Thursday, 12 January 2017

Tips Turunkan Berat Badan 7kg Dalam Masa 2 Bulan

Ingat lagi tak pasal "NO SUGAR CHALLENGE" ?

Kalau tak ingat boleh baca kat ENTRI NI...

Since aku start buat "No Sugar Challenge" tu sejak post pasal "Bantuan Sampai" pada 24 November 2016 yang lalu, aku istiqomah tak ambik gula putih dalam erti kata lain tak minum air manis. Tapi aku tak ada lah tak ambik langsung 100%. Aku cuma minum air manis sekali sehari iaitu waktu pagi - 1 cawan teh. Waktu-waktu lain, aku minum air kosong jer. Kalau makan kat kedai pun, aku order air kosong atau air suam.. And aku tak minum air tin/air kotak langsung. Mungkin ada lah kot sikit-sikit gula dalam makanan (kalau makan kat kedai), tapi aku pasrah je la..

Masa 24 November tu, berat aku 57 kg and perut aku pun buncit.hehehe

 Masa ni berat aku 57 kg

Tengok pipi pun tembam masa ni

Aku target nak turunkan berat ke berat asal iaitu 50 kg, and aku set deadline - April 2017.
Means that, masa tu aku aim tak nak minum air manis dan tak nak makan buah-buahan yang manis-manis sehingga April 2017. Buah-buahan yang manis-manis ni bahaya sebab kandungan fruktosa tinggi dan fruktosa yang berlebihan dalam badan akan bertukar menjadi kolestrol.

Tapi masa aku timbang berat minggu lepas which was 6 Januari 2017, berat aku dah mencecah 50 kg.
Means that, berat aku berjaya diturunkan sebanyak 7 kg dalam masa sebulan. Alhamdulilllah, praise to Allah swt, tak perlu aku tunggu sampai April. hehhehe..

So, ini yang aku buat sepanjang tempoh sebulan ni dan aku rasa tak susah pun untuk orang lain buat sekali :

1. Aku hanya minum air manis sekali sehari jer iaitu setiap pagi masa breakfast. Air gas, air tin, air kordial, air kotak semua aku tak minum.

2. Dalam sehari aku habiskan 2 liter air kosong.

3. Aku hanya makan buah-buahan yang tak tinggi fruktosa je ( buah yang tak manis sangat), macam buah guava dan tembikai.

4. Sejak dari dulu-dulu lagi aku memang makan nasi sekali sehari jer either lunch or dinner. So, sampai sekarang aku makan nasi sekali sehari jer cumanya sekarang aku makan nasi setengah pinggan jer.. 

5. Aku bersenam (either pergi jogging or aerobics), 2 kali seminggu - 1 jam setiap sesi (sejak dari zaman sekolah lagi aku memang amalkan rutin ni sampai sekarang). 

  swimming salah satu aktiviti bersenam aku and it is one of my favourite sports
 Aku rasa, sepanjang tempoh sebulan ni, 5 perkara ni je lah kot yang aku buat.. And kesan dia sangat-sangat terkesan.

Actually, pengambilan gula yang berlebihan tu akan buatkan badan kita menyimpan kolestrol yang berlebihan. Sebabnya gula (sukrosa & fruktosa) tak boleh dicernakan oleh sistem badan untuk menjadi kalori yang boleh dibakar, so dia berkumpul menjadi kolestrol. Bila kolestrol makin banyak dalam badan, dia akan ganggu kita punya sistem metabolisma. Bila tahap metabolisma kita rendah, lemak-lemak lagi senang berkumpul..

Ini terjadi kat aku lah. Aku perasan, bila berat aku naik sampai 57 kg tu, tahap metabolisma aku sangatlah rendah, aku dah jarang ke toilet untuk buang air . Kalau dulu setiap pagi atau setiap kali lepas makan mesti terus membuang.

Bila kolestrol dalam badan kita makin tinggi jugak, badan kita akan rasa cepat penat, cepat letih, and terasa badan kita berat. Ini experience aku sendiri - badan rasa berat dan cepat penat, bila dah turun berat jadi berat asal ni, badan aku ringan jer dan rasa bersemangat nak buat apa-apa kerja..  

Dan bila kolestrol dalam badan makin bertambah, dia akan menyumbang kepada penyakit-penyakit lain pulak. Yang inilah yang aku paling takut. Contohnya macam penyumpang kepada sakit kencing manis, darah tinggi, sakit buah pinggang, gout dan macam-macam lagi lah. 

Prevent is better than cure. Kalau dah sakit, nak pergi travel mana-mana pun tak boleh...Betul tak????

 Gambar ni diambil masa celebrate our 4th wedding annivesary kat Le'Merdian Hotel, Putrajaya. Masa ni berat aku 53kg.

** neway, thank you for reading.. 

17 comments:

  1. Nice tips ! Boleh cuba ni. Harap Lya pon boleh istiqaman usaha nak turunkan berat ni haih

    ReplyDelete
  2. hi sis.. selamat berkenalan..
    sy pun dah try kurangkan pengambilan gula. memang berkesan cara ni utk turunkan berat badan kan...

    http://ceriteraibu.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. Ikutkan kakak ni pun jarang minum manis. Pagi kakak ambil milo tanpa gula (dalam milo ada gula sebenarnya) + omega milk dan quaker oat. Selain pagi kakak minum air kosong aje. Tapi kakak ni hantu buah semua buah masuk tu yg gula berlambak masuk dlm badan hihi...

    Utk kurangkan makan buah memang susah buat kakak ni.

    ReplyDelete
  4. tips ni semua mcm ikut..yg xboleh ikut bab mkn nasi sekali je sbb sy bf mom.. kurang mkn nasi, menggigil bdn.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Tahniah di atas usaha yang dilakukan.
    Saya dah puas diet dan jaga makan.. dan bulan ni genap 2 tahun saya usaha maintainkan berat badan. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.. yang penting usaha dan semangat kena kuat.

    ReplyDelete
  6. nice share.. boleh try mana yg mampu..

    ReplyDelete
  7. banyak yg susah nk tinggal, terutamanya air kosong dan nasi tu.. hehehe

    ReplyDelete
  8. Tahniah! 😊 Sekarang i tengah cuba amalkan banyak minum air masak. Nak kurangkan juga manis-manis ni.

    ReplyDelete
  9. wow caya lah dpat loss smpi 7kg, bukan senang nak turunkan berat bdan ni, hati kena kuat tahan nafsu pling jahat sekali, nafsu MAKAN hahha..tahniah DP

    ReplyDelete
  10. Tahniah, Intan! Sebenarnya memang 'puasa gula' ni bagus sangat kalau nak turunkan berat badan 😊

    ReplyDelete
  11. A good sharing :) Bab puasa gula ni paling bagus dan paling susah siqah nak buat :(

    ReplyDelete
  12. Bolehlah cuba tips awak ni DP. Tp masalahnya hakak ni mmg susah nak disiplin. Maklumlah lemak dah jadi oyot kot haha..... kurang gula mcm mana pun dah kebal haha...

    ReplyDelete
  13. DP....thanks for sharing this... saya nak try your method la pula, kot2 berjaya...bab minum air 2L sehari tu tak pernah berjaya...kena kuatkan azam...

    ReplyDelete
  14. Sis JM dah tahu kenapa susah sgt berat badan nk turun..x follow syarat2 yg intan share ni

    ReplyDelete
  15. Kena betul2 kuat semangat ni dan azam yg tggi

    ReplyDelete