Wanita yang baru lepas bersalin, memang senang sangat kena sembelit dan dapat buasir masa dalam pantang. Dah lah, memang kita dah sakit sebabkan jahitan episotomy kat vagina, tambah pulak dengan buasir, lagilah 'double sakit', depan-belakang rasa sakit. Aduuuss.. Tak tertahan rasanya. 

Aku pernah rasa sakit buasir ni masa mengandung dan berpantang anak sulung aku 9 tahun yang lepas. Sejak tu, setiap kali mengandung dan bersalin, aku memang amalkan 3 tips ni untuk mengelakkan aku sembelit masa dalam pantang. 

Bila sembelit, senanglah dapat buasir. Buasir tu rasa dia sangat-sangat sakit tau korang. Janganlah kena dan elakkanlah. Sebab bila dah kena, meraung tau. 

3 TIPS Elak Sembelit dan Buasir Selepas Bersalin Masa Dalam Pantang

https://my.theasianparent.com/buasir-selepas-bersalin


1. Minum Lactulose 

Lactulose ni ialah ubat/ supplement yang bertujuan untuk merawat sembelit. Biasanya doktor akan berikan ubat / supplement ni bila lepas bersalin. So, masa berpantang kat rumah, sambung jer makan ubat ni setiap hari sampailah ubat tu habis. 

https://www.doctoroncall.com.my/tanya//soalan/buasir-di-dalam-pantang/15844
Doktor gynae aku bagi Lactulose yang jenama "Duphalac" ni.


Artikel yang berkaitan pasal buasir masa dalam pantang ni : 'Buasir di dalam pantang'

BACA NI JUGA : 'ROTI GARDENIA'

2. Minum Air Jus Delima (Pomegranate Juice)

Jus delima tu senang nak beli kat kedai-kedai yang jual makanan Arab, contohnya macam Berkat Madinah atau Mahnaz Food. Even kat pasaraya besar macam Giant, Aeon atau Lotus pun ada jual. Tapi kalau dapat minum jus delima yang fresh lagi bagus dan lagi sedap rasa dia. 



Kalau nak beli kat Shopee pun ada dijual Jus Delima ni atau dalam english disebut sebagai 'pomegranate juice'. Ini link Shopee : https://invl.io/clgub5i


TIPS Elak Sembelit dan Buasir Masa Dalam Pantang

3. Jangan Minum Air Milo

Aku kan pernah ada buasir yang teruk sampai peringkat doktor nak buat pembedahan masa pregnant dan masa berpantang anak sulung, Kakak FL 8 tahun dulu. Tapi aku tak buat pembedahan buang buasir tu sebab masa pregnant tak boleh buat operation. 



Ingatkan nak buat operation bila dah habis pantang, tapi elok jer aku habis pantang 44 hari, buasir aku pun sembung dan hilang dan aku kembali menjalani kehidupan normal seperti orang lain. So, tak jadilah nak buat operation.

Dan aku perasan, penyebab atau punca kepada masalah buasir atau sembelit ni ialah - sebab aku minum air milo. Minum jer milo, terus aku sembelit. So, sepanjang tempoh mengandung dan berpantang masa anak ke-dua dan ke-tiga sekaang, aku displinkan diri aku minum air milo. 

Pernah jugak lah 'cheat' langgar pantang, sengaja minum air milo nak tengok badan aku OK tak. Dan kesannya, bila aku minum air milo, aku memang akan sembelit. Bila sembelit, aku kenalah buasir tu. huhu 😭. 

So, alternatif lain untuk mengelakan minum MILO, ialah aku minum air hot chocolate. Nak minum air coklat sejuk pun boleh, tapi aku tak suka coklat sejuk, aku suka Hot Chocolate.

Aku minum air Hot Chocolate ni. Ini favourite aku. 
Hot chocolate jenama Cadburry. 

Siap bawak pergi hospital lagi - minum dalam ward. 
Hari-hari aku minum ni kat rumah. 
Boleh beli kat Shopee jugak. Ini linknya : https://invl.io/clghvmn

Ini artikel pasal makan minum aku masa dalam pantang : 'MY PANTANG STORY - MAKANAN & MINUMAN DALAM PANTANG'


Cerita pengalaman bersalin : 

'ALHAMDULILLAH! DAH SELAMAT BERSALIN ANAK KETIGA'

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. pernah kena sembelit masa anak sulung. dah la czer seksanya nak membuang tak lepas. masa tu makan ubat farmasi. lupa dah nama ubat tu. pil kalau tak silap.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE