Pengalaman & Kos Buat MRI Pertama Kali

in , , , , , by dorsett pink, November 23, 2021

Pengalaman & Kos Buat MRI. 

Semalam aku buat MRI kat Hospital Pengajar UPM, Serdang, atau senang nak sebut 'Hospital UPM'. Hospital ni baru lagi, terletak kat belakang Hospital Serdang. 

Nama jer Hospital UPM tapi ia bukan untuk warga UPM jer, sesiapa pun boleh datang dapatkan rawatan kat sini. Kalau agak-agak malas nak bersesak-sesak kat Hospital Serdang tu, drive je ke belakang pergi Hospital UPM ni (follow jer signboard kat tepi jalan tu menuju ke Hospital Pengajar UPM). 

kos buat MRI
Aku buat MRI ni sebab aku selalu migrain. Aku kena migrain sejak mengandungkan Kakak FL 8 tahun lepas. Pastu awal tahun ni (2021), migrain tu banyak kali menyerang, sampai nak buat apa kerja pun tak boleh.

Aku ni jenis yang tak suka makan panadol atau painkiller, so aku akan tidur untuk hilangkan sakit kepala tu. Lepas bangun tidur ok lah. Ada jugak time tak OK, pastu makan panadol pun tak jalan jugak, then terpaksa aku pergi klinik , cucuk painkiller, lepas cucuk lega giler.

Awal tahu ni aku buat 'full medical check-up' kat Hospital KPJ Ampang Puteri, pastu doktor yang rawat tu suggest untuk aku jumpa dengan Doktor Pakar Neurologist sebab dah bertahun-tahun aku migrain ni. 

Bulan 6 hari tu aku pun jumpalah dengan Neurologist kat Hospital UPM. Hospital UPM ni hospital berbayar jugak tapi semi-government, macam hospital UKM dan PPUM. Bayaran dia murah la sikit, tak macam hospital swasta yang lain. 

Dan Doktor Neuro suruh buat MRI. Kena set-appoinment dulu untuk cari slot kosong buat MRI.

So, semalam aku dapatlah buat MRI tu. 



kos buat MRI
Inilah mesin MRI yang aku buat scan semalam. Gambar ni aku ambik kat Google Image. Sebab semalam aku tak dibenarkan bawak masuk handphone dalam bilik scan. 


kos buat MRI
Sebelum masuk bilik scan tu, kena masuk sini dulu untuk cucuk jarum kat tangan. Jarum tu nanti diaorang nak masukan ubat masa tengah buat MRI tu. 

kos buat MRI

kos buat MRI
Inilah jarumnya. Kena cucuk kat lengan. 

kos buat MRI
Pastu kena masuk dalam bilik persalinan ni untuk letak barang-barang kita dalam 'locker' dan bukak tudung. Aku tak payah tukar baju hospital sebab nak scan kat kepala jer. 

kos buat MRI
kalau pergi hospital, korang pakai jer tudung sarung macam ni. Senang nak bukak-pakai. 
Tudung Sarung Sofea Rose ni, boleh beli kat sini : https://invl.io/cljo80b


Pengalaman Pertama Kali Buat MRI

Ini first time aku buat MRI. Masa nak buat tu tak takut pun. 

Tapi bila dah masuk dalam tu, Fuhh! seram sejuk jer aku. Nak tidur pun takut sebab takut tak bangun-bangun dah. 

Sebab apa seram? Sebab rasa dia macam aku duduk dalam keranda jenazah dan menuju ke alam barzakh. Korang tengoklah mesin MRI kat atas tu, kena duduk dalam 'terowong' tu sorang-sorang. Pastu dalam bilik tu aku kena tinggal sorang-sorang jugak. Staff semua keluar, dan diaorang monitor dari komputer jer. 

Mula-mula, diaorang pakaikan aku 'earbuds' untuk tutup telinga, lepas tu aku kena pakai 'headset' yang besar macam DJ duk pakai tu. 

kos buat MRI
Macam ni lah lebih kurang. 


Pastu ada banyak wayar kat area badan aku ni. 

Pastu diletakkan benda macam ala-ala scanner kat kepala aku. Bila letakkan benda tu, aku tak boleh bergerak. 

Dan diaorang warning aku jangan gerakkan kepala, nanti gambar tak jadi. So, aku duduk kaku jer lah selama 45 minit - 1 jam. 

Masa masuk kat dalam 'terowong' MRI tu, diaorang dengarkan aku ayat-ayat al-Quran melalui headset yang aku pakai tu. Masa tu aku dah meremang. Takut! Takut macam rasa nak mati. Dah la terowong tu sempit, macam duduk dalam keranda.

Aku ingat nak tidur sebab sejam tu lama kan, tapi takut nak tutup mata sebab takut aku 'ditidurkan' terus. hahahhaha. Propa sungguh aku ni. Takut lebih-lebih. 

Masa scan tu, bunyi kuat sangat dalam terowong tu. Bunyi scanner tu. Sebab tu lah kena pakai earbuds dan headset tu. 

10 minit terakhir scan tu, aku dikeluarkan sekejap untuk diaorang cucuk 'ubat' kat tangan aku. Pastu masuk balik dalam 'terowong' tu. Lepas tu siap.

Baca Juga : 'Pengalaman Bersalin Anak Ke-2' 


Persiapan Sebelum Buat MRI 

1. Kena puasa.

Kena puasa (tak boleh makan) 12 jam sebelum buat MRI. Boleh minum air kosong jer. Kalau tak puasa, nanti boleh muntah masa buat MRI tu. 


2. Kena makan ubat.

Kena makan ubat 'Prednisolone 5mg'.

kos buat MRI


Sebelum buat MRI tu, kena makan ubat ni dulu, kena 2 kali makan - 12 jam sebelum kena makan 8 biji, dan 2 jam sebelum MRI kena makan lagi 8 biji. 

Baca Juga : 'Pengalaman Buat CT Scan'

KOS Buat MRI

Kos yang aku kena bayar untuk buat MRI semalam kat Hospital UPM ni ialah RM 900.00. 

Lebih murah dari kat Hospital KPJ atau hospital swasta yang lain. 

Nanti aku jumpa balik doktor untuk follow-up dan tahu result MRI ni 6 Disember nanti. Hopefully result menunjukkan yang aku sihat walafiat. Amin. 


Artikel Lain Yang Menarik : 



 

SHARE 34 comments

Add your comment

  1. Replies
    1. Alhamdulillah result nya baik wak

      Delete
    2. DP, saya pun ada migraine yang amat lama… seingat sy, dr st kecil. maybe dr darjah 4 & 5 sampai sekarang. Tapi lately ni menyerangnya sangat kerap. kadang seminggu 2x dan keadaan tu boleh jd teruk smp muntah dan x boleh pun tidur sbb kepala berdenyut2. Makan ubat apa pun macam x jalan. Cadang nk buat jgk mri. Nak tanya, dia buat mri appointment ni amik ms bp lama ya dr tarikh kte booking tu?

      Delete
    3. Kalau kat Hospital UPM ni sekejap jer dapat tarikh appoinment, tak silap saya sebulan kot. Tapi saya ada postpone hari tu sebab covid. kalau ada migrain, cuba awak makan supplement "MAGNESIUM" sebab doktor pakar Neurologist tu suggest saya makan Magnesium setiap hari, OK. Walaupun migrain tu tak hilang 100% tapi banyak kurang la. Boleh beli kat Farmasi, kat Shopee pun ada, ini link nya : https://invle.co/cld78r0

      Delete
    4. Salam.Maaf nk tnya buat full medical checkup dekat kpj tu sekali blood test ke?Lau x keberatan boleh share kos dkt kpj tu berapa?Sb sy pn kerap kepala berdenyut ni.

      Delete
    5. A'ah full medical check up sekali dengan blood test. Alamak sis, pasal payment tu, saya ambil pakej premium yang husband punya, rasanya husband bayar RM 10,000 & dia cover sekali untuk isteri, ini pakej dah lama dah sebelum PKP lagi. Rasanya sekarang ni dah tak ada kot pakej tu.

      Yang latest saya tengok promo hari tu, dalam RM 2000 ++ kot kalau untuk women wellness. Cuba sis call KPJ tanya detail.

      Delete
  2. Thanks for sharing kak DP. Seram jugak tu,kalau klaustrophobic mesti gelisah. Semoga takde apa-apa yang serius

    ReplyDelete
  3. fuhhh, bila baca pengalaman DP pun dah seram sejuk. rupanya lama juga yer nak kena stay dalam tu, tengok cerita doktor2 macam Greys Anatomy tu macam sekejap jer (nama pun cerita kan).

    Moga result nanti DP sihat walafiat, Amiin

    ReplyDelete
  4. Berdebar pula baca perkongsian DP ni.
    Didoakan agar semuanya baik-baik saja ye DP.

    ReplyDelete
  5. hurmm auto sejuk tangan. bulan 4 ni saya kena buat mri jugak. takut pulak rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, terus sejuk . inshaAllah tak ada apa2, think positive jer

      Delete
    2. cmne awak dah buat mri ke?ok x share la pnglmn

      Delete
    3. Saya ada share dah jawapan tu kat blog tapi entri lain. Alhamdulillah! result saya OK, doktor cakap tak ada apa2

      Delete
  6. Perlu surat dari mana² doktor tak atau klinik kesihatan untuk buat mri ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah perlu. ambil surat refer dari KK, lepas tu buat appointment dulu dengan Pakar Neuro di hospital berkenaan (atau apa-apa pakar yang berkaitan dengan kesihatan puan), lepas tu akan dapat tarikh appointment , jumpa pakar & bagitau kat pakar tu yang puan nak buat MRI, nanti pakar tu akan buat set kan appoinment untuk puan.

      Delete
  7. Nk tnya lepas buat mri terus tahu ke kita ada sakit ape atau nk kena tggu next appointment jgk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu terus, kena tunggu next appoinment baru Doktor akan bagitau result nya

      Delete
  8. kalau saya nk check kepala, paru-paru dan hati, boleh x buat mri sekaligus?

    ReplyDelete
  9. Boleh tau X ..Ada effect X Lepas buat MRI..anak saya umo 7taun nak buat MRI next week..saya pulak yg gerun..n dia xleh dok diam doktor cakap kena bagi ubat untuk tdo 1jam xbagi gerak...tp saya rs takut la...boleh x yakin kan saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada effect apa-apa, OK jer lepas tu. InshaAllah anak puan OK sebab doktor nak bagi ubat tidur kan

      Delete
  10. Takut lah baca pengalaman akk :( walaupun kita sedang sedar. Macammana lah nanti kan. Hmm taktahu lah takut

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. ok jer akak, tak ada apa-apa pun selepas tu.

      Delete
  11. Saya farida,takutnya nk buat MRI bulan 4 ni, sama jgk dkt HPUPM. Saya kena buat sbb masalah telinga kanan tak dengar. Hopefully dipermudahkan semuanya. Nervous jgk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm mne skrg? Sy pun nak bt mri, telinga kiri tk dengar. Pastu kerap sakit kepala. Risau sgt.

      Delete
    2. Alhamdulillah OK. Hasil MRI mendapati kepala saya normal seperti orang lain dan tak ada apa-apa yang merisaukan.Cumanya, migrain tu tetap ada. So, doktor sarankan saya banyak makan supplemen Magnesium dan kurangkan terdedah dengan aktiviti yang boleh buatkan saya migrain. Contohnya saya tak boleh kena panas, kalau kena panas terik saya migrain, so saya tak keluar bila panas terik.

      Delete
  12. klu buat mri kne admit ward dlu ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu warded, balik hari jer sebab hanya beberapa jam sahaja. cuma kena makan ubat pada malam sebelum buat mri tu (but depends pada pessakit juga, ada pesakit tak perlu makan ubat)

      Delete
  13. Mcm mne nk set appoitment utk mri ye? Kene call or bawak surat referal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terus pergi ke klinik pakar yang kita nak jumpa tu, bawak referal letter kalau ada. Kalau tak ada, its ok. Then, diaorang akan daftarkan kita dahulu, lepas tu, diaorang akan bagi kita tarikh appoinment. Tak pun, call jer klinik doktor pakar yang nak jumpa tu (contohnya, Pakar ENT) untuk set appoinment.

      Nanti bila hari jumpa doktor, jangan lupa bawa GL Letter kalau kerja government, sebab tak perlu bayar kalau ada GL.

      Kalau tak ada GL, kena bayar RM 55 kalau tak silap.

      Masa jumpa doktor tu lah, baru doktor akan bagitau kita kena buat MRI atau tak, ataupun mungkin Doktor akan suruh buat CT Scan.

      Delete
    2. kalau pergi HPUPM boleh guna GL juga ke??GL tu boleh cover utk kos mri tu juga ataupun tak??tq

      Delete
    3. yup kat HPUPM boleh guna GL. Rasanya GL boleh cover MRI tapi sebelum buat MRI, kena consult dengan doktor pakar dulu. Maksudnya, first time datang situ, kena jumpa doktor dulu, dan doktor yang akan decide samaada patient tu perlu buat MRI atau tak, atau hanya buat xray biasa jer ataupun kena buat CT Scan.

      Delete
  14. Assalammualaikum puan.. mashaAllah tk atas perkongsian Yang sgt bermanfaat ni. Macam saya pun tercari-cari info sebegini.. Terima Kasih puan..semoga puan diberikan kesihatan Yang berpanjangan Dan dipermudahkan segala urusan puan.. aaminn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Tuan/Puan kerana sudi membaca artikel ini. Ini ialah salah satu usaha kecil saya untuk membantu masyrakat melalui penulisan pengalaman saya, harap-harap bermanfaat

      Delete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE