Jalan-Jalan Di Bangi Avenue Convention Centre

in , by dorsett pink, September 09, 2021

Hari tu aku cucuk vaksin kat PPV Bangi Avenue Convention Centre atau orang panggil BACC, yang terletak kat Bangi Avenue, belakang Bandar Seri Putra, Kajang (Bukan Bandar Baru Bangi tau). Tempat ni betul-betul berhadapan dengan Waterpark Bangi Wonderland. 

So, ni kira first time la aku ke BACC ni. Kalau tak kena cucuk vaksin kat sini, memang aku pun tak tahu kewujudan BACC tu. 

Sesampai jer aku kat BACC, aku terpukau - cantik!. 

Macam seolah-olah destinasi pelancongan. Kalau korang nak ber-OOTD kat sini, OK sangatlah (thumbs-up). 






Bangunan hujung tu hotel. Agak-agak kalau nak ke Bangi Wonderland nanti, bolehlah korang stay kat hotel sini. 

Kat sini pun ada banyak kedai makan. Cumanya sebab sekarang PKP, jadi kedai-kedai ni tak bukak, kalau bukak pun hanya untuk tapaw jer. 




Ni interior kat dalam Convention Centre ni. Pun cantik. 


Tempat ni bukan saja cantik tapi besar sangat. Sesuai dengan namanya - convention centre. 

Kiranya nanti kalau sesiapa nak buat wedding, elok sangat buat kat sini. Kalau nak ambik gambar outdoor photoshoot pun cantik, tak perlu susah-susah nak ke tempat lain untuk shoot.  

SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Tengok gambar pun dah cantik,,kalau tengok secara langsung lagi la rasa best. Banyak spot menarik ni.

    ReplyDelete
  2. cantik area sana. nak2 bersih nampak

    ReplyDelete
  3. ha aa kalau wedding ni best.. luas..

    ReplyDelete
  4. Memang cantik. Eh Bangi Wonderland tu wujud lagi ke?

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas review pasal bangi. Sebagai bekas graduan UKM, selalu terkenang saat saat belajar dulu.
    Rasanya ambo pernah menyusuri laluan Tu dgn motor dulu. Tapi takder apa yg menarik sangat. Yg Ada hanyalah tasik Dan kisdar Tu. Masa 2003-2005 Tu laluan melalui teras jernang ke bangi lama Tu agak menyeramkan kalau waktu Malam.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE