Mengandung di Usia Lewat 30-an

in , , by dorsett pink, January 11, 2023

Hamil / Mengandung di Usia Lewat 30-an.

Guys, aku nak bagitau kat sini yang sekarang ni aku tengah mengandung anak ke-3. Yes!! I'm Pregnant! (Smile from ear-to-ear). 

Ketika artikel ni ditulis, kandungan aku sekarang dah nak masuk usia 9 bulan. To be exact, sekarang ni aku dah 35 minggu. All i can said is - ALHAMDULILLAH!

https://www.ajumohit.com/2022/10/pengalaman-bersalin-anak-ke-enam.html


So, korang boleh tahu lah kenapa aku malas sangat nak update blog kan. 

Sebab mengandung kali ni sangat-sangat-sangat mencabar. Mencabar sebab usia aku di tahun 2023 ni dah 39 tahun. 

Kalau mengandung lepas usia 35 tahun, badan kita jadi penat sangat dan risiko untuk berlaku komplikasi tu tinggi. Alhamdulillah, so far kandungan aku OK dan sihat jer. Cumanya aku penat yang melampau , lebih-lebih lagi dah masuk 9 bulan ni. Fuhh! Tuhan jer yang tahu macam mana rasa penat tu. 

Sebabkan penat sangat, aku sekarang dah jarang bergerak. Even duduk rumah pun, aku banyak berehat, baring dan duduk jer. Alhamdulillah! aku dapat suami yang bertanggungjawab dan rajin. So, en.suami yang uruskan hal-hal rumah termasuklah masak dan uruskan hal-hal baju - basuh, sidai, iron, lipat. Syukur sangat aku dapat suami yang memahami. 

Biasanya sebelum ni akulah yang banyak buat kerja-kerja rumah, tapi sejak pregnant ni memang aku surrender habis. 

EDD - Expected Due Date

Aku punya EDD next month. Awal Bulan Februari 2023. Dah dekat dah guys. Tapi sampai ke hari ni pun aku tak kemas lagi beg hospital. Betul-betul tak larat (a.k.a malas pun ada jugak) nak packing bag ni. 

https://www.ajumohit.com/2022/10/pengalaman-bersalin-anak-ke-enam.html

2 kali buat pregnancy test. Result dua-dua tunjuk ada 'double line'. Aku buat test ni masa birthday aku tahun lalu - 18 Jun 2022. So, kehamilan kali ni ialah hadiah birthday aku yang paling mahal =)).

Senang beli pregnancy test ni. Sebab dia main celup jer dengan urine (air kencing), dan dalam 1 kotak dah ada siap-siap 2 test UPT.  Korang boleh beli kat Shopee, ni link nya: https://invl.io/clfqpmv


Merancang Atau Tak? (Perancang Kehamilan)

Jarak usia kandungan ni dengan anak aku yang No.2 (Leeya), ialah 5 tahun. Aku merancang ke untuk dapat anak kali ni? 

Jawapannya YA. Sebenarnya aku plan untuk mengandung masa tahun 2020. Masa tu Leeya umur 2 tahun. So, kalau aku pregnant masa tu, baby akan lahir masa Leeya umur 3 tahun. Jadinya tak adalah jauh sangat jarak usia antara si kakak dan si adik. 

Tapi tahun 2020 tu kan PKP. Dan masa waktu PKP, suami tak dibenarkan masuk dalam ward. Dan jugak masa tu kecoh pasal wanita hamil ni sangat-sangat berisiko bila musim wabak. Kematian Arwah Siti Sarah sangat buatkan aku takut. 


Sebabkan kerana kerisauan tu, Allah tak bagi aku rezeki waktu musim PKP - di tahun 2020 dan 2021. Dan aku bersyukur. Aku mengharap untuk pregnant tapi tak pregnant. Dan sepanjang tempoh 2020-2022 aku tak pakai apa-apa jenis perancang kehamilan. 

Dan jugak aku pun tak makan asid folic. Sebabnya aku nak berharap sangat untuk hamil lagi memandangkan usia aku yang dah lewat 30-an. 


Kesan Sampingan Perancang Kehamilan : Depo-Provera & Kos Suntikan 

https://simplynoorul.com/kesan-sampingan-suntik-perancang-kehamilan-depo-provera-selama-2-tahun/

Tahun 2020 tu jugaklah, genap 2 tahun aku ambil perancang kehamilan : Depo-Provera. Dan seperti yang sebelumnya (Aku pun guna Depo-Provera lepas bersalinkan anak yang sulung - Kakak FL), badan aku cuma boleh terima perancang kehamilan Depo ni hanya untuk 2 tahun sahaja. Lepas pada 2 tahun , badan aku nak menunjukkan tanda-tanda 'tak suka atau tak ngam' dengan DEPO ni. 

Tapi untuk 2 tahun pertama guna Depo ni badan aku OK - maksudnya badan aku boleh terima dengan baik suntikan Depo-Provera ni. Aku biasanya kena jab kat punggung. So, setiap 3 bulan aku kena pergi ke klinik (klinik swasta) untuk jab. Dan kos suntikan dalam RM 50-RM 60 bergantung pada klinik. 

Lepas genap 2 tahun suntik Depo ni, badan aku dah tak boleh terima. Masa Kakak FL dulu, aku bleeding sebulan, sampai terpaksa jumpa Doktor O&G untuk rawat, tambah sekali dengan pakej demam teruk. 

Masa Leeya ni pulak, lepas 2 tahun, aku sakit-sakit badan dan period aku jadi tak teratur , tak seperti sebelum ni. Dan tu maksudnya aku kena stop ambil suntikan Depo ni. Kita tahu badan kita macam mana, so, kita kena sentiasa peka dengan setiap perubahan yang berlaku kat badan kita. 

Lepas stop Depo tu, aku tak buat apa-apa dan tak makan apa-apa supplement pun. Aku cuma berserah bulat-bulat jer Pada Yang Maha Esa. Aku cakap kat diri aku dan orang sekeliling aku "Kalau ada rezeki, ada lah. kalau tak ada rezeki pun, takpe.Aku bersyukur dengan kurniaan 2 orang anak perempuan yang ada sekarang".


Boleh baca ni juga : "Kesan Sampingan Suntik Perancang Kehamilan (Depo-Provera) Selama 2 Tahun"


Merancang (Planning) Untuk Ada 3 Orang Anak & Bersalin Di Awal Tahun 

Dan sebenarnya, aku ni memang sejak dari awal kahwin lagi, aku plan nak anak aku lahir awal tahun. Awal tahun tu maksudnya dari Bulan Januari hingga Bulan Jun. Aku kalau boleh tak nak anak aku lahi hujung tahun. 

Kenapa? Entah. Tak ada reason yang spesifik. Saja jer. Sebab aku tak nak anak aku lambat celebrate birthday. hahahhhaa. Bila masuk tahun baru, dia (anak aku) nanti tertunggu-tunggu pulak bila birthday dia. hahhahaa. Lawak kan mak dia ni. 

Sebab aku percaya, hidup ini kita yang 'design' dan kita yang bentukan hidup kita based on apa yang kita nak. Allah akan bagi apa permintaan/hajat kita (jika permintaan tu adalah yang terbaik untuk kita). Ingat kata-kata ni - "Allah mengikut sangkaan HambaNya). 

Dulu aku plan nak kahwin umur 27-28 tahun, Alhamdulillah aku dapat. 

Aku plan nak ada anak sulung masa umur 30 tahun, Alhamdulillah! Aku dapat. 

Aku plan nak dapat PhD sebelum umur 35 tahun, Alhamdulillah! Aku dapat. 

Aku plan nak dapat suami yang bukan perokok dan ada PhD jugak, Alhamdulillah! Aku dapat. 

Dan aku jugak plan untuk ada 3 orang anak (kalau Allah izinkan). 

Alhamdulillah tahun 2022 , Allah makbulkan hajat aku untuk ada 3 orang anak. 

So, aku berdoalah dan sentiasa cakap dalam hati (dan cakap kat en.suami), yang aku kalau boleh nak anak-anak aku semula lahir awal tahun. Dan so far, Alhamdulillah! Kakak Fl lahir Bulan Jun, Leeya lahir Bulan Mac dan baby nanti lahir Bulan Februari. Alhamdulillah! Semuanya mengikut apa yang aku rancang. 

Walaupun kehamilan ni lambat - di usia lewat 30-an, tapi aku tetap bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi kat aku. So, nanti aku sambung cerita lagi pasal kehamilan kali ni. 

Thank you guys for reading sampai habis =)). 


Gambar ni snap bulan lepas, masa tengah preggy 8 bulan



Ini cerita kehamilan aku yang sebelum-sebelum ni : 

* https://www.dorsettpink.com/search?q=pregnancy

* Pregnant Anak sulung (Kakak FL ) : "THE PREGNANT STORY - PART 1"


SHARE 8 comments

Add your comment

  1. Alhamdulillah kak.. doakan semoga sy dan suami dikurniakan cahaya mata juga..Sentiasa menanti khabar baik.. Take care kak.. Semoga dipermudakan semuanya

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... semoga dipermudahkan hingga bersalin... seronok baca banyak impian tercapai

    ReplyDelete
  3. Tahniah siss.. Semoga selamat bersalin. Alhamdulillah. Semua impian dimakbulkan Allah

    ReplyDelete
  4. Semoga selamat dan dipermudah semuanya kak. Mesti excited kakak kakaknya tunggu kelahiran adik ni nanti. Hihi

    ReplyDelete
  5. tahniah! moga sihat hingga ke hari melahirkan ye.
    di usia ini sememangnya risiko. namun ia atas kekuatan ibu itu juga.
    doa. makanan yg sihat. suplemen. yg penting, pemikiran yg positif.
    kawan2 aida, ramai juga yg pregnant di usia 38 ke atas hingga 42.
    yes, jenuh kluar masuk klinik utk check up, but semua mereka tip top.
    anak dan ibu sihat, alhamdulillah... cuma tu la, jawapan standard - "beza betul pregnant sekarang dgn yg dulu..."

    ReplyDelete
  6. patutla dah tak bayang up cerita jalan-jalan, kalau ada pun takde gambar omaknya anak je. Tahniah dik, apa pun semoga dipermudahkan semuanya

    ReplyDelete
  7. ALHAMDULILLAH TAHNIAH DP JAGA KESIHATAN DIRI

    ReplyDelete
  8. Tahniah kak. Saya pernah baca yag kebiasaanya tak ada masalah kalau sebelum-sebelum tu dah pernah mengandung. Thanks for sharing. Semoga dipermudahkan urusan. JAga diri ya

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE