SWIPEL AFY HANIFF | BAGAIMANA SWIPEL DIHASILKAN 

 Assalamualaikum guys. 

Nak tanya ni…. Rumah korang ada lipas tak? Ada semut tak? Kadang-kadang ada lalat tak? 

Rumah saya ada… Tapi tak selalu lah. Tapi bila ternampak tu geram jer rasa. Rasa macam nak cekik-cekik lipas tu, nak diganyang-ganyang semut tu sampai lumat. Haih! Geram betul lah. 

Dah lah rumah saya ni ada anak kecil. Memang bahayalah bila ada Binatang-binatang ni kat rumah. Bila terkena anak, boleh buat diaorang demam tau. Bila anak demam, mak lah yang kena jadi ‘Super Women’, sebab nak kena jaga anak yang sakit. 

Jadinya, memang tak nak lah anak-anak sakit. Kalau anak sakit, mak yang kepenatan. So, sebagai seorang ibu, seboleh mungkin saya akan pastikan rumah saya bebas dari serangga-serangga perosak keluarga bahagia ni. Hihihi. 

Saya ni jenis yang tak suka guna produk yang berasaskan bahan kimia. Sebab produk-produk yang guna bahan kimia ni boleh mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan anak-anak. 

Jadinya, untuk memastikan rumah sentiasa bersih dan bebas dari serangga-serangga tu, saya guna produk berasaskan alam semulajadi, natural gitu…. Iaitu Produk Pembersihan SWIPEL by AFY Haniff. 

swipel afy hanif



Produk pencuci Swipel ni saya guna untuk mencuci hampir keseluruhan permukaan rumah, termasuk lantai, bersihkan tandas, bersihkan microwave, bersihkan dapur dan bersihkan peti ais.Saya suka Swipel by Afy Haniff ni sebabnya produk Swipel ni wangi, mesra alam, selamat dan terbukti berkesan – permukaan yang dicuci nampak bersih sungguh.


KENAPA PILIH SERAI WANGI UNTUK HALAU SERANGGA?
Serai wangi bukan bahan yang asing dalam dunia perubatan tradisional mahupun dalam pembuatan produk. Banyak produk dan ubat-ubatan menggunakan bahan semulajadi ini kerana aromanya yang kuat dan menyegarkan. Ia bukan sahaja disukai oleh manusia tetapi haruman serai wangi ini sangatlah tidak digemari oleh serangga-serangga seperti lipas, semut, nyamuk, lalat dan sebagainya. Justeru itu, tumbuhan ini telah lama digunakan sebagai agen penghalau serangga secara semula jadi.

swipel afy hanif



Bahan utama yang terdapat di dalam serai wangi ialah citronella, iaitu merupakan sejenis minyak pati yang terbukti berkesan menangkis kehadiran serangga. 

Citronella ni macam 'musuh' bagi serangga. Ia mengganggu deria bau serangga sampai buat serangga tu susah nak kesan makanan, tempat untuk bertelur dan hilang arah, tak tahu ke mana arah yang patut mereka tuju. Jika bahan kimia biasa yang digunakan di dalam kebanyakkan produk pembersihan, ia terus membunuh serangga tersebut, tetapi citronella pula ‘membunuh’ dengan cara lembut, iaitu hanya menghalau sahaja serangga-serangga tersebut keluar dari rumah, tanpa toksik dan tanpa bahaya kepada kita dan anak-anak.


swipel afy hanif


swipel afy hanif

Swipel ni pun boleh digunakan untuk mencuci lantai juga. 

swipel afy hanif



Yang paling menarik, serai wangi ialah bahan semula jadi yang :

Selamat untuk bayi dan kanak-kanak. Ia tiada bau menyengat seperti racun serangga biasa.
Mesra haiwan peliharaan. Ia tidak membahayakan jika haiwan menjilat permukaan yang telah disembur.
Mesra alam sekitar. Ia tidak mencemarkan udara atau air.

Hari ini, dah banyak produk pembersihan moden yang mula menggabungkan serai wangi dalam produk pembersihan mereka, termasuklah produk yang saya guna ni :  Swipel by AFY Haniff. 

Pendek kata, serai wangi adalah pilihan terbaik untuk ibu-ibu yang mencari alternatif semula jadi, tetapi selamat untuk seisi keluarga. wangi, Sebagai ibu, kita bukan sahaja menjaga kebersihan rumah, tetapi juga kesihatan keluarga dan alam sekitar.


swipel afy hanif
Boleh guna untuk bersihkan peti ais juga. I Like 😍. 


PRODUK-PRODUK AFY HANIFF

Kalau korang nak tahu, AFY Haniff ni bukan sahaja SWIPEL tau, AFY Haniff ni ada banyak produk, antaranya ialah: 



D’menc – Pewangi Fabrik Yang Halal
Kalau korang jenis suka bau-bauan ala hotel yang tenang & nyaman tu, D’Menc ni memang wajib cuba. Sekali sembur je dekat langsir atau cadar, terus rasa macam masuk bilik hotel! 😍

Paling best, boleh sembur juga kat baju, sofa, dalam kereta — memang multi-purpose. Bau dia tak menyengat, tapi cukup untuk buat satu bilik tu wangi & selesa. Yang bestnya D’menc ni ia pewangi fabric halal pertama di Malaysia. Boleh la sembur di sejadah, telekung untuk dibawa solat. Yakin dan selamat.

swipel afy hanif

swipel afy hanif

Saya sendiri suka bau ‘Romantic Strawberry' – ada rasa manis, lembut & menenangkan. Anak-anak pula vote untuk Lavender – fresh & calming, memang sesuai untuk letak dalam bilik tidur.


Plash – Sabun Tangan Perfume

Plash ni sabun tangan yang bukan je wangi, tapi lembut di kulit. Sesuai untuk seisi keluarga – tak keringkan tangan walaupun guna banyak kali! Paling best baunya wangi betul macam parfume mahal!

swipel afy hanif



KELEBIHAN SWIPEL BY AFY HANIFF
Selepas mencuba sendiri, saya boleh katakana yang Swipel by AFY Haniff ini bukan sekadar pemcuci biasa. Ia adalah produk pembersihan yang bijak – berfungsi 2 dalam 1 
(2 in 1): 

 1 - membersihkan permukaan rumah , dan 2 - menghalau serangga perosak seperti semut dan lipas. 

Produk Swipel ni dah 20 tahun tau berada di pasaran, saya je yang tak tahu.. huhu.. sedih! Kalau tahu dari awal lagi, confirm lipas tak berani nak pijak rumah saya… hahahhaha.

swipel afy hanif


Ini Kelebihan produk Pencuci SWIPEL by AFY Haniff, yang saya perasan setelah saya menggunakan produk ni : 

  • Bau yang menyegarkan & menenangkan – bau dia macam bau kat spa.
  • 2 dalam 1: bersih & halau serangga
  • Selamat digunakan setiap hari – selamat digunakan dirumah yang punya anak kecil kerana produk ini tiada bahan peluntur dan bahan kimia yang merbahaya.
  • Tidak melekit & cepat kering
  • Boleh digunakan di pelbagai permukaan – Boleh digunakan ‘spray’ dalam tong sampah, di tandas, di lantai, di peti ais dan di laluan-laluan serangga.
  • Produk tempatan – Produk yang berkualiti tinggi, yang bertaraf antarabangsa tetapi hanya dibuat di Melaka. #localbrand
swipel afy hanif


PENGALAMAN PERIBADI MENGGUNAKAN PRODUK PENCUCI SWIPEL BY AFY HANIFF

Sebagai seorang ibu yang bekerja dari rumah dan mempunyai anak kecil yang sentiasa ada di rumah, saya memang sangat peka dengan kebersihan lantai dan kehadiran serangga, terutamanya di dapur dan ruang makan. Lipas yang tiba-tiba muncul, semut beratur ke arah gula yang tertumpah, atau nyamuk yang suka ‘berpesta’ waktu malam — semua ni buatkan saya rasa sangat stress dan emosional. 

Sampailah saya tertarik dengan Swipel selepas teracun tengok kawan-kawan duk share kat sosial media masing-masing. Jadinya, saya pun mencubalah. Niat hanya nak mencuba je awalnya, tapi sekarang dah jatuh cinta pula. Tu sebab nak recommend kat you all juga untuk beli produk ni sebab korang pun ada anak kecil kat rumah kan? 

Bila dah guna Swipel ni, produk ni bukan sekadar produk. Swipel Serai Wangi ni ialah sebahagian daripada rutin penjagaan rumah yang berkesan, selamat dan memudahkan. Kalau korang pernah rasa serangga macam tuan rumah dalam rumah sendiri, ‘better’ korang cepat-cepat beli Swipel ni.

Ini pengalaman saya guna Produk Swipel Serai Wangi AFY Haniff ni : 

  • Lipas & semut semakin ‘menghilang’
  • Sesuai untuk rumah yang ada anak kecil
  • Bau rumah macam bau spa
 
swipel afy haniff

swipel afy haniff


BAGAIMANA PRODUK AFY HANIFF DIHASILKAN: KUALITI BERTARAF DUNIA DARI MELAKA

Di sebalik bau harum dan kesan penghalau serangga yang mengagumkan, ramai mungkin belum tahu bahawa produk Swipel by Afy Haniff sebenarnya dihasilkan dengan proses pembuatan yang sangat teliti dan bertaraf antarabangsa – semuanya bermula dari tanah air kita sendiri, di Melaka.

1. Ditanam & Dituai di Ladang Tempatan

Swipel bukan produk sembarangan yang dicampur aroma serai secara sintetik. Ia menggunakan ekstrak asli serai wangi (Cymbopogon nardus) yang ditanam di ladang milik syarikat di Malaysia. Serai-serai ini dituai pada waktu optimum – ketika kandungan minyak patinya paling tinggi – untuk memastikan kualiti bau dan keberkesanannya kekal maksimum.

2. Ekstrak Tulen, Bukan Pewangi Semata-mata

Perbezaan ketara Swipel berbanding produk komersial lain ialah penggunaan minyak pati tulen, bukan pewangi buatan. Minyak serai wangi ini diekstrak melalui proses penyulingan wap (steam distillation), bagi memastikan ia kekal:

Berkesan untuk menghalau serangga,
Stabil dalam simpanan,
Selamat digunakan dalam rumah yang ada kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

swipel afy haniff

Ni gambar sebelum guna Swipel.

swipel afy haniff

Ni gambar selepas guna Swipel untuk bersihkan dapur.


3. Pembuatan Di Kilang Bertaraf GMP & Halal

Proses pembuatan Swipel dijalankan di kilang milik AFY Haniff yang terletak di Melaka, yang diiktiraf dengan pensijilan GMP (Good Manufacturing Practice) dan HALAL oleh JAKIM. Ini bermakna setiap botol Swipel:

diproses dalam keadaan bersih,
ikut piawaian kawalan kualiti yang ketat,
dan bebas daripada unsur meragukan.


4. Kualiti Tempatan, Standard Global

Walaupun produk ini 100% buatan Malaysia, Swipel telah berjaya menembusi pasaran luar negara seperti Singapura, Thailand dan Brunei – satu bukti jelas bahawa kualiti produk ini diiktiraf dan dipercayai di peringkat antarabangsa.

5. Jaminan Dari AFY Haniff

Sejak ditubuhkan, Afy Haniff menekankan penggunaan bahan semula jadi yang asli dan teknologi moden dalam menghasilkan produk rumah tangga yang bukan sahaja berkesan, tetapi juga selamat untuk keluarga. Swipel adalah antara bukti kejayaan falsafah ini – produk moden dengan nilai tradisional yang diperhalusi secara saintifik.

Swipel bukan sekadar pembersih beraroma wangi. Ia adalah produk berasaskan ilmu botani, sains moden dan kawalan kualiti yang ketat, yang menjadikannya salah satu pembersih semula jadi terbaik keluaran tempatan. Bila anda pilih Swipel, anda bukan sahaja melindungi rumah anda – anda juga menyokong kualiti buatan Malaysia yang bertaraf dunia.

TIPS MAKSIMUMKAN KESAN SWIPEL

Nak Swipel betul-betul berkesan? Korang cuba tips ni:

1. Guna secara konsisten, terutama di kawasan “laluan tetap” serangga — contohnya bawah sinki, tepi peti ais, atau sudut dapur.

2. Jangan bilas lepas sembur atau mop. Biar bau serai wangi tu kekal lama dan halau serangga dengan lebih berkesan.

3. Simpan di tempat sejuk & kering supaya kualiti bau dan keberkesanannya tahan lama.
Mudah je, kan? Bila buat secara konsisten, bukan saja rumah bersih tapi serangga pun fikir dua kali nak datang! 

Kalau korang nak beli produk Swipel Serai Wangi yang original, korang boleh beli kat sini :


Tengok betul-betul Logo AFY Haniff tu, pastikan beli yang ORI tau!

SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE