Macam Mana Nak Buat Bila Tak Ada Idea Nak Update Blog?

Ok guys, hari ni aku nak share cara-cara yang aku gunanak update blog bilamana aku langsung tak ada idea dan tak tahu nak tulis apa kat blog. Harap-harap, sharing aku ni dapat membantu korang untuk update blog korang jugak. 


update blog

1. Tengok gambar-gambar yang ada kat dalam handphone kita.

Kita kan suka snap gambar kan guna handphone, ada banyak sangat gambar dalam phone kita tu. 

So, apa kata, kita scroll balik galeri gambar handphone kita, dan pilih satu gambar yang kita rasa kita nak bercerita kat blog. 

Then, update kat blog gambar tu, dan berceritalah tentang gambar tu. Sue ada 1001 cerita di sebalik gambar tu kan. Dan jugak, boleh upload gambar-gambar lain yang berkaitan dengan cerita kita tu. 

2. Blogwalking.

Blogwalking ni sangat-sangat membantu guys. 

Bukan saja kita dapat menambah kawan-kawan baru bila kita blogwalking, tapi juga kita akan dapat info-info baru & ilmu baru setiap kali kita blogwalking. Walaupun kadang-kadang apa yang blogger lain tu tulis kita dah tahu pasal benda tu, tapi bila dia bercerita,  pastinya akan ada 1001 benda lagi yang kita tak tahu pasal sesuatu perkara. 

Dan juga bila kita selalu blogwalking, tanpa sengaja kita akan dapat mood untuk update blog kita sendiri , serta kita dapat idea apa nak tulis kat dalam blog kita 😊. Best kan?

So, tunggu apa lagi.. Jomlah kita sama-sama blogwalking guys. 

Ini antara blog-blog yang korang boleh terjah : 


3. Guna khidmat bantuan A.I - ChatGPT

Aku selalu juga guna bantuan ChatGPT ni. Tapi just guna untuk dapatkan idea jer. Bila dah dapat idea, aku goreng sendiri lah cerita yang aku nak tulis tu. 

AKu guna versi ChatGPT 3.0, yang free punya. Kalau ChatGPT 4.0 kena bayar. But, of courselah ada perbezaan antara yang berbayar dan yang free. Tapi untuk masa sekarang, aku OK jer pakai yang FREE dan tak ada keperluan lagi untuk aku guna yang berbayar .

Kalau korang nak guna ChatGPT 3.0, korang sign up kat link ni : https://chatgpt.com/

Ini contoh macam mana aku guna bantuan ChatGPT untuk mencari idea : 

update blog
Mula-mula tanya kat ChatGPT tu soalan.

Soalan yang aku tanya ialah : "Can you help me to do blogpost topics for my blog regarding on lifestyle as i am a full time mother in Bahasa Melayu".

Kena tulis 'Bahasa Melayu' tu, sebab nanti ChatGPT tu bagi jawapan dalam Bahasa Inggeris.

Dan inilah jawapan yang ChatGPT bagi ↓ :

update blog


Harap-harap membantu. Semoga korang dapat update blog selalu. 

Thank you for reading guys.





BACA NI JUGA : 


SHARE 1 comment

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE