Makan Nasi Kukus Tonggek di IKEA Damansara

in , by dorsett pink, December 12, 2021

Makan Nasi Kukus Tonggek di IKEA Damansara.

Semalam kitaorang pergi IKEA Damansara. 

Jujurnya, kitaorang dah lama giler tak jejakkan kaki kat IKEA Damansara sejak IKEA Cheras dibuka. Sebab IKEA Cheras tu lagi dekat dengan rumah kitaorang kalau compare dengan IKEA Damansara ni. 

Tapi sebabkan semalam Kakak FL ada kelas kat area Kota Damansara, jadi kitaorang singgahlah ke IKEA ni sebab aku nak shopping barang-barang rumah untuk re-organize semula rumah kitaorang. 
Semalam datang IKEA sini, fuhh! Dah banyak berubah. Dah tak sama macam dulu. 

Kat bawah IKEA (kat IPC Shopping Centre), ada food court. Sebelu ni, tempat makan kat IPC tu jauh sikit, tak adalah betul-betul bawah IKEA. 

Lepas dah shopping, mestilah lapar kan? Jadi teruslah pergi makan kat bawah IKEA tu. 

Turun je escalator, terus nampak kedai ni - 'Nasi Kukus Tonggek'. So, kami terus duduk dan makan. 



Ni kat depan Restoren Nasi Kukus Tonggek. Nampak kan escalator tu? Itulah escalator yang naik ke IKEA. 

Inilah nasi kukusnya , aku pilih lauk ayam. 
1 set nasi sekai dengan air Sarsi harganya RM 9.90



Makan kat meja macam ni, terasa fefeeling travel kat oversea. Sebab kat Jepun banyak restoren yang buat konsep macam ni.

Rasanya OK lah, not bad. Sedap jugak. Rasa macam nasi kukus. 

Selain dari kedai ni, ada banyak lagi kedai lain kat sini. Harga makanan lebih kurang jer. Even Family Mart pun ada kat food court ni. 
 

SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Selamat menjamu selera.
    Nampak sedap

    ReplyDelete
  2. dah lama betul tak ke ikea damansara, lagila sejak ada ikea cheras... tengok makanan tu nampak menarik jugak siap air sarsi tu macam best

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap tu. Lama tak jejak Ikea Damansara.

    ReplyDelete
  4. mama penah makan yg jual kat aeon shah alam ni. ok jugalah kan sedap

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE