Monday, 6 July 2015

BreastFeeding :: ONE YEAR Journey

Alhamdulillah.. Dah setahun sudah journey breastfeeding aku menyusukan anak dara kesayangan ni... Macam tak percaya, masa berlalu macam kilat. pejam-celik-pejam-celik.. nangis-nangis, happy-happy, last-last dah setahun ... Cepattnya.. How time really flies..

Masa mula-mula FL lahir, cabaran jugak untuk aku nak BF dia.. Siap kena panggil Lactation Counselor lagi untuk ajar aku macam mana nak BF si anak.... Masa pantang, lepas pantang.. Alhamdulillah dapat sempurnakan BF secara exclusive sehingga umur FL 6 bulan..

Serious aku cakap BF ni walaupun dia benda semula jadi, tapi tough jugak nak hadap. Kena ade banyak ilmu dan banyak-banyak-banyak sabar. Selama setahun ni, journey BF aku macam roller coaster, sometime Up, sometime Down ... Banyak sangat cabaran.. But, finally i manage to do it untill 1 year now..
 
Aku guna pam Spectra M1 - double pump
 
 
Cabaran #1
 Si anak tak nak minum botol langsung.. Almaklumlah dah biasa dengan "botol susu" mummy.. Lagi best mummy punya dari minum kat botol.. Bila  tinggalkan FL kat daddy dia, kesian.. dia tak nak minum.. Last-last dia minum jugak kat umah babysitter. Itupun setelah melalui episod nangis, melalak, tolak-tolak, hempas-hempas botol susu.. huhu *mummy nangis*

Cabaran #2
Aku berhadapan dengan nursing strike.. Boleh baca post tu kat sini. Memang haru masa tu.. 2 hari si anak langsung tak nak BF.. Kalau bagi botol (perah susu letak dalam botol), dia minum jugak sikit-sikit..

Cabaran #3
Jenuhlah nak buat stok ebm. Sampai fridge (fridge 2 pintu) aku rosak sebab stok ebm penuh dalam freezer. Masa tu umur FL 3 bulan.. Nak tak nak terpaksa pergi beli deep freezer (aku dapat upright deep freezer, Alhamdulillah).. Thank you to en.suami yang sangat-sangat membantu mencari dan membeli deep freezer. Then, bila dah transfer semua ebm ke dalam deep freezer, elok lah pulak bernyala fridge aku tu.. Alhamdulillah, tak yah beli peti ais baru.
 
Sebahagian dari stok ebm dalam deep freezer
 
Ini ebm yang dibawa balik dari kampung atau masa pergi travel mana-mana..
Aku letak dalam ice box, letak ice banyak-banyak, letak garam..
Alhamdulillah boleh bertahan hingga sampai umah 
 
Cabaran #4
Masa umur FL 5 bulan, susu aku (yang diperah) drop giler.. Biasanya bila pam dapat la 16 oz sehari... Tapi masa 5 bulan ni, sehari aku pam dapat 5 oz jer.. huhu.. Then, jenuh lah aku cuba macam-macam produk milk booster nak tingkatkan kuantiti susu. Sampailah aku terjebak dengan milkbooster jenama Shaklee..Ade jugak aku makan benda lain.. Selain dari milk booster, aku gi berurut nak buangkan angin dalam badan & nak hilangkan stress (sebab maybe angin pun boleh membantutkan pengeluaran susu) . Yang paling penting, kena buat power pumping hari-hari.. Alhamdulillah, pengeluaran susu aku naik semula setelah sebulan aku berusaha keras..
 
Time susu drop - hanya dapat dalam 2 - 3oz jer sekali perah.. *sob. sob..*
 
Biasanya sekali perah (dalam 20 minit) aku dapat dalam 5-7 oz sekali perah..
So, kalau 3 sesi sehari , boleh la dapat dalam 16-18 oz sehari. Tak ade lah banyak sangat, tapi Alhamdulillah.. Syukur dengan rezeki Allah buat si anak
 
Cabaran #5
9 bulan - Stok ebm dah habis licin kat dalam deep freezer.. Mana tak licinya.. Aku produce susu sehari 16 oz jer tapi anak aku minum sehari 24 oz , kadang-kadang pernah sampai 28 oz.. Memang dia banyak sangat minum susu mummy.. Tapi badan dia kecik, berat tak naik sangat.. Dah keturunan gen kecik.. So,masa ni terpaksalah pergi menghantar fresh ebm kat umah babysitter bila waktu lunch.. Waktu pagi masa antar FL kat umah babysitter - aku bekalkan dia 3 botol ebm.. Then, waktu lunch - aku tambah lagi 3 botol ebm..

Cabaran #6
10 bulan - aku try bagi FL susu formula tapi dia reject terus.. Langsung tak nak.. Then, aku cuba bagi fresh milk.. Alhamdulillah dia nak minum fresh milk.. Mungkin  sebab fresh milk tu tak manis sangat macam susu formula.. But else, doctor & dietitian cakap aku tak boleh bagi kat die fresh milk lagi sebab umur dia tak sampai setahun lagi..huhu.. Then stop bagi fresh milk, jadi terpaksalah aku antar ebm.
 
Disebabkan aku selalu mobile dan kalau kat university, aku buat kerja kat Library, jadinya, aku selalu pam dalam kereta. Kebiasaannya, masa tengah drive, sebab nak jimat masa, sambil drive sambil pam susu, 2 in 1..
 
Ni masa on the way pergi travel mana-mana atau pun on the way balik kampung..
Aku akan ambil kesempatan untuk pam sementara FL tengah tidur dalam kereta..
Aku punya matlamat - ada free time jer, pam susu...
 
Cabaran #7
Masa Fl umur 11 bulan - Dia langsung tak nak minum susu (ebm) kat umah babysitter. Hari-hari aku bekalkan 6 botol ebm kat dia, semua habis dibuang macam tu jer kat dalam sink, FL langsung tak minum.. huhu.. Mummy sedih sangat bila tahu ebm dibuang.. SO, si anak tak lapar ker? For seure la dia haus tak minum susu & dia pun tak makan masa kat umah babysitter. Hari-hari dia minum air kosong jer and nangis la..... Sebab? Aku rasa sebab FL memberontak.. Die memberontak tak nak minum susu and tak nak makan, mungkin sebab BS tu selalu marahkan dia.. Tapi masa kat umah aku, dia minum susu and makan elok jer. Atas sebab itu, aku decide untuk stop antar FL kat umah babysitter lagi.. and daddy dia pun tak bagi dah aku antar si FL ni kat sana.. So, jadinya, mummy lah yang jaga FL 24/7.. Hari-hari.. and mummy kena jadi full time house wife + full time phd student... waaaa...

Ini dia stok ebm yang diantar ke umah BS hari-hari..
Biasanya dalam 6 - 7 botol sehari. Setiap botol 4 oz..
And for sure aku kena labelkan, sebab nanti takut bertukar dengan baby lain..
 
 
Sekarang
Alhamdulillah, Aku happy sangat sebab dapat melalui fasa 1 tahun breast feeding journey dengan lancer walaupun ade banyak cabaran.. Dan sekarang, aku masih lagi continue BF anak aku, cumanya sekarang aku dah start bagi dia susu formula.. Tapi most of the time, dia mintak nak direct feeding jer.. Aku bagi dia susu pediasure sebab susu tu jer yang dia nak dan tak reject.. And lagi satu sebab PediaSure ada komposisi pemakanan lengkap , ada karbohidrat, zat besi dan lain-lain nutrient.. Sebab FL ni tak makan sangat, jadi aku kena bagi susu yang boleh gantikan makanan hari-hari..
 
 
Lastly, Alhamdulillah..
Thank you for reading my story..

9 comments:

  1. Tahniah, Intan! Semoga terus gigih hingga sampai tahun yg kedua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima ksih Farrah.. InshaAllah akan diteruskan sehingga tamat 2 tahun

      Delete
  2. seronoknye ..kite umur 3 bulan dah terpakse cmpur fm..sbb pngasuh agak geli dgn susu badan org lain..balik baru la df anak...smpai sekarang mcm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade jugak rang macam tu erk.. kalau saya, saya cari pengasuh lain, tak antar kat situ dah..

      Delete
  3. Tahniah..dapat melepasi cabaran bf..

    ReplyDelete
  4. hehehe chaiyok2.. u can do it Kak DP =)

    ReplyDelete
  5. Chaiyol2 DP syok bc pengalaman DP bila pulak turn ekin nak merasa sama

    ReplyDelete
  6. Macam-macam cabaran u... My baby girl baru 3 months... Still got a long way to go... Thanks for sharing this. Seriously, ini bagi I semangat lagi 😊

    ReplyDelete