Jalan-Jalan ke Genting Highlands

in , , by dorsett pink, November 09, 2021

Hari tu masa cuti umum Maulidur Rasul hari tu, aku dan keluarga kecikku (bersama suami dan anak-anak), pergi bercuti ke Genting Highlands. Kitaorang pergi baik hari jer. Saja nak jalan-jalan ke tempat sejuk, sebab dah lama sangat kan duduk rumah. 

Walaupun cuma berjalan dalam Malaysia jer, tapi fefeeling macam berjalan pergi oversea lah sebab Genting kan sejuk.


Kitaorang pergi naikcable car, kereta parking kat Genting Pemium Outlet. 
Ada aku share LIVE Video kat Facebook aku - @eyleentravel



Genting Highland sekarang ni dah lain betul. Diaorang buat renovation kaw-kaw sejak dari PKP 2020 lagi. Sekarang renovation semua tu dah siap. 




Outdoor themepark pun dah siap, cuma tak bukak lagi. Katanya nak bukak Bulan ni, tapi entahlah jadi ke tak. Kalau tak pun, bulan depan lah kot diaorang bukak.

Indoor theme park tak bukak lagi lepas PKP ni. Nanti mungkin diaorang bukak sekali dengan outdoor punya kot. 

Ni makan kat Food Court kat Genting Highlands. 
Food court ni betul-betul kat depan kaunter outdoor themepark. Harga sepinggan nasi dengan sekali sebotol air minerall ni ialah RM 30.


Wajiblah ambik selfi sekeping - menandakan dah sampai sini 😆😆.




Video naik cable car ni ada aku share kat Facebook - 'EYLEEN'. 


Harga tiket naik kereta kabel ni ialah RM 18 untuk 2 hala - harga tiket dewasa dan kanak-kanak sama jer. 


Masa aku pergi Genting Highlands hari tu tak ramai orang lagi, tapi sekarang kawan aku cakap dah ramai giler orang pergi Genting tu walaupun themepark tak bukak lagi. 

So guys, kalau nak bercuti ke mana-mana jangan lupa jaga SOP k. Jaga jarak sosial dan basuh tangan selalu dengan sanitizer. Kalau aku, kitaorang guna 1 botol sanitizer (yang kecik tu ) 1 hari. 

 

SHARE 1 comment

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE