Friday, 18 December 2015

Travel :: From Kyoto to Osaka

First of all, sorry gambar kat enry sebelum ni tak keluar... Aku pun tak tahu kenapa, maybe sebab aku copy paste gambar tu dari pakcik gugel, pastu pakcik gugel marah, then die block kan gambar tu tak kasi korang tengok.. hahahhaha... Sorry ye... Aku tak ada gambar kat 'Philosophy Path' tu sebab aku tak pergi situ hari tu, info tu aku dapat dari internet. Nanti, kalau aku rajin (kalau rajin la, aku cari gambar lain k untuk korang jamu mata sebab seriously 'Philosophy Path' tu cantik giler)
 
***************************************************
 
 
Before kami ke Golden Temple, kami naik teksi dari hotel ke Kyoto Train Station dulu sebab nak simpan beg dulu kat sini. Harga teksi dalam RM60 (2000 ++ yen) untuk perjalanan dari hotel ke stesen tren - 15 minit. Dah jadi lumrah bila kiteorang travel, tempat letak luggage tu adalah bende yang wajib kena ambik tahu di setiap destinasi yang dituju.. Perangai dari travel sorang-sorang sebelum kahwin, sampai lah travel dengan anak..backpacker katakan..  hahahaha..
 
Sebab senang nak tinggal luggage, malas nak usung 1 dunia.. Kat Kyoto Train Station ni, ada kaunter yang tinggal beg tu, ada orang jaga, and bayar di kaunter & ade jugak locker. So, kiteorang ambik 2 biji locker yang besar. 1 locker harga 500 yen. So, kiteorang kene bayar 1000 yen untuk 2 locker..
 
 
 
This little gurl so obsessed with vending machine..
macam jakun pulak tengok vending machine kat merata-rata
tempat sebab dia tak pernah tengok bende alah ni kat Malaysia... hahhahaha

Bila penat, rehat je la dulu kat kaki lima..
Why bother??

Kalau kat Kyoto Train Station,
ada attach sekali ngan shopping complex,
siap ada Isetan lagi..
So, korang boleh la shopping kat Kyoto Train Station ni kalau nak

Budak kecik ni tengah tawar-menawar harga dengan sales gurl tu...

Penat asyik jalan jer tak henti-henti..
So, kita duduk makan-makan la dulu...

Selphiee satuuu..
(Wearing 'Printed Babe & Basic Hijab' from 'NaelofarHijab'
- senang buat travel sebab tak perlu iron & tak renyuk)

 

With 2 big luggage & 1 stroller & 1 cheeky toddler,
I could rather said that was really 'amazing' journey,
as Kyoto & Osaka is not a "stroller-friendly'" country.
 
 
Dari Kyoto, kami naik 'Haruka Train', stop at "Tennoji Station" sebab hotel kami dalam Daerah Tennoji, Osaka. Pastu kena naik subway atau JR Train pergi ke stesen Namba.. Tapi kami gerak dari Kyoto dah lambat. Train dari Kyoto ke Tennoji ambik masa dalam 1 jam lebih.  Bila sampai di Tennoji station, subway semua dah tutup sebab dah kul 12 malam.. So, terpaksa ambik teksi ke hotel..
 
Nak cerite ni.. punyalah kiteorang bengang dengan driver teksi tu..
Maybe bukan semua taxi driver kat Osaka ni macam ni...
Mungkin nasib kiteornag tak baik dapat taxi driver yang macam tu..
 
Ceritenya - driver tu tak tahu bahasa inggeris, so iteorang communicate guna bahasa ayam - itik.. Pastu, en.suami tunjuk kan kertas (alamat hotel), die masukkan butiran alamat tu kat GPS die.. Aku Nampak macam die masukkan "kod kawasan"(lebih kurang macam poskod la).. Pastu, last2 die sesat.. Die pun duk pusing-pusing la kawasan tu padahal hotel kami tu dah dekat dah ngn tempat yang die pusing tu.. Yang aku heran, kenapa pakai GPS pun, masih lagi sesat.. Soooo tak masuk akal!..
 
Then, en.suami cakap kat aku yang GPS kat sini customize, dieorang tak pakai google maps atau waze macam yang kite duk pakai kat Malaysia ni. And customize die sangatlah menyusahkan orang! Pastu, lepas dah puas pusing, die stop kat tepi jalan, tanya orang kat mana hotel tu, orang tu pun tak tahu.. Then, driver tu cakap dengan kiteorang "tak apa bende entah" sebab die cakap bahasa Jepun..
 
Aku suruh die call hotel tu.. Die pulak suruh kami call guna hp kami.. hahaha.. Lawak-lawak. So, terpaksalah kami call hotel tu guna hp kami (kene buat roaming la) tapi no telipon hotel salah... So, tak dapat la call hotel.. Then, terpaksa en.suami ON GPS kat hp die (buat roaming la),guna Google Maps, kejap jer dah sampai hotel... memang sooo bengang dengan driver teksi tu..
 
Dah la die yang sesat! tak tahu bahasa inggeris pulak! tak tahu gadjet pulak! Sepatutnya jadi driver teksi kena la peka dengan semua application ni sebab memang tugas die untuk bawak penumpang sampai ke destinasi.. And lagi satu yang buat kami BENGANG TAHAP GABAN - die charge harga yang die sesat tu ikut 'meter / jarak' kat meter teksi tu... Geram betul aku!!.... So, malam tu kami kena bayar 2000 yen untuk perjalanan yang pendek tu...
 
Bila sampai hotel, aku cakap kat receptionist telifon hotel tak dapat (no service), staff hotel pulak tak paham! sebab dieorang kat sini cakap Jepun jer, tak cakap omputih.. Sabooooo jer la...
 
 
Nah aku belanja 1 gambar penghibur hati....
 

8 comments:

  1. Ya Allah, saya pun geram bila baca. Kalau dah sesat tu salah driver tu, sepatutnya dia tak bolehlah charge macam tu.

    ReplyDelete
  2. Kena bawa dictionary bahasa Jepun sikit-sikit boleh juga guna
    Memang dah ramai yg inform rata-rata mereka tak boleh berbahasa inggeris.

    ReplyDelete
  3. Pelik juga kan kenapa dia tak tahu jalan ke hotel tu tp apapun enjoy your holiday! :)

    ReplyDelete
  4. walau terpaksa berhadapan dengan kerenah pemandu teksi, tapi syukur selamat sampai ke hotel.
    Apa-apapun enjoy your holiday.. ;)

    ReplyDelete
  5. bengang kanns kalo staff hotel pon xtau speaking english., huhu2

    ReplyDelete
  6. Idea pakai locker tu bagus kan,,.takdelah kendong beg sana-sini :)

    ReplyDelete
  7. Comel betul si FL 'tawar-menawar' harga tu comelllll :)

    ReplyDelete