Cara Naik MRT Percuma Tahun 2022

in , , , , by dorsett pink, June 25, 2022

Cara Naik MRT Percuma Tahun 2022. 

Weekend minggu lepas, kitaorang naik MRT pergi MyTown Shopping Centre. Biasanya kalau nak pergi shopping mall kat Kuala Lumpur ni kitaorang akan naik train kalau tempat tu ada stesen MRT atau LRT. Sebab senang - tak perlu nak redah jem dan tak perlu nak mencari parking. 

Minggu lepas masa naik MRT tu kitaorang terkejut sebab tak perlu bayar apa-apa - FREE jer dan bila masuk dalam tren, fuhh! Ramainya orang. Biasanya train MRT ni tak ramai orang walaupun hari minggu. Kalau waktu peak hours la sesak sebab orang nak pergi & balik jerja. Tapi waktu-waktu lain memang tak ramai orang biasanya. 

Tapi sekarang ni ramai pulak orang naik MRT sebab percuma selama sebulan bulan Jun - Julai 2022 ni. 

So, ini aku nak share Macam Mana Untuk Korang Naik MRT Percuma ni Tahun 2022 ni. 


https://www.astroawani.com/berita-malaysia/berita-gembira-tambang-percuma-mrt-lrt-selama-sebulan-366555

https://www.sinarharian.com.my/article/207193/BERITA/Nasional/Tambang-percuma-MRT-LRT-selama-sebulan
Kalau macam ni kira ramai lah, sebab biasanya lengang jer. Ni gambar hari Ahad. 


https://www.train36.com/kuala-lumpur-transit-map.html
Ini ialah peta / map train di Lembah Klang (Kuala Lumpur). 

Ini ialah stesen MRT Cochrane. dah macam oversea kan? 

Kalau gayat, sila tutup mata naik escalator ni. hihi


Cara Naik MRT Percuma Tahun 2022

1. Tak perlu nak install apps apa-apa di handphone, walk-in jer. 

2. Sampai je di stesen MRT mana-mana stesen, terus pergi ke Kaunter Pertanyaan / Kaunter Khidmat pelanggan.

3. Bagitau pada crew yang bertugas, nak naik MRT untuk berapa orang. kanak-kanak bawah 7 tahun tak dikira. 

4. Lepas tu, crew tu akan berikan token mengikut jumlah yang kita bagitau tadi. Dan token tu boleh digunakan untuk kemana-mana destinasi. 

5. Bila sampai di destinasi yang dituju, keluar jer pagar / 'barrier' stesen tu dan token just masukkan jer kat 'slot token' kat pagar tu. 

Itu jer. Senang sangat kan? 

So, selamat berjalan guys. 


Baca juga ini : 'Berita gembira! Tambang percuma MRT, LRT, selama sebulan'.

 

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. SERONOK KAKAK N ADIK NAIK MRT FREE TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. Mak dia yang seronok sebab tak yah bayar. Biasanya kena bayar tiket tu mahal la jugak untuk 4 orang

      Delete
  2. Kalau pakai TnG pun boleh, bayaran takkan ditolak sepanjang tempoh free ni :)

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE