Hye semua.... 

Nak bagitau... yang saya baru jer celebrate birthday Bulan Jun hari tu. Cepatlah nyanyikan lagu 'Happy Birthday' kat saya. hahahhahaha. 

HAPPY BIRTHDAY TO MYSELF 💓. 

birthday

Saya menyambut hari kelahiran yang ke 41 pada 18 Jun 2025 yang lalu.

Tahun ni genaplah usia saya 41 tahun. Dah 2 tahun lah kiranya melangkah ke usia emas 4 series ni.. 

Orang kata 4 series ni dah meniti ke usia tua.... Tapi, bagi saya, saya tetap MUDA selama-lamanya. Muuauauahahahhahaa 😂. Angka itu hanyalah sekadar nombor sahaja guys...apa ada pada nombor. Tak kira kita umur berapa pun, yang penting kita selalu ingat Tuhan, dan ingat MATI. Ajal itu datang tak mengira usia, tua atau muda. 

Dan yang lagi best, setiap tahun saya akan menyambut hari lahir bersama dengan anak sulung saya, Kakak FL. Birthday Kakak FL 11 Jun. Tahun ni Kakak FL dah berusia 11 tahun. Sama usia dengan blog ni. Blog dorsettpink.com ni wujud selepas Kakak FL dilahirkan kalau u all nak tahu. Tapi bagi follower lama, mungkin dah lama tahu. Blog ni diwujudkan untuk menceritakan tentang perjalanan kehidupan saya sebagai seorang blogger, seorang pelajar (pada masa tu) dan seorang ibu, yang orang selalu sebut 'new parents'. 

Sebagai 'ibu baru', banyak benda baru yang saya belajar setiap hari. Segala-galanya adalah ilmu baru untuk saya. Jadinya, eloklah saya dokumenkan setiap perjalanan fasa kehidupan tu agar suatu hari nanti, ia mampu menjadi kenangan terindah untuk saya dan juga boleh menjadi sumber rujukan kepada ibu-ibu baru seperti saya juga. 

Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat dengan kehidupan yang saya nikmati sekarang. Apa yang lebih buat saya mensyukuri dengan nikmat Allah ini ialah, saya dapat meluangkan masa dengan anak-anak dengan banyak, dan saya dapat menguruskan anak-anak sepenuhnya dengan tangan saya sendiri. 

Sayalah yang menjadi driver kepada anak-anak, sayalah yang menjadi tukang masak untuk diaorang, sayalah yang menjadi ustazah mengajar diaorang Al-Fatihah dan Iqra, sayalah juga yang menjadi bahu dan telinga untuk diaorang meluahkan perasaan. Alhamdulillah! Untuk segala rezeki yang Allah berikan ini - Rezeki Masa.


Untuk Kakak FL, 

Terima kasih sayang kerana sentiasa ada dengan Mummy.

Terima kasih kerana banyak mengajar Mummy erti kehidupan.

Terima kasih kerana mengajar Mummy untuk menjadi ibu yang terbaik, bukan ibu yang sempurna, tapi seorang ibu yang cuba buat yang terbaik untuk Kakak dan adik-adik. 

Terima kasih sayang, kerana selalu tolong Mummy tanpa disuruh. 

Dan terima kasih kerana taat pada perintah Allah. 

I love you so much sayang. Mummy dan Abah love you till our last breath.

Hari tu kami celebrate birthday kat Restoren Mafioso Shellaut di Jalan Ampang.

Alhamdulillah! Makanan kat situ sedap dan yang penting suasana kat dalam restoren tu sangat cozy, memang sesuai sangat untuk family gathering. Kami celebrate birthday ni masa 11 Jun, masa birthday Kakak FL.

birthday

Kek - Biscoff cake.


birthday
Ni saudara-mara belah my husband. Yang bertopeng tu ialah my husband.

birthday



birthday

birthday

birthday
Ini restorennya, belah luar. Tempat ni besar. So, ramailah boleh datang dalam satu-satu masa


birthday
Menu shellaut kat sini ada macam-macam. 
So, kami ambil macam-macam menu, agar boleh rasa semua 'flavour' yang ditawarkan di restoren ni.

birthday
Ini flavour butter milk

birthday

birthday
Ini rupa restoren Mafioso Jalan Ampang dari depan. Boleh parking kereta di tepi jalan sahaja.

Ini suasana masa Hari Jadi saya, 18 Jun 2025 yang lalu. hahahaha. Kami 'celebrate' dengan makan cendol dan laksa jer. hihihi. Ni kat masjid, singgah makan jap selepas Kakak-kakak pulang dari sekolah.

So guys, untuk korang yang baru menjadi ibu. Meh saya kongsikan TIPS-TIPS menjadi Ibu Baru. 

*******************************

10 TIPS MENJADI IBU BARU YANG TENANG DAN YAKIN

1. Percayalah pada naluri keibuan

Walaupun kita baru bergelar ibu, naluri keibuan kita adalah sesuatu yang sangat berharga, dan naluri tu memang sangat kuat. Just percaya jer pada instinct seorang ibu, dan follow  naluri tersebut. Kita lebih tahu apa yang terbaik untuk anak kita, walaupun orang sekeliling bagi banyak pendapat, tapi kita tetaplah yakin dengan apa yang patut kita buat untuk anak ki yang comel ni.


2. Jangan takut untuk minta bantuan

Kita tidak perlu menjadi seperti robot yang sentiasa kuat. Kita kena akui diri kita ialah manusia biasa - manusia yang sangat lemah, manusia yang ada perasaan dan manusia yang ada rasa penat. Kita tidak perlu buat semua benda sendiri. Suami, ahli keluarga yang lain atau kawan-kawan boleh tolong kita. Minta saja bantuan dari mereka, jangan segan jangan malu. 


3. Tidur bila bayi tidur

Ni sangat penting. Waktu tidur. Kita perlukan rehat yang banyak. Rehat amat penting. Rumah tak perlu sentiasa kemas – ibu yang cukup rehat lebih penting daripada pinggan bersusun cantik. Jadinya, bila anak kita tidur, kita tidurlah juga sekali dengan anak kita. jangan fikir hal rumah buat sementara waktu, tapi fikirlah tentang diri kita terlebih dahulu. 

Bila kita tak tidur bilamana baby tu tidur, nanti kita lagi penat sebab kita dah tak sempat dah nak tidur atau rehat jap. Takkan lah, kita nak biarkan baby kita tu merayap seorang diri dalam rumah, tanpa pengawasan kita, nanti kalau dia tercekik apa-apa, kan bahaya. jadinya, biarlah kita sentiasa ada bersama dengan baby kita, hatta di rumah sendiri.


4. Makan Dahulu Bila Ada Waktu

bab makan ni kita kena jaga betul-betul. Makanlah dahulu walaupun belum tiba waktu makan. Kerna bila mana dah tiba waktu makan, anak pula tak bagi kerjasama untuk ibu makan. Jadinya bila ada jer waktu free sekejap , kita jamahlah makanan dahulu. 

Ingat! Fikirkan diri kita dahulu, baru fikirkan tentang anak atau rumah. Biar kita kenyang dahulu, baru kita kenyangkan anak kita. Sebabnya kita perlukan banyak tenaga untuk menjaga anak-anak kita. kalau kita tak cukup makan, kita akan penat dan ia boleh buatkan emosi kita tak stabil atau kita menjadi cepat marah. Last-last, anak yang menjadi mangsa marah kita. So, makan jer bila mana ada waktu makan, walaupun kita terpaksa makan tengahari pada jam 11 pagi. 


5. Terima perubahan rutin hidup

Kehidupan tidak akan sama seperti sebelum ada anak. Terimalah perubahan ini sebagai satu fasa baru, bukan beban. Jangan lagi dipandang atau disesali dengan kehidupan baru sekarang, tetapi terimalah ia dengan hati yang terbuka dan banyakkan ucap rasa syukur pada Allah. Inshaallah, lagi banyak kita ucap syukur, lagi senang untuk kita adapt dengan kehidupan baru sekarang. 

Mungkin sejak ada anak ni, kita tak lagi dapat menikmati tidur malam yang lena dah, kita dah tak ada masa nak scroll Instagram atau TikTok, atau kita dah tak ada masa untuk tengok Drama Korea. Takpe, itu hanya sementara sahaja, hanya ketika anak-anak kita masih kecil. Nanti bila semua anak-anak kita dah besar, kita ada banyak sangat masa untuk buat apa-apa pun. Nak pergi hiking boleh, nak tengok netflix siang malam boleh, nak scroll tiktok setiap masa boleh, masa tu kita akan rasa semua penat lelah sebelum ni hanyalah kenangan terindah sahaja. 

Inagtlah, anak-anak ni menjadi kecil sekejap jer. Bila mana kita tak bina bonding yang kuat masa anak-anak kita ni masih kecil, bonding itu tak kan terbina utuh dah sebab masa telah berlalu pergi. masa yang ada, hanya untuk waktu itu sahaja, bila masa dah pergi, ia akan pergi tak kan kembali dah. 

Contohnya, dulu anak saya Kakak FL berusia 1 tahun masa tahun 2015, selepas tu, usia 1 tahun pada anak tu tak kan kembali lagi dah. Sekarang tengok umur dia dah 11 tahun, dah besar dah. Kita dah boleh tatang dia seperti bayi lagi. kalau dulu, boleh breastfeed dia, boleh bawa dia tidur atas badan kita, boleh mandi sama-sama, tapi hari ini semuanya tak berlaku dah. Bonding yang terbina bila anak-anak dah besar ni lain pula, tak sama macam anak-anak waktu fasa bayi.

Ibu-ibu sekalian, walaupun penat, percayalah waktu bayi kecil ini akan berlalu dengan cepat. Simpan memori ini, ambil gambar sebanyak mungkin, dan hargai momen-momen indah itu. 1 hari nanti, kita akan tersenyum lebar bila tengok balik gambar-gambar masa diaorang kecil-kecil.

Tapi yang penting, jaga diri kita seeloknya. Self-care tu sangat penting. Uruskan emosi kita dengan sebaiknya, agar kita tak burnt-out. Pergilah kelas-kelas parenting untuk tambah ilmu parenting, ilmu jaga anak, ilmu asuh anak, ilmu pengurusan masa, ilmu self-care dan macam-macam ilmu lagi. Jadilah ibu yang berilmu dan bukan hanya sekadar ibu yang menjaga anak-anak, tapi didiklah anak-anak kita untuk menjadi PEMIMPIN UMMAH 1 hari nanti.


Last but not least, happy birthday to  myself! 😍

*******************

P/S : I am a ghostwriter and content writer. If you need the content writing or ghostwriting service, please don't hesitate to contact me via email - dorsett.pink14@gmail.com.

SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE