Lazada 11.11 Blogger Contest - THE BIGGEST ONE DAY SALE!

by - Thursday, November 01, 2018

Selamat menyambut 1 November guys! Apa yang spesialnya 1 November? Yang spesial nya ialah tak lama lagi akan tiba 11 November. Dan 11 November adalah hari yang paling best sebab LAZADA buat SALE BESAR-BESARAN - THE BIGGEST ONE DAY SALE! 

1 HARI jer babe - 1 NOVEMBER 2018. So, mestilah diskaun kaw-kaw punya. Harga dari serendah RM 1 hingga 90% diskaun. Banyak tu. Confirm murah giler barang-barang kat LAZADA hari tu.


https://www.lazada.com.my/
Memang confirm lah aku akan shopping hari tu. Sebab harga semua barang turun harga kaw-kaw. 

So, ini 3 barang yang ada dalam wishlist untuk grab pada 11.11.18 nanti.
 
1. Air Fryer - Jenama Russell Taylor 

 Aku nak sangat air fryer ni . Dah lama mnegidam tapi sampai ke hari ni tak beli-beli lagi. So, nanti 11.11 hopefully dapatlah peluang aku beli air fryer ni. Sebab apa aku nak sangat air fryer Russell Taylor ni? Sebabnya aku nak mengurangkan penggunaan minyak masak masa waktu memasak. Lagi sihat. Lagipun Kakak FL suka sangat makan potato fries dan ayam goreng upin ipin (drumstik), almaklumlah sekarang kan dia obses sangat dengan Upin Ipin. Jadinya kalau masak guna air fryer ni lagi senang dan lagi sihat. Lagipun jenama Russell Taylors ni pernah masuk CNBC, so mestilah produk ni sangat-sangat berkualiti.


2. Rice Cooker - Jenama ELBA ERC-D1233 Mini Electric Rice Cooker
 
Aku nak rice cooker ni sebab sennag nak bawak pergi travel. Sebab aku jenis lidah Melayu. Hari-hari wajib makan nasi. Jadinya, kalau travel, memang kebiasaannya aku akan bawak rice cooker. So, kalau ada rice cooker yang kecik kiut miut macam gini, senang lah sikit, jimat space luggage. 

 3. Multipurpose Food Processor - Jenama Bear QSJ-B03H2 2L Glass Food Processor Multipurpose Food Chopper, Blender and Mincer

Lagi satu barang yang menjadi idaman hati ialah multipurpose food processor. Aku nak snagat food processor ni sebab senang nak masak-masak. Sememangnya ibu-ibu dan para isteri zaman sekarang memerlukan gajet-gajet yang boleh mempercepatkan urusan masak-memasak kat dapur. Lagi cepat masak, lagi cepat boleh makan. Bila dah ada gajet macam ni, baru bersemangat sikit nak masak hari-hari sebab dah ada 'pembantu'. So, sebab tu aku nak sangat mulpurpose food processor ni. 


Ok, so sekarang aku dah masukkan semua barang-barang ni kat dalam 'My Cart'. So nanti 11.11.18 nanti aku boleh la beli (kalau ada duit dalam bank). hahahahaha.. 

So, korang jangan lupa tau TARIKH 11 NOVEMBER 2018. LAZADA 11.11 Shopping Festival - THE BIGGEST ONE DAY SALE! Save the Date!!

You May Also Like

10 comments

  1. All the best to you dear..
    Semoga ada rezeki dan impian untuk memiliki barang itu akan tercapai..

    ReplyDelete
  2. Good luck, jemput baca ye :)

    https://ombakbergigis.blogspot.com/2018/11/1111-shopping-festival-biggest-one-day.html

    ReplyDelete
  3. air fryer tu idamann sangat tuhh. semalam ada tengok dekat wow shop air fryer jenama riino harga dia RM 276 tak silap.. pastu dapat macam2 barang free. so far lom tergoda lagi tunguu 11/11 nanti mesti murah2 semuaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada gak usha air fryer kat cj wow shop, tapi sebab lazada buat sale nanti, boleh dapat murah

      Delete
  4. Salam singgah..terima kasih follow blog Etuza ya

    ReplyDelete
  5. Nampak air fryer Tu mmg mengancam tu

    ReplyDelete