Gigi Geraham Kakak FL Berlubang

in , by dorsett pink, November 06, 2021

Bulan lepas gigi geraham Kakak FL berlubang. Agak besar lah jugak lubang tu. 

Puncanya sebab Kakak FL ni suka sangat makan coklat. Coklat tu kira favourite food dia lah. 

Nasib baik tak sakit tak berdenyut-denyut. Sebelum sakit datang, lebih baik jumpa doktor gigi awal-awal. 


Mula - mula aku bawak dia dan adiknya pergi ke klinik gigi biasa jer. Lepas dentist check, dentist cakap kena rujuk ke Pakar Gigi Kanak-kanak. 

So, kami pun pergi lah ke Dental Valet, kat Bandar Baru Bangi untuk berjumpa dengan Dentist Kanak-kanak - Dr Nazatul.

Sebelum ni Kakak FL dah beberapa kali jumpa Dr Nazatul ni masa dia kecik-kecik dulu. Boleh baca kat entri ni - 'DAH SUKA GOSOK GIGI SELEPAS BERJUMPA DOKTOR PAKAR'.



Sebelum giliran jumpa Dr, diaorang seronok main-main dulu.



Adik tengok jer, sebab adik dah check dah gigi seminggu sebelum tu. 


Dan hasil pemeriksaan, Dr bagitau yang gigi Kakak FL tu cukup sekadar tampal jer dulu. Lagi 6 bulan lagi ada 'appoinment follow-up' dengan Dr. Nazatul, Dr akan check macam mana keadaan gigi tu masa tu nanti. 

Andai kata, kalau berlubang lagi atau sakit terpaksalah kena cabut jer nanti. 

By the way, for your information, Dr bagitau, gigi geraham kanak-kanak yang baru tumbuh semuanya ialah gigi kekal, bukan gigi susu. Hanya gigi kapak dan gigi taring jer yang gigi susu. So, bila gigi kekal ni rosak, maksudnya dia akan rosak terus.
 

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Comel betul klinik gigi tu. Harap gigi kakak takdela sampai kena cabut

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE