apa masalah yang wujud sebenarnya. 


So, sebenarnya selepas dah buat FGD dan survey, bila dah tanya ramai suri rumah , saya nak bagitau , yang realitinya menjadi suri ruamh pada zaman moden ni sangatlah mencabar dan tak senang seperti yang disangka-sangka. 


Sebenarnya nak menjadi suri rumah ni, seseorang tu kena bersedia dulu dari segi mental dan jasmani. Kena well prepared mentally, dan bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran yang sentiasa datang. 


Antara cabaran yang paling besar menjadi suri rumah ni ialah Stigma keluarga dan masyarakat, serta kekangan kewangan. 


Stigma keluarga datang dari keluarga sendiri, contohnya dari mak ayah atau dari adik-beradik, especially bila seseorang itu datang dari keluarga yang bekerjaya dan 'educated'. Agak susah bagi seorang ibu / ayah untuk menerima kenyataan yang anaknya 'tak nak bekerja' dan memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. 


Stigma masyarakat pula............... Seolah-olah seorang perempuan yang lulusan Universiti tak patut menjadi suri rumah. Banyak kali aku dengar statement ni - "kalau nak jadi suri rumah, lebih baik tak yah sambung belajar masuk universiti. Budak-budak SPM pun boleh jugak jadi Suri Rumah"...


Seriously, memang banyak kali aku dengar kata-kata tu kat telinga aku... Panaaaasss oooo gegendang telinga aku ni dengar ayat macam tu. Sampai akau rasa lebih baik tak yah korek telinga, biar je tahi telinga memenuhi rongga deria pendengaran tu. So, dengan cara itu kita automatik akan menjadi 'pekak sementara' dan tak dengar apa-apa.... 


Tapi tu lah... cuma mampu cakap dalam hati je lah, tapi tak terbuat pun..


Wanita yang tak bekerja ni, sering kali dianggap sebagai "penyusah masyarakat". Why? Sebabnya seolah-olah ia mendatangkan kesusahan buat para suami mereka sebab suami mereka kena bekerja extra semata-mata untuk mencari pendapatan lebih untuk menyara keluarga. Sedangkan kalau isteri bekerja, isteri boleh membantu meringankan beban suami dan tak perlulah si suami buat kerja 'lebih masa'. 


OOOOoiiiiiiiiii... Sejak bila pulak Islam kata isteri kena mencari rezeki untuk membantu para suami? Setahu aku, hukum Islam tak kan berubah walaupun zaman berubah. Dan bukan ke semamangnya tugas seorang suami tu ialah UNTUK MENCARI NAFKAH untuk isteri dan anak-anak? 


So, suami yang bekerja lebih masa atau buat kerja extra (yang halal) untuk menyara keluarga tu BAGUSLAH, kiranya suami tu ialah suami mithali, suami yang bertanggungjawab, suami yang beriman (sebab dia melaksanakan apa yang Allah suruh), suami soleh dan lelaki qawwam. Lelaki yang tahu akan hukum hakam. Baguslah bila seorang wanita mendapat jodoh seperti tu. 


Sebab akhir zaman sekarang ni, ramai je lelaki yang jenis 'pondan' - yang tak bekerja dan mengharapkan duit isteri untuk teruskan hidup. So sad. 


Tapi dah stigma masyarakat Malaysia macam tu - 'wanita kena bekerja', nak buat macam mana kan. Hadap je lah. Tahan je lah telinga tu. 


Tahu tak kenapa zaman sekarang ni wujud stigma 'wanita kena bekerja?'. Sebabnya ia juga adalah salah 1 agenda nasional juga, dan diperhebatkan oleh kuasa media. Sebab  tu wujudnya ideologi tentang 'FEMINISME', maka wujudlah terms-terms seperti 'Career Woman', 'Lady Boss', 'Girl Boss', dan sebagainya. 


Sebabnya kutipan cukai individu a.k.a Income Tax boleh diperoleh dari career women.


Disclaimer : Ini personal view aku sahaja tau, bukan dari mana-mana sumber. Ini hanyalah  pendapat peribadi aku semata-mata. 


Bila wanita bekerja, secara tak langsung wanita tersebut kena membayar income tax. Lagi ramai wanita yang bekerja lagi banyaklah cukai yang dapat diperolehi.


Then, wujudlah kempen-kempen seperti 'Women With Ambition', 'EmpowHER', dan macam-macam lagi. 


Namun, di sudut lain, memang menjadi keperluan ada wanita yang kena bekerja untuk membantu suami untuk menyara keluarga. Dek kerana ekonomi negara sekarang sangat 'keras', ia semestinya memerlukan komitmen dari kedua-dua suami dan isteri untuk memperkukuhkan ekonomi keluarga. 


Bayangkan sekarang, yuran Tadika pun dah  macam Yuran Universiti sampai berpuluh ribu setahun. Kalau ada 5 orang anak, dah berapa dah kos yuran tadika kat situ. Belum lagi masuk dengan kos perubatan yang agak mahal juga bil hospitalnya. 


Mana nak makan lagi yang harga makanan pun saban tahun makin naik, makin naik, nak servis kereta lagi, nak bayar tol lagi, nak bayar minyak petrol kereta lagi.


Jadi, zaman sekarang ni memang ada keperluan untuk isteri-isteri bekerja. Dah menajdi 'norms' bilamana wanita yang ada pendidikan tinggi bekerja. 


Namun begitu, janganlah pula dipandang enteng pada wanita yang berpendidikan tinggi yang memilih untuk tidak bekerja dan menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa. 


Wanita bekerja ada cabarannya, begitu juga wanita suri rumah pun ada cabarannya juga. hapuskan stigma 'wanita kena bekerja'.


Masing-masing ada 'struggles' tersendiri. Baik wanita bekerjaya mahupun wanita suri rumah.


Jadi, alangkah eloknya jika semua orang meraikan pilihan masing-masing. Suri Rumah meraikan wanita yang memilih untuk bekerja, dan wanita bekerja meraikan golongan suri rumah. Bila semua wanita meraikan semua, InshaAllah kita semua mampu bersatu demi matlamat untuk membangunkan sebuah Ummah yang gemilang, cemerlang dan terbilang. Inshaallah anak bangsa kita di masa akan datang adalah anak bangsa yang berjaya cemerlang dari segi sahsiah, peribadi,akhlak, adab, displin dan akhirnya menjadi Umat Islam yang disegani dunia. 

suri rumah
Suri Rumah tak ada istilah boleh bercuti seorang diri atau honeymoon dengan suami. Pergi mana-mana pun kena bawa anak-anak bersama =))


Realiti Menjadi Suri Rumah


Secara peribadinya, aku dah menjadi suri rumah sepenuh masa selama dah 7 tahun ni, bagi aku menjadi suri rumah ni tak senang langsung dan banyak susahnya. Susah sebab? 


Satu, susah sebab tak ada duit sendiri. Nak beli apa-apa kena minta duit suami walaupun benda yang kita nak beli tu bukan keperluan keluarga.


Kedua, susah nak uruskan emosi anak-anak. 


Ketiga, susah nak fahamkan orang sekeliling yang duk pandang 'rendah/serong' kat pilihan kita yang memilih untuk menjadi suri rumah.


Keempat, tak ada kawan nak berborak sebab kawan-kawan semua keluar bekerja, even suami pun keluar bekerja di siang hari. Malam hari suami balik rumah, dia pun dah penat, mana nak layannya isteri nak bercerita.


Kelima, tak ada me-time langsung! Kemana-mana pergi, kena bawa anak sekali. Even kalau nak masuk toilet pun anak nak ikut jugak masuk toilet. Errrrmmm...


Keenam, nak scroll handphone pun tak dapat sebab kita kena menjadi 'role model' kepada anak-anak. Bila mak-mak tengok handphone, nanti anak-anak pun akan ikutlah cara mak-mak duk scroll handphone. 


Ketujuh, susah sebab orang luar expect suri rumah ni ada banyak sangat masa, sampai boleh kilatkan lantai rumah sekilat-kilatnya macam lantai hotel mewah 5 bintang.


Kelapan, susah sebab orang luar duk ingat jadi suri rumah ni best sebab boleh tidur anytime masa waktu bekerja. Hellllllooooooo.... nak tidur pun tak sempat.. Baru je terlelap 5 minit anak dah kejut 'Ibu, nak kencingggggggggggggg'.. 'Ibu, nak susuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu', 'Ibu, nak airrrrrrrrrrrrrrrrrrrr'. Errrmmm.


Kesembilan, susah sebab menjadi suri rumah ni tak ada waktu cuti. Mereka bekerja 24 jam sehari setiap hari tanpa hari cuti. Macam mana nak cuti???? Anak-anak nak bekepit je. Kalau seorang ibu tu bercuti 2 hari masuk hospital sebab nak berehat sekejap, tengoklah lepas 2 hari rumah tu jadi tongkang pecah. Tak pun tak sampai setengah hari dah dengar dah bunyi telifon berderiiiinnngggg suami call tanya itu-ini... 'tepung kat mana?', ' stokin adik kat mana?', ' susu dah habis, adik dah meraung' , 'mak nak datang rumah, rumah bersepah' , 'baju abang tak basuh lagi, esok abang ada meeting'.... dan macam-macam lagi dialog. 


Kesepuluh, susah sebab orang ingat suri rumah ni best tak payah hadap traffic jem.. Errrmmmm.. Orang yang fikir suri rumah ni tak yah hadap jem agaknya depa ingat semua suri rumah ni isteri Sultan agaknya ada driver samapi 10 orang, setiap satu driver boleh hantar anak-anak kita pergi sekolah masing-masing.  Tak pun depa ingat suri rumah ni hantar anak pergi sekolah naik Grab kot sampai tak yah nak drive sendiri. Errrmmm kaya nya lah suri-suri rumah kat Malaysia kalau betullah realitinya begitu. 


Tapi hakikatnya, suri rumah ni lah yang nak kena menghadap jem berpuluh-puluh kali dalam seminggu. kalau ada 3 orang anak yang berlainan sekolah, dah kena hadap 3 jalan berbeza. Trip sekolah pergi dan balik sekolah (kalau anak sekolah 1 sesi je, tak ada KAFA), so kena duduk atas jalanraya 6 kali di 3 laluan yang berbeza. Berapa jam nak hadap jem tu?? Sekolah anak-anak habis jam 6 petang kalau kat kawasan Lembah Klang ni, sama jer waktu orang balik kerja.


Sampai je kat rumah dah penat, nak berehat kejap pun tak boleh sebab dalam otak masih ligat fikir ada banyak lagi kerja rumah tak buat lagi - baju sekolah tak gosok lagi, baju kerja suami tak gosok lagi, kuali yang masak tadi tak basuh lagi, buku sekolah anak tak balut lagi sebab peretengahan tahun buku aktiviti dah habis nak kena guna buku baru pula. Dan macam-macam lagilah,


Kesebelas, orang tak sangka dan wujud kata-kata 'eh! suri rumah pun makan luar jugak ke???'. Agaknya diaorang ingat suri rumah ni memang kerjanya memasak siang malam tanpa henti, sampai tak boleh nak makan kat luar.


*********


Jadinya, wahai wanita-wanita yang bekerja dan berfikir untuk menajdi suri rumah sepenuh masa, fikirlah dulu 1001 kali hajat korang tu. Buatlah solat istikharah dulu. Sebab hakikat sebenarnya tak senang langsung menajdi suri rumah. Suri Rumah langsung tak ada 'Me-Time' tau, plus pulak suri rumah ni tak ada duit sendiri. 


Bayangkan kalau korang yang bekerja bergaji RM 10,000 sebulan atau gaji RM 5,000 sebulan, tetiba bila dah berhenti kerja, langsung korang tak ada gaji. Gaji yang diberikan oleh suami tu depends pada kemampuan suami. Kalau suami bagi duit poket sebulan RM 30,000 ok lah, tapi kalau suami hanya bagi sebulan RM 100, macam mana korang nak hadap situasi baru tu? 


Tetiba tak boleh beli mekap jenama yang yang digemari, tetiba tak dapat pergi spa buat mani-pedi, tetiba tak dapat pergi salon untuk buat rambut, tetiba tak dapat beli handbag baru seperti sebelum-sebelum ni. Makanan viral yang korang senang-senang jer nak beli sebelum ni dah tak boleh beli dah. Bila kawan-kawan tunjuk makanan viral, korang hanya mampu tengok jer tanpa mampu membeli. Korang sanggup ke? 


Belum lagi ditambah pula dengan tak ada percutian / holiday atau 'staycation' di hotel seperti sebelum-sebelum ni? 


Bukan semua suami mampu afford untuk bawa anak-anak dan isteri pergi bercuti jauh-jauh atau bercuti di hotel, so kena bersedialah untuk downgrade lifestyle jika benar nak menjadi suri rumah. 


Belum tambah lagi dengan kata-kata cepumas yang merendah-rendahkan kerjaya suri rumah tu. Belum lagi ditambah dengan kata-kata dari ibu ke, ibu mertua ke atau iapar-duai yang membanding-bandingkan kehidupan diaorang dengan korang. 


Semua tu, sebagai suri rumah kena terima dengan hati yang terbuka. Kena senyum jer. Dan tak boleh nak sentap-sentap. Bila korang 'tersentap' hati korang lagi sakit, dan emosi korang lagi tak terurus. So,cara paling selamat ialah 'pekakkan je telinga...dan blaaaahhhhh' dari conversation tu. Itu kalau tak mampu nak tahan lah. 


Kalau mampu tahan, senyum je apa yang diaorang cakap tu, amsuk telinga kanan keluar telinga kiri sambil sluururrppp secawan Matcha Starwbeeerrrryy. Fuuuhhh! Sedapnya Matcha Strawbery. 


hahahhaha. begitulah kehidupan sebenar menjadi suri rumah. 


Kalau nak menjadi suri rumah yang rasa berguna, suri rumah yang berdaya maju, suri rumah yang ceria dan gembira, korang joinlah Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR)


Kat dalam SRR tu nanti korang akan mendapat ramai kenalan baru. kenalan yang sekepala dengan korang. Kenalan yang sama level pemikiran dengan korang dan kenalan yang sangat memahami struggle korang menajdi suri rumah atau struggle korang membesarkan anak-anak yang tengah duk tantrum hari-hari. hihi.


Aku hari ni rasa happy sangat menjadi suri rumah. Nak dapat rasa happy macam ni memakan masa bertahun-tahun tau. Lepas aku dah berkenalan dengan SRR, baru aku rasa aku 'hidup' dan merasa menjadi orang yang yang berguna didalam masyarakat. hahahaha.


So, korang pun yang mana yang bergelar suri rumah tu, cepat-cepatlah jadi ahli SRR. Sure, lepas ni korang akan menjadi orang yang berbeza dan memandang Suri Rumah sebagai 1 profesion kerjaya yang sangat mulia dan profesion yang sangat hebat =)).

SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE