Padah Nak KURUS Sangat - Mendapat Sakit GERD!

by - Thursday, February 27, 2020

Aku perasan aku sekarang dah makin gemuk. Badan aku makin naik. Kawan-kawan pun ada tegur katanya aku dah gemuk. huhu...

Aku tak kecik hati pun kata-kata diaorang, sebab memang hakikatnya aku dah gemuk.

Dulu lepas bersalinkan Kakak FL, berat aku turun mendadak , hanya 46 kg je masa tu. Tapi bila lepas bersalin Leeya , berat aku turun sikit jer. Masa preggy berat naik jadi 60 kg, lepas bersalin turun jadi 55 kg. Tapi dari 55 kg tu berat naik sikit-sikit jadi 57 kg, 58 kg dan pernah cecah 60 kg. Whatt???? sama macam berat masa preggy.. Huhuhu..

Apa pun. Aku tak stress pun. Aku happy jer, aku bahagia sebab ada jaga anak-anak dengan tangan sendiri. Cumanya, aku rasa tak selesa bila peha asyik 'berlaga' jer bila berjalan. huhu.

So, aku ambik keputusan nak kurus. 

Kurus dengan cara macam mana? Of course dengan exercise dan jaga makan. Aku kena diet, tak boleh makan sesuka hati.

Exercise/bersukan OK. Cumanya Bulan Februari ni aku banyak ponteng sebab en.suami selalu outstaion - tak de orang jaga anak.

So, aku DIET. DIET tu aku makan sikit jer. Aku cuba makan nasi sekali sehari macam diet harian aku sebelum pregnant Leeya. 

Dan, akibatnya, aku dapat gastrik. Aku memang ada sejarah ada Gastrik, tapi sejak bersalin Kakak FL dah tak de gastrik.


Tapi gastrik kali ni aku rasa lain macam. Tetiba aku rasa sakit jantung. Kena pegang jantung, baru rasa lega. Cuak aku! Yer lah, lately ramai yang meninggal mengejut terkena serangan jantung  samaada heart attack atau cardiac arrest. Aku takut la.

Then, aku pergi klinik jumpa doktor. Doktor check jantung guna ECG. Alhamdulillah, result ECG menunjukkan jantung aku sihat. Fuhh! Selamat!

Then, doktor cakap, sakit tu ialah GERD atau nama penuhnya - Gastroesophageal reflux disease (GERD) . 

GERD tu ialah sakit akibat refluks di bahagian esofogus. Dan saluran esofogus kita terletak dengan jantung. Tu sebab ada rasa macam sakit jantung. 


Masa preggy leeya pernah kena macam ni juga, dan pernah buat ECG jugak tapi masa tu Doktor tak kata yang itu GERD. Doktor kata ianya ialah 'heartburn'.

Hari tu doktor bagi 2 ubat. Kalau tak OK lagi, aku akan rujuk pada pakar gastro. So far, makin bertambah baik, tapi still ada rasa sakit-sakit lagi. Dan doktor kata aku kena sentiasa makan. Bila ada rasa lapar jer, kena cepat-cepat makan.

So, aku tak boleh puasa lagi. Tunggu bila dah sihat sepenuhnya baru boleh puasa =((.

Aku ada update kat FB. Dan Kak Suria Amanda pun ada share yang dia pun ada sakit yang sama sampai kena warded. huhu. Thanks Kak SA sebab sudi share story dan bagi TIPS.

KURUS??? Errrmmm.. ketepikan dulu niat nak kurus tu. Sekarang ni aku kena makan. Bila dah sihat sepenuhnya nanti, baru boleh fikir pasal kurus =)).



Rindu waktu kurus ni dulu-dulu =((. Throwback gambar kat Vienna masa tahun 2014.

You May Also Like

6 comments

  1. Jaga kesihatan ya:)
    Bab gastrik , tak boleh ambil mudah kan. Bimbang melarat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshallah. terima kasih ya, tu la, saya pun risau ni. takut nak puasa skrang ni

      Delete
  2. Makan sikit-sikit tapi kerap ya.Moga segera sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK. terima kasih kak untuk nasihat yang bagus

      Delete
  3. kene sentiasa makan walaupun sikit, tak boleh kosong kan perut tu... takpe bila bizi berlari-larian main dengan kakak FL dan Leeya mesti boleh kurus nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok. InshaAllag akan sentiasa makan lepas ni

      Delete