Penantian Menunggu PIN Google Adsense

in , , by dorsett pink, January 12, 2023

Penantian Menunggu PIN Google Adsense Akhirnya Berakhir Jua. ALHAMDULILLAH! Syukur. 

http://www.wikicara.org/2017/02/cara-letakkan-google-adsense-tengah-post.html

Penantian itu 1 penyeksaan. Setelah setia menunggu selama 1 tahun 4 bulan, akhirnya surat yang mengandungi NO.PIN Google Adsense ni sampai juga kat rumah semalam. Ingatkan memang dah tak ada rezeki dah nak dapat surat ni a.k.a NO.PIN Adsense ni.

Sepanjang tempoh 1 tahun lebih ni dah 3 kali request "Resend PIN " tapi non-hado dapat apa-apa surat. Ni kira kali ke-4 la request PIN 😓. 

 
Di saat dah hampir nak putus asa dengan Google Adsense, akhirnya Allah beri khabar gembira. Alhamdulillah! Syukur. Allah nak uji kita sikit, sikit jer. Surat ni penting sangat untuk seorang blogger. 


Sebabkan selama ni aku tak masukkan No.PIN Google Adsense ni, blog ni pun tak boleh nak paparkan apa-apa iklan dari Google. Sedih nya. Bila tak ada iklan, tak adalah duit masuk. Walaupun hari-hari ada jer orang baca blog ni, tapi aku tak menjana apa-apa income pun dari blog ni melainkan kalau dapat direct job review dari PR atau business owner. 

https://kaksu.com/daftar-adsense-youtube/

So, macam mana aku buat untuk dapatkan No.PIN ni kali ni?

Hari tu aku bukak lagi akaun Adsesnse aku untuk kesakalian kalinya. Aku cuba jer tekan apa-apa yang patut tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran. 

So, seingat aku, aku tekan balik "Request PIN" tu kat bahagian "Verify Your Billing Address". Mula-mula, tekan "Verify", kemudian tekan "Request New PIN". 




Lepas tu, dia mintak kita semak alamat rumah. So, aku taip balik alamat rumah aku (alamat yang sebelum ni jugak). 

Lepas tu aku tekan "Troubleshooter". Lepas tekan tu, dia tanya macam-macam soalan, so jawab jer soalan tu dengan tenang. Dan, last sekal, dia suruh tunggu jer No.PIN  tu sampai kat rumah. 

Aku tunggu rasanya seminggu kot, then surat tu pun sampailah kat rumah aku. Cepat pulak kan. 

Bila nampak jer surat ni kat rumah. Fuhh!! Happy tak terkata, rasa macam nak lompat bintang macam dapat hadiah kereta Mercedes sebijik. hahahhaha. 


Boleh baca artikel-artikel ni berkenaan dengan Google Adsense: 

Cara Letakkan Iklan Adsense Dalam Artikel (Blogspot)



SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Scha punya adsense pun ada masalah haa. kena restart semula, and request semula

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Semoga earning meroket supaya cepat dapat cashout

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tahniah. Semoga dapat jana income dengan google adsense pulak.

    ReplyDelete
  4. Oh, kena ada no pin yang dihantar ke rumah ye? Saya tak de mungkin sebab saya guna alamat kedai yang dah daftar dekat google map. Selamat menjana income dari Adsense!

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE