Kesan Penyakit Kencing Manis Diabetis Boleh Buatkan Penglihatan Mata Menjadi Buta. 

Penyakit kencing manis atau diabetis ialah merupakan pembunuh No.1 Rakyat Malaysia. Sebanyak 18.3 % atau 3.9 juta Penduduk Malaysia menghidap kencing manis pada tahun 2019. Angka ini sangat membimbangkan memandangkan ia menunjukkan peningkatan yang tinggi. 

Pada tahun 2015, mereka yang dijangkiti penyakit diabetis ini hanya 13.4 % sahaja, namun, jumlahnya meningkat sebanyak 4.9% hanya dalam tempoh 4 tahun sahaja dan jumlah ini dijangka akan semakin meningkat   (Sumber :  Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019).

Dan korang tahu tak yang sebenarnya penyakit kencing manis ni bukan sahaja memudaratkan kesihatan kita, tapi ia mampu buatkan mata menjadi buta.

 

https://hctm.ukm.my/oftalmologi/kesan-kencing-manis-ke-atas-penglihatan/

Boleh Baca Juga : 'MEMAHAMI DIABETIS'

Penyakit kencing manis yang tidak dikawal dan dirawat dengan baik boleh menyebabkan kerosakan kepada keseluruhan sistem mata. Antara penyakit mata yang dihidapi oleh pesakit diabetis ialah :

  •      Ulser pada mata iaitu luka yang dijangkiti oleh kuman atau bakteria sehingga ianya menjadi ulser.
  •       Katarak iaitu kanta mata menjadi keruh sehingga pandangan menjadi kabur.
  •       Glaukoma iaitu tekanan tinggi di dalam bebola mata.
  •       Retinopati iaitu kerosakan pada retina mata. 
https://www.sinarharian.com.my/article/27914/LIFESTYLE/Sinar-Aktif/Retinopati-Diabetik


Penyakit kencing manis ini sangat merbahaya di mana salur darah menjadi rosak dan darah menjadi pekat sehingga ia menyebabkan aliran darah di dalam badan pesakit menjadi sangat perlahan dan ia akan mengakibatkan organ-oran utama di dalam badan akan mengalami  masalah bekalan oksigen.

Dan bekalan oksigen yang kurang pada mata boleh mengakibatkan kerosakan pada retina mata yang dikenali sebagai retinopati (penyakit pada retina mata)..

Namun begitu sekiranya, doktor telah dapat mengesan sebarang tanda yang tidak normal pada mata pesakit, mereka hendaklah melakukan pemeriksaan dengan lebih kerap untuk mencegah sebarang komplikasi yang lebih buruk. 


Rawatan mata untuk pesakit diabetis adalah bergantung pada bahgian dan tahap kerosakan mata pesakit. Ini ialah antara rawatan untuk merawat komplikasi diabetis pada mata :

  1. Suntikan ubat ke dalam mata.
  2.  Rawatan laser.
  3. Pembedahan mata. 

Suntikan ubat ke dalam mata :

Suntikan ubat ke dalam mata. Rawatan ini dibuat jika terdapat kebocoran pada  saluran darah pada penglihatan mata. Suntikan ubat dibuat selama beberapa bulan bergantung pada kondisi pesakit.

Rawatan laser.

Selain dari suntikan ubat didapati tidak sesuai dengan pesakit, rawatan laser akan dilakukan. Terdapat beberapa jenis rawatan laser pada mata. Kebiasaannya rawatan laser untuk pesakit diabetis ialah menggunakan pancran laser pada bahagian retina yang tidak terlibat dengan pusat penglihatan. Kaedah ini dapat membantu mengawal pertumbuhan salur darah yang normal dan sekaligus ia boleh mengecutkan saluran darah yang tidak sepatutnya.

Pembedahan mata.

Dan jika kedua-dua rawatan di atas tidak sesuai pada pesakit, pembedahan mata akan dijalankan. 

Namun begitu, jika kerosakan mata lambat dikesan di peringkat awal sehingga akhirnya menjadikan mata buta, ia tidak mempu lagi dirawat walaupun dengan melakukan rawatan transplan iaitu rawatan pemindahan organ mata.

Ini kerana, penyakit diabetis ini akan membuatkan kerosakan keseluruhan struktur mata yang akhirnya menjadikan mata buta dan menyebabkan pemindahan mata tidak dapat dijalankan.

 http://www.myhealth.gov.my/diabetes-mesti-jalani-pemeriksaan-mata/

Struktur mata manusia


So, memang sangat pentinglah untuk para penghidap kencing manis kena buat pemeriksaan mata dengan kerap untuk elakkan mata menjadi buta. Orang cakap, mencegah lebih baik dari merawat. Nanti kalau mata dah jadi buta, hilanglah nikmat melihat, dunia terus menjadi gelap gelita. 

Sementara mata masih OK ni, pergilah check dan rawat. Take precautions agar ia tak menjadi mudarat kelak. Eloknya buat pemeriksaan mata ni berkala, at least setahun sekali. 

Kalau korang nak senang, Kedai Cermin Mata OPTOM kat Bandar Baru Bangi, Selangor ada buat servis ni khas untuk pesakit kencing manis. 

So, kalau mak ayah korang atau pakcik ke makcik ke nenek atau atuk ke yang ada sakit kencing manis ni, bawaklah diaorang pergi buat check up mata kat OPTOM EyeCare tu.



Ini alamatnya : 

Optom Eyecare Optometris Bangi.

Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor (Berdekatan Marrybrown).

Waktu Operasi : 9.00 am – 8.00pm (Setiap Hari)

Instagram: OptomEyecare

Website : https://optom.com.my/

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. MOGA DIJAUHI ALLAH DRPD MENGIDAP SAKIT INI AMIIN

    ReplyDelete
  2. Semoga diberikan kesembuhan kepada sesiapa yang sedang mengidap penyakit ini. Untuk yang masih sihat, jagalah pemakanan dan bersenam. Seterusnya berdoa dan bertawakkal. InshaALLAH..moga ia jihad untuk kita terus menghargai anugerah ILLAHI.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE