Wednesday, 11 February 2015

Travel :: How to make a baby's passport

No Passport, No Ticket

Ok, aku buat passport untuk FL masa umur dia 3 bulan. Anak traveler, pasti lah kena ada passport jugak kan.. hehe.. Sebab FL nak terbang ke Melbourne masa umur dia 4 bulan. Sebelum nak gi buat passport tu, jenuhlah jugak aku blog walking kot-kot ada yang tulis macam mana nak buat passport anak, tapi satu pun tak ada. (sedihh.. sob--sob..).. Ye lah, aku nak tahu lah, apa dokumen yang kena bawak, gambar kena bawak ke tak.. Berapa bayaran dia, and lain-lain keperluan la..

Last-last, aku main redah jer, sediakan segala dokumen even surat nikah aku pun aku bawak sekali ke Pejabat Imigresen sebab nanti bila diminta, senang, bagi jer terus.. Aku pun siap print dan isi 'borang mohon passport baru' dari Laman Web Imigresen. Walhal, tak perlu pun.. Takpe, at least aku dah sediakan payung sebelum hujan..

Btw, aku buat passport ni di Pejabat Imigresen, Putrajaya. Mungkin kalau ditempat lain,lain kot keperluan yang diperlukan .

Ok, ini dokumen yang diperlukan :

1 - Gambar passport. Background putih.
Untuk baby, kita kena ambik gambar passport siap-siap di kedai gambar. Hanya diperlukan sekeping gambar aja. Tapi kalau untuk orang dewasa, tak perlu bawak gambar passport dah, sebab nanti akan diambil di hadapan kaunter buat passport tu, free of charge. Macam buat I/C

Her first passport's pict.

2. Salinan surat beranak
Bawak siap-siap salinan surat beranak 1 keping. Kalau tak nanti, jenuh nak pi cari kedai fotostat.

3. Sediakan duit
Aku buat passport FL utnuk tempoh 5 tahun. So bayarannya masa itu ialah RM 150, separuh dari harga passport dewasa. Dalam tempoh 5 tahun, pasti muka dia berubah kan, jadi kita kena pergi tukar gambar kat Pejabat Imigresen bila nak travel nanti. Bawak siap-siap gambar terbaru..

Bila dah bayar, aku hanya perlu tunggu 1 jam jer untuk passport siap.. Dan ini hasilnya..
Taaadddaaaa..

For sure, nanti nak kena tukar gambar, sebab muka dia sekarang dah lain..

Ok, itu aja.. Terima kasih sebab baca ye kawan-kawan

24 comments:

  1. hal2 berkaitan passport boleh check kat web gov je...

    ReplyDelete
  2. betul lah... masa nak buat tuk anak dulu pon..tak de info.. kalau ada jumpe pon tak lengkap...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aty, betul2 susah nak dapat info sebab orang tak bercerite.. kat web imigresen pun, tak lengkap info nya. Hanya diberitahu secara general aja

      Delete
  3. Samalah dgn Imigresen di Kukup sini pun itu yg diperlukan.
    Cuma tukar gambar kakak tak tahu lagi, tak pernah buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak zakie, sama ye kat sana. Senang lah kalau gitu

      Delete
  4. ohhh, memang skrg kena background putih eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanis.. yupe, background putih. Tapi masih ada lagi sesetengah tempat yang guna background biru.. yang saya tahu kat putrajaya je yang dah apply warna putih ni

      Delete
  5. Teringat masa nak amik gmbar anak masa mika kecik nak buat pasport..bnyk kali kena snap..senget la..goyang la,...garu kepala la... nasib kamea sekarang boleh delete2..kalu zaman dulu2 pakai filem, naya2

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. betul.. kalau pakai filem, tak tahu lah berapa banyak gambar yg rosak..

      Delete
  6. hihi huntong la FL ooooi 4 bulan dah sampai melben.. ahkak (aceceh nak ahkak jugak) ni dok sampai lagi hehehe..
    awat dagu FL mahai sangat tu hehehee tomey2

    Siti Yang Menaip

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dagu tu sebab kuat minum susu CT.. hehe

      Delete
  7. Alololo...comelnya. Dgu berlapis ☺☺

    ReplyDelete
  8. Comelnya FL. Syok FL kecik2 dah jalan merata :)

    ReplyDelete
  9. alolololooo...chomelnyer gambar diaaaaa...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deanna,.. hehe.. nanti dah nak kene tukar gambar sebab muka dah berubah

      Delete
  10. FL nk ke Melbounre? wahh...auntie JM pun x sampai lagi tau...jelezz sama FL yg bulat tueee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jm.. FL dah ke melbourne oktober hari tu.. hehe

      Delete
  11. At last...tau juga:)
    Bestnya baby FL, umo 4bulan dah nak pi travel.

    ReplyDelete