Tuesday, 1 December 2015

Travel :: Gion, Kyoto


Sambungan dari entry INI 
Gion?? ENtry penuh dari entry ni - "Wordless Kyoto - Gion"

GION ni bandar lama kat Kyoto. Even Kyoto sendiri pun historic city of Japan. Kalau nak tengok negara Jepun dulu-dulu, better la datang ke Kyoto. Tak rugi!  Kalau nak tengok Geisha & Maiko, kena pergi ke Bandar GION.. GION ni pun dikenali sebagai Geisha District. Tak ada tempat lain di Jepun ni yang ada Geisha & Maiko, Hanya di Kyoto korang dapat jumpa dieorang..

GION ni kira down town of kyoto la. Tapi tak semestinya kita dapat jumpa Maiko atau Geisha. Geisha & Maiko ni penyanyi atau performer tradisionall Jepun, susah la nak jumpa dieorang kat luar melainkan kalau korang beli tiket untuk tengok performance dieorang. Kalau ade rezeki, boleh la terserempak... Aku hari tu pergi pagi-pagi, so tak dapat la jumpa... Yang aku jumpa cuma, rakyat tempatan biasa yang pakai kimono & yukata.

Nak tahu apa tu Geisha & Maiko, boleh baca sini..

How to get there?
1. ambik train 'Keihan Line'
2. stop di stesen 'Gion-Shijo'.
3. Keluar ikut gate 7, Belok kiri.
4. Jalan a few steps. Then, korang dah boleh nampak Geisha District ni.
Nanti ada la ramai local people pakai kimono. 


Ni die Geisha District

Even peniaga kat sini pun ramai yang pakai kimono ..
Macam kat Malaysia la, ramai yang pakai baju kurung.. 


Mula-mula, aku mintak nak ambik gambar dengan dieorang


Pastu, dieorang pulak mintak nak ambik gambar dengan aku sorang...
*Terujanya*
(Kembang bulu ketiak jap)


Ni salah satu kedai makan Jepun kat sini


Sekarang dakam fasa nak tolak stroller sendiri

Kat sini ramai tourist. Kiranya tourist spot la.. So, ada banyak la kedai sourveniour kat sini tapi MAHAL..


Penat! Rehat la dulu mummy..

ni lorong belakang

memnag ramai orang kat sini. Local & tourist sama ramai

Ni pun lorong belakang 

Ni rumah lama Jepun.. Semua kayu

Aku suka style ni!





Kalau keluar gate 7, belok kanan, korang akan cross  korang akan nampak bandar yang moden, so ada tempat shopping la kat situ.. Korang akan cross Gion Bridge


Ini Shirakawa River.. 
Semua air sungai di Kyoto ni snagat-sangat jernih. 
Siap boleh nampak ikan berenang-renang. 
Dan pastinya, air tu bersih kan , kita boleh minum..
Kiri kanan sungai dibuat tempat rekreasi, so boleh la nak jogging ke atau nak lepak..

Ni rumah-rumah kediaman di Gion. 
See, belakang rumah dieorang ada sungai, tapi actually tu bukan sungai, tu longkang.
 Longkang dieorang design macam sungai kecik, kiranya macam rezab sungai la...
 And air longkang pulak sangat-sangat jernih,
 siap ikan-ikan boleh berenang dengan riang gembira.. 

Masa ni FL tengah tido..ZZZzzz.. ZZZzzz


Dekat Gion ni sekejap jer, then kami gerak ke Arashiyama pulak naik train.. Tapi tak boleh naik train yang masa datang tadi, kena naik line lain pulak, so kene berjalan few steps untuk pergi ke stesen 'Kawaramachi'.. Nanti aku cerita pasal Arashiyama pulak..

So, till we meet again in next post..
Thank you for reading ya!

17 comments:

  1. ok..masuk wishlist!thanks share...tak try kimono ke?

    ReplyDelete
  2. suka nak baca semua ni dengan harapan satu hari nanti dapat pi Jepun plak...

    ReplyDelete
  3. CANTIK NAMPAK WANITA JEPUN BERKIMONO...WAH BABY DH TOLAK STROLLER SENDIRI YA N MUMMY PUN BERLENGGANG SENANG...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Alhamdulillah!.. dapat menjamu mata melihat keindahan ciptaan Tuhan

      Delete
  5. I suka Kyoto.. macam teringin nak ulang. macam tak cukup masa je..

    ReplyDelete
  6. Suka tengok Japanese pakai kimono. Nampak cantik ^_^

    ReplyDelete
  7. cantiknye..nmpak kemas & bersih persekitaran dia...
    anyway tq sudi baca entry sy yg pjg tu..hihihih

    ReplyDelete
  8. wahhh kembang bulu ketiak makk tuu., hebatt

    ReplyDelete
  9. dulu tringat masa shopping kat kedai nak beli baju, teriba kedai jepun tu mainkan lagu Sheila Majid., ;p

    ReplyDelete
  10. kat gion ni barang mahal. jgn la beli kat sini hehe..saya pergi sini dah petang...dah gelap...geisha pun dah masuk kedai kot hahaha tak sempat nak bergambar dengan diorng...

    Nilam

    ReplyDelete
  11. cantik tpt dia...nmpak betul2 bersih tpt diorg kan...kalau banding tpt kita...jauh betul bezanya

    ReplyDelete
  12. DP tak beli kimono yg Geisha tu pakai ke hihi..
    Apa pun bila pakai baju traditional memang nampak sweet.

    ReplyDelete
  13. Ohhh....Geisha street....ada tengok Jihan kat TV hari tu...

    ReplyDelete