Showing posts with label Blogwalking

Macam Mana Nak Buat Bila Tak Ada Idea Nak Update Blog?

Ok guys, hari ni aku nak share cara-cara yang aku gunanak update blog bilamana aku langsung tak ada idea dan tak tahu nak tulis apa kat blog. Harap-harap, sharing aku ni dapat membantu korang untuk update blog korang jugak. 

Blog Dorsett Pink Problem

in , , , by dorsett pink, May 25, 2023

Dah seminggu aku tak update blog. Sebenarnya banyak benda yang aku nak cerita kat sini. Dalam masa seminggu ni, boleh kata hampir setiap hari aku duk buka Blog ni. 


Tapi aku tak boleh nak update blog. huhu. 

 Hye guys. 


Selamat Hari Raya Aidilfitri korang.

Masih beraya? 

Of cause la kan.. Raya kan sebulan. 

Sambil-sambil korang tengah beraya tu, jom baca entri aku ni.

Aku nak share dengan korang yang sekarang ni aku ada laptop baru. Baru jer dapat . Laptop ni ialah Laptop Lenovo IdeaPad Slim 3.

Penantian Menunggu PIN Google Adsense

in , , by dorsett pink, January 12, 2023

Penantian Menunggu PIN Google Adsense Akhirnya Berakhir Jua. ALHAMDULILLAH! Syukur. 

http://www.wikicara.org/2017/02/cara-letakkan-google-adsense-tengah-post.html

Blog Bermasalah

in , by dorsett pink, October 13, 2021

 Dah lama betul aku tak update blog. Rindu sangat. 

Bukannya tak ada mood. Mood nak update tu berkobar-kobar. Banyak jer cerita nak ceria kat sini. 

Tapi ada masalah dengan blog ni. 

Sejak 1 Oktober hari tu. Aku tak dapat nak log in blog ni. 

My Mini Studio at Home

in , , by dorsett pink, August 22, 2021



Mini studio atau studio mini kat rumah.

Sebagai blogger boleh dikira 'wajib' ada mini studio kat rumah sebab nak ambik gambar cantik-cantik, especially kalau buat task review produk. Sebabkan client bayar kita, so kita perlulah ambik gambar produk tu cantik-cantik. Sebab tu kira amanah yang diberikan oleh klien kita.

Blog Dorsett Pink Berwajah Baru

in , by dorsett pink, August 16, 2021


Korang perasan tak yang Blog Dorsett Pink berwajah baru? 

Rupa lain kan?

dorsettpink.com Berwajah Baru?

in , , by dorsett pink, July 20, 2021

 Assalamualaikum wbt you all.

Selamat Hari Raya Aidiladha aku ucapkan untuk semua pembaca dorsettpink.com samaada yang aku kenal mahupun aku tak kenal. Walaupun kita tak mengenali antara satu sama lain, tapi aku tetap menghargai korang sebab selalu baca entri-entri aku. 

PV (pageview) aku setiap hari tak kurang dari 1000 pv, ada hari-hari tertentu kadang kala mencanak naik sampai 6000 pv sehari. Walaupun aku tidak menjana sebarang pendapatan dari blog ni, tengok PV macam tu pun aku dah rasa happy sangat sampai terasa berada diawan-awangan.

Terima kasih guys. Walaupun korang tak tinggalkan komen-komen kat entri-entri yang aku tulis ni tapi aku tahu korang membaca setiap entri tu sampai habis. Terima kasih sangat-sangat. Aku hargai sangat-sangat masa korang spend untuk baca blog aku. 

Korang perasan tak template blog aku dah bertukar sekarang? 


Ini templat baru blog dorsettpink.com


Actually, aku bukan sengaja tukarkan ke templat baru ni. Memang langsung tak terlintas kat fikiran aku nak tukar dalam masa terdekat ni. Sebab sekarang aku nak fokuskan kat pembangunan Facebook Page aku dulu. 

Entah macammana lah hari tu aku tertekan butang templat baru ni. Dan zuuuuppppppp - sekelip mata templat terus bertukar menjadi macam ni. 

Sebenarnya, aku godek-godek setting blog aku hari tu sebab nak tukar saiz font. Tetiba saiz font blog aku ni jadi kecik, tak standard macam yang sebelum-sebelum ni. Nak tukar siz font, tetiba tertukar sekali dengan template lain. 

Ambik ko mendapatlah template baru ni yang sangatlah tak best. hahahahha.

Tak best? 

Ye tak best bagi aku. Jujurnya aku lebih suka dengan template lama yang ni ↓. 


Template ni aku upah designer untuk set up. Sebab aku sangat tak suka nak godek-godek template ni. Not my forte la. Aku suka menulis jer. I'm not IT savvy. 

Sebab apa aku tak suka dengan template sekarang? Sebab tak ada bloglist kat sidebar tu. So, aku tak dapat nak baca blog kawan-kawan yang selama ni aku selalu blogwalking (aku selalu BW, tapi kadang tak komen). huhu. Sedih aku.

Kalau nak suruh aku taip satu-satu url blog, manalah aku ingat. Dulu pun aku main klik-klik jer. Sabar jer lah DP.

Dan bila templat blog tetiba bertukar, aku terpaksa la keluarkan bajet lagi untuk buat yang baru, yang cantik mengikut kehendak aku. 

Tapi memandangkan sekarang ni, ekonomi tak OK. En.suami aku pun tak bergaji sekarang dek kerana PKP. Jadi, aku terpaksa tangguhkan dulu hasrat hati untuk tukar template baru. Templat blog ni bukan satu keperluan lagi buat masa sekarang. Sekarang ni kita fikir untuk survive dulu. Duit yang ada ni lebih baik simpan untuk beli makanan dan bayar segala bil. Sebab kita pun tak tahu bilakah PKP ni akan berakhir. 

Aku harap cepatlah aku dapat tukar blog baru nanti.

Terima kasih korang kerna sudi membaca entri aku yang panjang lebar ni. Korang memang awesome lah.

P/S : Kalau nak Royal Floss Serunding, boleh whatsapp aku kat nombor ni - 
011-6225 3899  😤. Dan jangan lupa follow aku kat Facebook Page aku - @eyleentravel .

Ben Ashaari Makan Royal Floss Serunding

in , , by dorsett pink, April 08, 2021

Aku selalu blogwalking kat blog kawan-kawan cuma kadang-kadang je aku drop komen. Sebab skrang banyak BW at handphone jer, so jadi macam leceh nak menulis kat handphone. Sebab tu aku tak tinggalkan komen bila BW. 

Kalau BW guna laptop, InshaAllah seboleh mungkin aku akan cuba tinggalkan jejak. Hari tu aku baca blog Ben Ashaari. Ternampak dia up cerita pasal ROYAL FLOSS SERUNDING kat blog dia. Boleh baca cerita tu kat sini - 'MEMADAI JE BERBUKA DENGAN ADANYA ROYAL FLOSS SERUNDING !'

Aku terus rasa WOW! Teruja! Ben Ashaari  bercerita pasal Royal Floss Serunding kat blog dia. Perrghh! Happy aku. Sebab ye lah, dia kan blogger famous dan otai. Mestilah dia sellective nak buat entri kan. 


Ben ada dapatkan ROYAL FLOSS SERUNDING ni dengan aku. Aku kan sekarang Agent Royal Floss Serunding. Korang boleh baca pasal tu kat entri ni - 'ROYAL FLOSS SERUNDING - PRODUK ORANG MELAYU YANG SANGAT SEDAP'.

Ni gambar yang Ben Ashaari snap - dia makan Serunding Royal Floss ni (daging)  dengan bihun. 

Hari tu Dia dan isteri puasa Sunat, so bukak puasa tu, diaorang husben and wife makan lauk ni. Simple tapi kenyang. Itu yang bagusnya. Nanti kalau makan banyak-banyak masa bukak puasa, badan akan naik balik. 

"Bila dah makan dengan Royal Floss Serunding ni.. jangan mimpilah makan sekali jer. Memang akan bertambah tambah la.. Nasib baik bihun goreng je. Hehehe.. Ari tu aku try makan dengan maggie sup. Pergh.. Memang terbaik la ! " - Ini apa yang Ben Ashaari cakap. Blogger otai cakap macam ni pasal serunding ni. Fuhh! Happynya aku. 


Hampir 98% yang makan serunding Royal Floss ni bagi feedback yang sangat-sangat positif. Dan sebab tu ramai yang repeat order banyak kali. Alhamdulillah! Syukur! Serunding Royal Floss ni diterima ramai. 

Ini yang selalu aku buat - makan roti dengan serunding. 

So, nanti bila Ramadhan, sahur dan bebukak puasa pun boleh makan serunding ni. Boleh jer nak makan dengan apa-apa pun. Instead astik makan dengan telur goreng jer, why dont kita ubah sikit menu makan dengan Serunding. 

Nak beli Serunding, Belilah Serunding ROYAL FLOSS =)).

Boleh tengok website ni - www.serundingdelivery.com

Korang kalau nak beli Serunding ni dengan aku , boleh jer wassap aku terus - www.wasap.my/601162253899/RFserunding

Membantu Melalui Penulisan Blog

in , , by dorsett pink, May 09, 2020
Aku banyak share pasal anak-anak kat Blog. Sharing is caring. Saja-saja jer share untuk rujukan dan diri sendiri di masa akan datang. 

Bila dah tua-tua nanti,bolehlah tengok balik blog sendiri dan baca balik kisah-kisah anak-anak sepanjang diaorang membesar. Ye lah,bukan semua benda kita boleh ingat kan. So,blog ialah salah satu medium untuk simpan kenangan-kenangan indah itu 😊..

Niat blogging hanya untuk berkongsi jer. Jauh sekali ada niat nak menjadi kaya dengan blogging. Ini blog aku - www.dorsettpink.com .



Tapi,tak sangka pulak, sejak mula blogging tahun 2011 dulu-dulu, aku ada dapat banyak emel dari readers yang tanya macam-macam soalan. Dan soalan yang paling banyak ditanya ialah tentang TRAVEL. 

Aku rasa seronok bila dapat jawab soalan-soalan tu. Dan yang paling mengujakan yang bertanya tu bukan saja dari Malaysia,tapi ada juga  readers dari oversea macam dari US, Singapore,Brunei dan Indonesia. Ada jugak dari China. Pelik pun ada jugak sebab blog aku Bahasa Melayu. So mungkin diaorang guna google translate. 

Sekarang aku dah jarang travel, so tak de apa sangat nak share pasal travel. Sekarang banyak share pasal anak-anak a.k.a parenting. 

Apa yang aku tulis kat blog ,boleh dikatakan hampir 99% adalah dari pengalaman sendiri. Ada sikit-sikit dari pengalaman kawan-kawan atau melalui pembacaan. 

Walaupun tulis pasal pengalaman diri sendiri jer, tak sangka pulak ada ramai yang berminat dengan cerita tu atau info yang aku share. Dan ramai yang emel bertanya macam-macam. 

Sekarang dah ada social media dan aku pun aktif jugak kat Instagram. So ramai yang dah beralih dari emel ke PM. Ramai yang PM/ DM kat IG untuk bertanya something. 

Ini DM pasal Travel bawak anak kecik


Seboleh mungkin aku akan cuba jawab setiap pertanyaan tu. Niat aku cuma nak membantu.

 Dan Alhamdulillah,secara tak langsung aku dapat membantu diaorang untuk selesaikan masalah diaorang. Aku happy bila diaorang happy. 

Pernah ada yang PM bagitau yang dia stress/tertekan masa dalam pantang. Bukan sorang jer yang bagitau masalah macam ni,tapi beberapa. Dan lepas diaorang meluahkan perasaan diaorang,diaorang lega. Walhal aku tak buat apa pun. Cuma baca dan dengar. 


Ni contoh DM yang tertekan masa dalam pantang sebab masalah dengan CL (confinement lady). 


Sometimes, eh! bukan sometimes,tapi itulah fitrah kaum perempuan ni - diaorang nak someone yang willing dengar keluh resah diaorang. Cukup sekadar mendengar jer tanpa mengharapkan sebarang balasan. Itulah kaum wanita - makhluk Allah yang sangat unik.

Ini DM pasal buat PhD sambil preggy dan berpantang


Sebab aku pun pernah berpantang,so aku tahu 'perasaan' orang dalam pantang tu macam mana. So apa yang aku boleh bantu,aku akan cuba bantu. 

Dan semalam,tetiba ada sorang reader share kat aku  pasal 'gigi' anak dia. Dia happy sebab dah dapat selesaikan masalah gigi anak dia. I am also happy for her 😊😊. Ibu ini dah pernah DM aku sebelum-sebelum ni tanya pasal info dentist. 

Sebab aku ada tulis beberapa entri kat blog sebelum ni cerita tentang pengalaman nak mencari Dentist yang sesuai untuk anak aku - Kakak FL. 

Ini DM semalam pasal Dentist😊.


Memang Dentist ramai kat KL ni tapi tak semua dentist tu tahu handle kanak-kanak. Huhu. Sedih tau,bila kita terpaksa membayar rawatan tu tapi tak ada apa-apa rawatan pun dibuat😪.. 

Alhamdulillah akhirnya kini Kakak FL dah ada dentist favourite dia. Dan aku bersyukur juga dapat membantu  ibu-ibu lain dalam masa yang sama 😊. 

Sharing is caring. So,let's spread the positivity..

Terima ksih semua pada yang sudi membaca blog Dorsett Pink =)). Aku mintak maaf kalau ada yang tersalah atau terkecik hati pada penulisan-penulisan aku. Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa, yang tak lepas dari melakukan kesilapan.

Terima kasih sekali lagi.

https:://www.dorsettpink.com/

Lovely Message From Braun Buffel

in , , , by dorsett pink, May 04, 2020
Sep..sepp.. sapu habuk skit..... Banyak betul habuk..

Sejak PKP ni, malas betul nak blogging.. Terus langsung ke laut masin mood blogging. huhu..

Ni gagagkan diri jugaklah update blog jap.. takut nanti terus jadi arwah pulak blog ni 😡. Taknak lah gitew, kita sayang blog ni....

**************************************

Sejak PKP ni, banyak business yang rugi.. Rugi tu pulak bukan sikit-sikit punya rugi, banyak wooo..

So, ramai business owner yang berfikiran kreatif mula shifting business diaorang buat benda lain. Kalau dulu PRADA terkenal dengan handbag cantik, skrang kilang PRADA pun dah tukar buat face mask. Kalau dulu ada usahawan buat business fashion, sekarang dah tukar buat business makanan.

Nak survived kan, terpaksalah. Percaya jer pada rezeki Allah, nanti Allah akan buka semula rezeki untuk kita. Janji badan sihat-walafiat, dah bersyukur dah tu. Kalau sakit, apapun tak boleh buat. huhu.

Baru-baru ni, aku dapat mesej whatsapp dari Braun Buffel. Tak pernah-pernah dapat whatsapp dari Braun Buffel, ni first time diaorang bagi text through whatsapp.



Aku dulu member Braun Buffel. Jadi member sebab boleh dapat diskaun kalau beli handbag dia. Banyak jugak diskaun yang diberi. 

Tapi sekarang, aku dah lama tak beli handbag BraunBuffel. memang dah lama giler lah tak jenguk butik tu. Dulu-dulu suka pergi Butik dia kat Pavillion. Teman Umie aku sebenarnya, dia suka shopping kat Pavillion. Sampai staff Braun Buffel Pavillion tu pun dah kenal aku. Agaknya sekarang staff situ dah berhenti kot. 

Sekarang aku dah tak pakai Braun Buffel. Dah beralih arah ke jenama lain. Saja tukar angin =)).

Handbag Braun Buffel best sebab original leather. Diaorang guna kulit kerbau (buffalo).


Ni antara handbag Braun Buffel yang terkini. Aku ambik gambar ni dari website diaorang, bukan aku punya handbag. hihi.


Lovely Message From Braun Buffel tu suruh aku pergi ke website diaorang untuk beli barang. hihi. Semua sekarang tegah struggle nak buat sale. Aku tengok jer lah, tapi takde nya la nak beli. 

Untuk smeua business owner, bersabarlah dengan Ujian yang kecil ini. Kecik jer ujian Allah bagi ni. Allah nak uji iman kita. Nak tengok kita boleh bersabar ke tak di saat-saat genting macam ni.

Bersabar, berdoa, tawakal dan serahkan segalanya pada Allah. InshaAllah akan ada pelangi nanti selepas hujan. Percaya jer dengan Rezeki Dia.. =))

#stayathome  #stopcovid19

Mood Blogging Ke Laut Masin Tahun 2020 ni =((

in , by dorsett pink, March 12, 2020
Aku tak tahu apa jadi dengan aku ni di tahun 2020. Ingatkan masuk tahun baru ni akan lebih serious blogging. Tapi rupanya.. ke laut masin.. huhu..

Entah kenapa mood blogging tahun ni hambar jer... 

Start dari kena GERD hari tu - ' PADAH NAK KURUS SANGAT - MENDAPAT SAKIT GERD!' . 

Terus mood blogging kelaut. Sebenarnya banyak benda nak tulis kat blog ni. Tapi tak de mood nak menulis, tu yang susah nak update blog tu. huhu..

Agaknya untuk dapat mood tu balik, aku kena banyak blogwalking ni. errrrmm..ok..
Ce korang tulis link korang kat ruangan komen ni kalau korang nak aku blogwalking ke blog korang =)).. Boleh kita kenal-kenal (kalau belum kenal lagi) =)).

Ulang Tahun Kelab Blogger ben Ashaari Yang Ke-10

in , , by dorsett pink, January 28, 2020
Ahad minggu lepas (19 Januari 2020), aku joined gathering Kelab Blogger Ben Ashaari - KBBA , kat McDonald Putrajaya sempena Ulang Tahun KBBA Yang ke-10. WOW! Dah 10 tahun dah usia kelab ni. Pejam-celik-pejam-celik, cepat jer masa berlalu.

Aku baru jer joined kelab ni masa tahun 2017. Baru 3 tahun aku jadi member kelab ni. Kiranya newbie lagi lah. Tapi banyak benda aku dapat belajar dari kelab ni, especially tentang dunia blogging. Banyak ilmu yang dikongsi dalam kelab ni, bukan hanya terbatas tentang ilmu blogging semata-mata tapi termasuk jugak tentang ilmu kehidupan dan ilmu akhirat. Best lah dapat belajar banyak benda.

Dan best jugak dapat berkenalan dengan kawan-kawan blogger yang lain. Ramai blogger yang baru kenal sejak jadi member kelab ni. Al-maklumlah aku kan blogger picisan, manalah kenal orang sangat, dan orang pun tak kenal aku. Tapi sejak masuk kelab ni, aku dapat ramai kawan baru. 

Aku pakai baju putih , dua dari kiri (tengah dukung Leeya. hehe)..









Terima kasih McDonald sebab sudi taja gathering ni. Makanan McD memang best-best semuanya.. Dan terima kasih tak terhingga untuk founder a.k.a blogger otai Ben Ashaari yang menjemput aku join group ni. Terima kasih juga buat team members blogger-blogger yang awesome dari KBBA. 

Pabila Detik Jam 12 Malam

in , , by dorsett pink, December 04, 2018
Sekarang ni kan aku banyak menghabiskan masa untuk concentrate pada tesis kesayanganku ni. So, idea dan mood blogging tu kelaut sikit. Tapi seboleh mungkin aku akan cuba update semampu aku. Tapi kalau nak update blog pun kena ada idea. 

Lately, idea untuk menulis blog macam 'chipsmore' - kejap ada, kejap tak de, especially bila siang hari. Sebab siang hari ialah waktu aku 'bekerja' (kerja buat tesis). So, jadinya fokus dan konsentratsi aku adalah lebih memikirkan tentang penulisan tesis dari penulisan blog. Sudahnya, banyak hari blogku tak terupdate. huhu (sedih).... 

Biasanya, aku stop buat kerja jam 5 petang, sebab perlu bagi perhatian pada anak-anak pulak. Jadinya, bila dah tutup laptop jam 5 petang tu, secara automatik mood blogging pun dah tak de waku tu. Usah kata mood, idea pun dah tak datang. Aku akan buka semula laptop jam 5 pagi esokkannya. Dan kalau aku ada mood untuk blogging waktu tu, jam 5 pagi tu lah aku akan update. Kalau tak, aku tak kan buka internet mahupun blog dan konsentrasi adalah hanya pada tesis. 

Setiap masa, kemana sahaja, memang akan dibawa laptop kemana-mana. Even ada masa free 15 minit pun, aku akan buka laptop. So, handphone tu dah sedikit terabai la sekarang. 


Tapi lately kan, aku perasan, menjelang detik jam 12 malam, ketika aku dah berada dalam alam separa sedar, pabila mimpi-mimpi indah mula muncul, tetiba macam-macam idea untuk blogging pulak keluar kat kepala ni. Ada tu siap keluar dalam bentuk visual lagi kat kepala ni, seolah-olah macam tengah update blog. Macam-macam idea datang waktu tu. 

Tapi memandangkan badan aku pun dah lesu seharian buat tesis tanpa henti dengan menguruskan anak-anak lagi, aku tak mampu dah nak bangun dan berjalan ke study room untuk ambil laptop dan start menulis. Pen dan kertas pun sememangnya tak de kat katil sebab biasanya waktu macam tu bilik dah gelap dan semua pun dah dibuai mimpi indah kecuali en.suami yang sedang asyik buat kerja di bilik study (sebab dia memang jenis workaholic - bekerja tak kira waktu). So, memang tak boleh nak menulis dalam gelap macam tu. 

Handphone pun kebiasaanya aku tak letak berdekatan semasa tidur sebab takut dengan radiasi atau bahasa omputih dipanggil radiation. So, samada handphone diletak jauh-jauh dari katil atau aku letak jer kat dalam bilik study. FYI, bilik study kitaorang terletak kat sebelah master bed room jer. Jadi tak susah lah nak berulang-alik antara bilik sana dan bilik sini. 

My study room 


Tapi lately memandangkan banyak idea yang datang ketika jam 12 malam tu, aku pun dah start letak handphone dekat katil masa tidur. Dan bila ada idea jer, aku jot down dulu kat dalam hanphone ni, guna apps - 'GNotes'. Nak update terus memang tak mampu lah, nanti tak pasal-pasal pulak terlajak tidur esokkannya. So, lebih baik aku layan tidur dari layan kepala. hehe. Nanti bila dah ada waktu free di siang hari baru aku update blog menggunakan idea yang datang masa pembaringan tu. 

Yeaaayy!! Menang LAZADA 11.11 Blogger Contest

in , , by dorsett pink, December 03, 2018
November hari tu aku kan ada masuk pertandingan Blogger Lazada sempena Single Day 11.11. Boleh aca kat entri ini - 'LAZADA 11.11 BLOGGER CONTEST - THE BIGGEST ONE DAY SALE!'

https://www.lazada.com.my/

Dan Alhamdulillah! Aku menang Lucky Draw Price tempat ke-3 di mana hadiahnya ialah voucher shopping di LAZADA bernilai RM75. RM75 jer.. Takpelah, duit jugak. Siapa nak bagi RM75  macam tu jer. Dapat lah juga beli keperluan dan keinginan nafsu yang tengah beratur dalam bucket list ni. hihi.

Sekarang ni aku sabar menanti ketibaan voucer tu. Pada pemenang-pemenang lain juga aku nak ucapkan Tahniah. Tak mampu nak list kat sini sebab ramai sangat. Apa pun, big congratulation to Budak Vanilla sebab menang tempat pertama. 

Blog Dorsett Pink Berwajah Baru

in , by dorsett pink, June 25, 2018
Alhamdulillah, kini Blog Dorsett Pink dah bertukar wajah. Lebih friendly, lebih kondusif dan lebih ceria. Confirm lebih cantik kan.. hehe..Kalau blog sebelum ni, ada banyak masalah, especially bab ruangan komen, aku tak boleh nak reply komen readers. 


 Header baru

Header lama

Sorry sangat-angat kat korang yang selalu leave comment kat entry-entry aku, maaf aku tak daat nak reply. Bukan sebab aku malas reply, tapi sebab malas teknikal yang ujud kat blog ni. huhu. Tapi kini masalah tu dah tak ada lagi. InshaAllah , aku akan cuba reply komen-komen kalian.



Tengok tu, aku dah reply komen-komen... hihi



Alhamdulillah, syukur sangat-sangat.. Tambahan, interface baru ni lebih kondusif, so readers senang nak rujuk entry-entry lama atau entri sebelum ni. Aku pulak menjadi lebih bersemangat nak update blog. Update banyak mana tak tahu lah lagi, tapi niat tu yang penting. hihihi


Proses pengubahsuaian ini dilakukan oleh pihak BG Design Resources. Aku berterima kasih sangat-sangat kat Blogger Huda & suaminya yang membantu aku ubahsuai blog aku ni sehingga menjadi seperti ini. 

So, untuk korang yang nak ubahsuai blog atau nak ubahsuai webpage korang ke atau nak buat art design untuk printing apa-apa macam banner ke, plamplet ke, cover buku ke, cover cd ke, nak buat LOGO compony or persatuan ke, InshaAllah BG Design Resources boleh membantu korang. 

Korang layari je laman web diaorang : http://bgdesignresources.com/ 
Instagram : @bgdesignresources_official
Facebook : @bgdesign

Selamat Hari Raya 2018

in , , , by dorsett pink, June 17, 2018
Hye semua. Selamat Hari Raya kepada semua reader Blog Dorsett Pink. 

Thank you semua sebab sudi baca blog aku yang tak seberapa ni. Blog picisan la katakan. Tak de lah hebat mana pun, cuma sekadar kongsi kisah harian aku membesarkan anak-anak dengan kudrat yang diberikan oleh Allah swt.

Sempena hari yang mulia ni, aku nak mintak maaf dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki kepada semua reader dan follower aku termasuk silent-silent readers dan follower-follower di Instagram. Thank you sebab support aku dari tahun 2014 hingga kini. Sorry kalau penulisan aku ada buat korang kecil hati. Sama ada kita mengenali di alam realiti mahupun tak, aku amat berterima kasih pada korang semua. 


Untuk warga KBBA - Kelab Blogger Ben Ashaari especially Big Boss Ben Ashaari, terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku. Dan terima kasih jugak sebab sudi berkongsi ilmu-ilmu blogging dengan blogger picisan macam aku ni. Seriously, aku amat terhari dan berterima kasih sangat dengan korang semua. 

Untuk famili KBBA , aku juga turut sama ingin memohon seribu kemaafan kalau andai ada yang terasa hati atau kecil hati dengan aku walaupun kita tak pernah bersua muka. Minta maaf ya kalau ada salah silap selamat ni.

Pendek kata, selamat hari raya semua dan berpada-padalah makan tu. Jangan makan banyak sangat sampai perut boroi.. Ingat-ingatlah insan tersayang..hihi..



Giveaway Photo Polaroid Azhafizah.Com

in , by dorsett pink, November 21, 2017

Blogger Fiza ada buat Giveaway Photo Polaroid sempena pembukaan kedai Print Photo Polaroid nya. So, apa kata kita beramai-ramai join GA ni, support kawan-kawan. Tak dapat hadiah takpe, janji dapat mengeratkan silaturahim . Jom korang! 

Syarat nye simple jer - Tak perlu 'Follow' atau 'Like', cuma perlu buat entry pasal GA ni.. Thats all.

Kalau korang nak join, klik je banner bawah ni.. 

Senang. Semudah ABC!







http://www.azhafizah.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html

Ciri-ciri Photo Polaroid
  • High  Quality Glossy Paper
  • Gambar tak blur
  • 100% tak pecah
  • RM0.80/pcs
  • Minimum print serendah 20pcs
  • 200pcs dapat RM0.70/pcs
  • Saiz gambar 2R (6cm x 9 cm)
  • Siap dalam 1-2 hari sahaja

Hadiah
20pcs photo polaroid saiz 3R x 1 pemenenang.
20pcs photo polaroid saiz 2R x 1 pemenenang.
Tarikh Tamat
30 November 2017, 23:59

Warming Up

in , , by dorsett pink, November 20, 2017
Salam Isnin U all. Monday blues?? No.. No.. NO.. Jom baca blog saya dulu untuk hilangkan blues tu. hihi
Sejak dari dulu lagi, dah menjadi kebiasaan aku kalau sebelum memulakan kerja/study (kat laptop), aku akan 'warming up' dulu. Aku akan panaskan enjin dulu samaada enjin laptop atau enjin otak aku. hihi.. Lepas enjin dah panas, baru akan start buat kerja. 

Aku boleh buat kerja 5- 6 jam straight tanpa henti tau kalau aku buat 'warming-up' dulu.. hehe.. Kadang tu, aku sampai tak makan sebab fokus nak siapka kerja. Sebab tu aku ada gastrik teruk sebab selalu sangat skip makan. Tapi sekarang, aku cuba lah untuk berdisplin bab makan ni. Nanti aku jugak yang susah - bila gastrik, langsung tak boleh buat kerja.. huhu

Macam mana kaedah warming up aku? haaa.. bunyinya macam kelakar, tapi korang jangan gelak tau sebab ini realiti, bukan cubaan...


Kalau dulu-dulu...Biasanya aku warming up dengan tengok music video atau main game. Biasanya aku peruntukan dalam 30-45 minit untuk panaskan enjin ni..

Masa zaman aku ambik Diploma dulu, aku akan tengok muzik video Britney Spears. Seblum buat assingment / project autoocad kat laptop, memang wajib layan dulu lagu Britney. Memang download video-videonya kat dalam lappy. Aku minat giler ngan Britney dulu.  and game tembak-tembak bola, aku lupa ntah apa nama game tu. Tapi game tu kira legend la sebab sekarang ni orang dah tak main dah game tu. hihi..

https://static.wonderfulunion.net/groundctrl/clients/britney_spears/timeline-assets/_large/albums/2011FemmeFatale.jpg

Pastu, masa zaman buat Degree, aku selalu tengok muzik video 'Pussycat Dolls' - lagu yang paling aku suka ialah lagu 'Beep'. And aku suka main game 'Bingo' kat laptop, kalau korang tau lah game tu....

Masa buat Master pulak, aku dah start blogging. Tapi blog yang lama la. Blog Dorsett Pink ni aku baru create masa 2014 hari tu. Aku buat Master tahun 2008. Masa blogging dulu, aku tak pandai apa-apa un tentang blog. Nak blogwalking pun tak pandai. So, apa yang aku tulis semuanya syok sendiri jer.. hihi.. Masa tu orang dah start ada Facebook. Tapi aku tak layan FB, aku cuma suka blog jer.. Entahlah, kenapa. Aku memang tak ada hati dengan FB sejak dulu lagi. 

Masa zaman aku kerja, aku suka tengok Shakira. Masa tu tengah fever Piala Dunia , so hari-hari duk layan lagu 'Waka-Waka'. Bagi aku, lagu tu memberi semangat la. Sampai sekarang aku duk tengok lagi video muzik 'Waka-Waka' tu.. Tengok kat Youtube. Bila dengar lagu ni jer, terus semangat nak buat kerja..

https://statics.sportskeeda.com/wp-content/uploads/2014/03/shakira-waka-waka-2143457.jpg

And sekarang masa buat phd ni, aku warming up dengan blog semula. Masa bukak laptop, first thing first, aku akan bukak blog dulu. Update la apa-apa sikit. kalau aku tak ada mood nak update, aku akan baca balik post-post aku yang lama-lama. hihi.. Bila baca balik, kadang tu tergelak sorang-sorang macam kerang busuk sebab tetiba teringat dengan memori lama. Kadang-kadang mood nak update memang kelaut, so aku akan blogwalking mana yang sempat. Kalau ada blog yang aku tak sempat singgah, maafkan aku ye...Sorry.. 

Aku cuba untuk BW blog kalian semua, InshaAllah. Then, lepas dah puas belek-belek blog, aku start la buat kerja sampai lah aku penat.. 



Alhamdulillah, so far, dah bertahun-tahun aku praktikkan rutin ni, aku nampak ia berkesan la dengan aku dan mampu meningkatkan hasil produktiviti aku. kalau aku tak 'warming-up' aku akan bluur sikit, tak tahu nak mulakan kerja dari mana.. huhu.. 

P/S : Kalau ada yang tanya aku - tak baca alquran ke instead of dengar lagu??? Jawapan aku - BACA. Biasanya aku baca masa waktu awal pagi sebelum / selepas waktu Subuh atau masa Solat Dhuha. Sebagai orang Islam, kita kena seimbangkan aktiviti kita seharian antara aktiviti dunia dan aktiviti untuk menambah saham untuk akhirat kelak. InshaAllah, kalau ada keseimbangan, hidup akan berkat dan tenang , dan Allah pun suka =)).

Segmen Blogger Aktif 2017 | MRSZACOM

in , by dorsett pink, October 29, 2017
Ok, hari ni saya nak join Giveaway Blogger Mrs.Za pulak .  
Hadiah nye sangat menarik u oll - dapat free TEMPLATE BLOG tu..  
Template blog bukannya murah, kalau dapat free kan bagus, boleh jimat sikit duit ... hehe..


Jom kawan-kawan kita meriahkan Segmen Giveaway blogger-blogger ni.  

Kalau korang nak join, klik je ENTRY INI untuk baca terma dan syaratnya.

Selamat bersegmen u oll. Best of luck!
© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE