Tuesday, 22 November 2016

Lombok Trip :: Planning, Departure and Arrival



Pencarian Top Commenter Blog Dorsett Pink - klik SINI untuk join

Keinginan aku nak gi Lombok start April hari tu since my best friend, AB suggest pasal Lombok. Kata dia Lombok tu sangat super duper cantik sebab belum di untouch lagi. So Lombok tu natural beauty and tak ada rapid development lagi macam Bali. Pastu, dia terus tunjuk kat aku gambar-gambar kat Lombok through FB and Google Image. Memang serius lawa! Since then ,aku pasang angan-angan nak pergi Lombok.

Aku pun terus update my wishlist dalam diary a.k.a my planner. Kat dalam wishlist tu, aku tulis nak pergi bulan Oktober 2016. Dapat atau tak dapat pergi, itu semua ketentuan Ilahi. And masa aku tulis tu, aku tak ada duit pun. But, I just note down jer dalam wish list tu.

Rezeki ni kerja Allah Taala. Kita tak tahu rezeki orang apatah lagi rezeki kita sendiri. Tup-tup masa bulan Ogos 2016 hari tu, en.suami aku memberi 'duit bonus' untuk aku pergi bercuti sebab tahun ni aku langsung tak keluar negara dek kerana duk pulun buat tesis Phd aku ni. Masa tu aku tak terlintas langsung pasal Lombok, tempat yang terkeluar dari anak tekak aku ni - Guilin, China. Aku berani jer nak pergi Guilin tu sorang-sorang. Sebelum ni pun aku dah jelajah China, Vietnam dan tempat-tempat lain sorang-sorang. So , of course encik suami mengizinkan kalau aku nak gi mana-mana sorang-sorang. Kalau sebut jer China atau negara-negara asia tenggara lain, en.suami confirm tak akan ikut sebab dia bukan jenis yang sukakan nature. Dia suka bandar-bandar moden. He is city guy.

Satu hari tu aku terbukak planner aku, and selak-selak helaian demi helaian, mata aku terus terpaku kat "wishlist", then baru aku teringat pasal Lombok. Tapi kalau pergi Indonesia , aku tak berani pergi sorang-sorang. So, aku pun try la ajak kawan aku - Cik Yam. Cik Yam ni kawan baik aku dalam geng Marmarian. Marmarian ni geng kami since UiTm Sri Iskandar sampailah ke UiTM Shah Alam kitaorang sewa 1 rumah. Memang close giler. Geng Marmarian ni ada 7 orang. Memang kami semua sekepala.

 Ni dia Cik Yam

So, hanya dengan 1 mesej, Cik Yam terus setuju nak gi Lombok. Then, kitaorang pun beli tiket and arrange trip tu. So, ke Lombok tu hanya kitaorang berdua jer la since yang lain tak dapat join sebab bukan waktu cuti sekolah. Sebabkan last minit beli tiket, so aku dapat tiket tu agak mahal which was RM 700 (pergi balik include meal).

*************************************

Kami ke Lombok 14hb Oktober 2016 (Jumaat), flight Air Asia jam 8.40 pagi. 

Trip ni 4 hari 3 malam. 4 hari ni kira ngam-ngam jer la nak discover Lombok. Actually banyak lagi tempat-tempat cantik yang aku tak pergi sebab tak cukup masa. So, aku berhajat nak datang lagi ke Lombok next time.

Trip ke Lombok tu aku tak bawak anak kesayangan, FL sebab aku nak "me time" bersuka ria dengan kawan-kawan. FL dijaga oleh daddy sementara ketiadaan aku. Sebab trip ni  hari Jumaat whish was hari bekerja, so aku terpaksa ke airport naik teksi, sebab daddy perlu uruskan FL untuk hantar dia ke sekolah pagi tu.

Aku sampai airport KLIA2 kul 7.20 pagi, terus drop bag. Tapi sebelum tu aku pi beli padlock dulu sebab padlock aku hilang. Huhu so sad.. Padlock kat airport ni mahal giler.. Memang terketar-ketar aku nak keluarkan duit tu tapi nak buat macam mana, bayar jugak la. 1 set padlock tu (ada 2 bijik dalam tu) harga dia RM21… huhuhuhuhu..

Sebabkan KLIA2 ni besar dan jauh nak berjalan ke gate tu, aku dan Cik Yam sampai kat Gate kul 8.30 pagi walhal boading time kul 8.20 pagi.. Huhuhuhu.. Berdesing telinga kitaorang sebab kena marah dengan crew airport tu sebab lambat. Then, kitaorang terus berlari sampai ke pintu kapal terbang. Nasib baik pintu tak tutup lagi. Kalu pintu kapal dah tutup, melayang la tiket tu jawabnya.huwaaaaaaaaaaaaaaa.

 Sekarang kat dalam flight Air Asia dah ada wifi. Tapi kena bayar. Mahal giler!. 
Kalau nak langgan wifi tu, sila bagitau kat cabin crew.

Flight ke Lombok 3 jam. Sempat la jugak buat kerja sikit. 
Flight full tau. Aku rasa hari-hari flight ke Lombok full.

 Keluar jer pintau arrival, terus nampak bank depan mata. So sesape yang terlupa nak tukar duit, boleh lah tukar duit kat sini.

 Bila kitaorang keluar jer pintu kastam, tengok airport lengang giler.. 
So aku ingat airport ni tak crowded and tak ramai sangat orang.. 

 Boleh bilang dengan jari berapa kerat jer orang kat dalam airport ni

Sesampai jer di airport, Cik Yam terus beli sim kad sana. Aku tak beli sebab aku nak guna wifi hotel jer nanti. Sim kad kat airport tu harganya 700,000 rupiah (RM21) - 4g data. Tapi sebenarnya wifi kat hotel tu sangatlah hampeeeehhh.. Menyesal pulak aku tak beli sim kad. So aku buat data roaming. Mujurlah RM 10 jer sehari sebab aku prepaid Maxis. Rupanya sim kad kat luar airport atau di bandar-bandar  jauh lebih murah dari yang jual kat airport, hanya 500,000 rupiah jer. So, nasihat aku kalau korang sampai Lombok, wajib beli simkad k and jangan beli di airport. Sebab wifi di hotel-hotel kat Lombok ni sangat hampeeehh evenhotel 5 star bab kata supir.

 Bila keluar jer pintu kastam (lepas ambik luggage dan pemeriksaan kastam), berderet-derete kiosk yang jual simkad

Disambut oleh singboard 'Welcome to Lombok'

 Kat salam airport ni ada KFC versi Indonesia - CFC

 Lengang kan?


 Rupanya public tak boleh masuk dalam airport. Orang ramai kena tunggu kat luar jer. Kalau nak hantar penumpang pun sama, kena hantar kat luar airport jer. Sebab airport Lombok kecik jer tapi pengguna kapal terbang ramai giler, almaklumlah Lombok kan dah terkenal sebagai destinasi pelancongan.


Kitaorang sampai di Airport Lombok kul 12.00 tengahari. Trip ke Lombok tu, kami ambik khidmat supir (tourist guide). Cari kat IG, terjumpa dengan sorang mamat ni - Asriel. So, masa sampai di Lombok International Airport, assistant Asriel dah tunggu kat airport. 'Gege' nama dia. Bukan gege (longhat kelantan) yang bising tu tau. Nama sebenar dia Gege.

Asriel tak dapat ambik kami di airport sebab time tu dia ada group lain yang dah book awal-awal dengan dia, group tu pun dari Malaysia jugak. Kitaorang plan untuk jumpa dengan Asriel kat Pantai Kuta nanti.

 
NI dia kereta kitaorang. Yang warna hitam tu


Mesti ramai yang nak tahu kan berapa kos semua sakali trip saya ni kan? Nanti tu entry paling last saya cerita.. So, stay tune for more stories… hehehe.

Thank you for reading!

28 comments:

  1. Menjadi aje planning DP ye
    Ada geng yg sekepala senang cerita
    Semua jadi smooth..

    ReplyDelete
  2. Ada juga baca tentang Lombok ni, orang kata lebih cantik lagi dari Bali. Seronok betul dapat me time.. heh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu ah.. Teringin nak me time jugak tapi so far me time in the bathroom ajela haa...

      Delete
  3. tak pernah gi lagi lombok ni. semoga ada jodoh boleh gi sana

    ReplyDelete
  4. Lombok Trip? Adeh! Kena korek balik gambar trip ke Rinjani nampaknya..x up lagi entri lombok hhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah semangat, Sis JM! Semangat!Intan dah start dah entri Lombok! :)

      Delete
  5. Lombok mmg sgt cantik itu sebab harga tix sgt mahal compare to region lain d indonesia

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke. sebab tu la tiket mahal erk?

      Delete
  6. Best aaa dpt 'duit bonus' dari encik suami

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tumpang gembira,..alhamdulillah, tertunai wishlist ke Lombok, Intan :)

      Delete
  7. At least plan dulu dpt pegi ke x tu belakang kira kalau Allah izinkan mesti sampai in shaa allah

    ReplyDelete
  8. Pesal beli padlock kat airport? Mmg semua mahal adeh!

    ReplyDelete
  9. Bookmark this entry dulu... Nanti sambung... Banyak entry Intan yang SS miss.. Will come back soon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana nak buat book mar ss?

      Delete
    2. Saya pun sama,..banyak dah missed. Ni tengah cuba nak jejak balik :)

      Delete
  10. Kalau sis JM suka berlama dlm boarding hall x suka nak terkejar2 penat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la jm. sepatutnya kena datang awal, lepak je dulu dalam hall tu

      Delete
  11. terima kasih sudah berkunjung ke lombok
    :)

    ReplyDelete
  12. terima kasih sudah berkunjung ke lombok
    :)

    ReplyDelete
  13. tgk cite ape entah hr tu, lombok veryyyyy clean ! tak tahu la pengalaman DP cam mane, but eyecathcing btol pantai dia. mek pn nk habeskan dalam malaysia dlu bru nk buat wishlist luar negara pulak :)

    ReplyDelete
  14. Seronok tengok gambar2 Lombok yang Intan shared di IG :)

    ReplyDelete