Doa Manyambut Kedatangan Ramadhan

by dorsett pink, May 26, 2017
DOA MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADAN.

Dishare dari FB Page JAKIM

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيْمِ الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَرَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسِ السَّلاَمِ الْمُؤْمِنِ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الأَمِيْنِ المَبْعُوْثِ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ.

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu pemeliharaan dan keamanan dalam memasuki bulan Ramadan yang akan menjelang tidak lama lagi. Bersempena Majlis Sambutan Ketibaan Bulan Ramadan pada kali ini, kami menadah tangan dengan penuh pengharapan dan rendah diri agar kami dikurniakan kesihatan dan kekuatan, jiwa yang tenang dan tenteram. Hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab, tekad dan azam yang tinggi untuk terus berjaya serta dapat menjalankan tugas sebagai hamba-Mu ya Allah.

Ya Allah, bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami, elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan. Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian kami sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan. Sesungguhnya kami ingin kembali kepada-Mu dengan jiwa yang tenang.

Ya Allah, berkatilah kami, rahmatilah kami dan tekunkanlah kami dalam melaksanakan ibadah puasa Ramadan yang bakal tiba nanti. Perbaikilah segala keadaan dan akhlak kami serta segala amal kami dalam berpuasa Ramadan. Panjangkanlah usia kami dengan keberkatan Ramadan. Perbaikilah akhlak kami dengan ketibaan Ramadan. Jadikanlah puasa kami mengikut segala puasa yang dilakukan oleh Nabi kami, Nabi Muhammad S.A.W.

Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati, kekuatan dan kesabaran dalam menempuh dugaan di sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan, penuh kerahmatan dan penuh keampunan itu nanti. Moga-moga nanti kami berpeluang melaksanakan ibadah dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan bagi merebut seribu ganjaran yang telah engkau janjikan.

اللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا. وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَة وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ .وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ .وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

So, sempena ketibaan Ramadhan yang mulia ini, aku nak mengucapkan SELAMAT BEEPUASA untuk semua pembaca blog aku. .

Semoga Ramadhan tahun ni lebih mendekatkan kita dengan Pencipta kita & jangan lupa buat solat sujud syukur (selain dari solat sunat terawih) sebab dipanjangkan umur kita untuk menyambut Ramadhan sekali lagi dalam kalendar hidup kita....

So, pagi nanti jangan lupa sahur k.. Hehe
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Baca entry DP secara langsung kita berdoa sempena Ramadhan ini..
    Thanks for sharing DP..
    Salam Ramadhan Kareem LZ ucapkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga sama2 mendapat mafaat LZ. Selamat berpuasa ya LZ.. Salam Ramadhan

      Delete
  2. Salam Ramadhan. Selamat berpuasa 😊

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian. Salam ramadhan kareem ;)

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE