Pengakhiran Husnul Khotimah

in , by dorsett pink, July 19, 2017
Jumaat lepas, aku dikhabarkan akan kehilangan ayahanda seorang teman seperjuangan aku yang sama-sama tengah struggle buat phd dengan aku sekrang. Kawan aku ni merupakan ex-officemate aku dulu. Kalau ikutkan seniority, dia tu pangkat BOSS la manakala aku ni staff prebet je. Tapi bila aku resign kerja dan sambung belajar dengan dia sekali, kitaorang dah jadi kawan. Dah tak panggil Boss atau Puan. 

Last Friday, ayah dia meninggal dunia akibat cancer dan kerosakan buah pinggang. Aku pergi melawat bersama bff aku, M di Masjid al-Taqwa, TTDI. Pergi untuk memberikan penghormatan terakhir pada Arwah.  

Arwah meninggal pada jam 3 pagi hari Jumaat dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan berdekatan pada jam 3 petang. 




Kebetulan Hari Jumaat, so sudah pasti masjid akan dipenuhi dengan Jemaah Lelaki yang datang menunaikan solat Jumaat. Usai solat Jumaat, langsung diteruskan dengan solat jenazah.

Sebabkan hari Jumaat, jadinya aku dan tetamu wanita lain tak dapat masuk ke dalam masjid. Ada jemaah lelaki sampai terpaksa solat di luar. Suasana biasa kan di hari Jumaat?

Sayunya aku tengok dengan kehadiran jemaah yang sangat ramai yang turut sama menunaikan solat jenazah. Langit di hari tu pun tak panas, mendung dan redup je seolah-olah menghormati pemergian Arwah.

Terdetik di hati aku? Apakah amalan Arwah ketika beliau masih hidup dulu?? huhuhu.... Pastinya amalannya sangat banyak sehingga beliau dihormati sebegitu rupa ketika hari terakhirnya di dunia ini.

Aku terus teringat pada Arwah Blogger Shearasol. Secara jujurnya, aku tidak mengenali Arwah Shea secara dekat. Aku hanya tahu beliau adalah seorang blogger famous. Aku tidak pernah membaca penulisannya apatah lagi melihat kehidupannya melalui instagram. Entah. aku tak tahu kenapa aku tak pernah ambik tahu pasal dia. 

Tapi bilamana aku menerima perkhabaran tentang kehilangannya bulan lalu melalui mesej whatsapp dari seorang rakan, aku jadi sebak. Dan aku terus terdetik nak pergi ke upacara pengebumian beliau keesokkan hari nya. 

Aku tak kenal Shea. Dan aku juga bukanlah follower mahupun reader blog dia, tapi kenapa aku tergerak hati untuk pergi melawatnya untuk kali terakhir? kenapa? kenapa? Aku tertanya sendirian. Sudah pastilah Allah swt yang menggerakkan hati aku..

Tapi sebabkan upacara tersebut hari sabtu, jadi aku tak dapat pergi sebab kena jaga FL. huhuhu. Sedih.. Seharian aku teringat pada Arwah. Aku mula bukak blog Arwah dan baca apa yang aku sempat baca especially tentang berita kehadiran tisu barah di dalam badannya. huhu..

Kebetulan, ada kawan-kawan blogger pergi dan cerita di instagram,ramai sangat yang datang masa upacara pengebumiannya. Langit pun mendung jer, redup je seolah-olah seluruh isi alam meratapi pemergian Arwah Shea. huhuhu..

Aku tertanya, apakah amalam mereka-mereka ini semasa mereka hidup??? Sudah pasti amalan mereka itu mendapat keredhaan dari Allah swt sehinggakan mereka pergi dalam HUSNUL KHOTIMAH.

"Husnul khotimah adalah permulaan kepada kehidupan kita di alam barzakh. Jika kita meninggal dalam keadaan yang baik dan dalam keadaan ALLAH redha dengan kita, maka InshaAllah, proses seterusnya akan menjadi mudah dengan izin ALLAH."


Tiada yang kebetulan dalam hidup kita melainkan ALLAH yang Maha Kuasa yang mengaturkan cara kematian husnul khotimah kepada hamba-hamba pilihanNya. 

Bagaimana pengahiran aku nanti?? Masih banyak lagi amalan dan ibadah yang aku perlu lakukan. Perjalanan aku masih jauh lagi untuk mendapatkan syurga Allah. Yess.. i am still far away..

Aku berdoa semoga Allah swt sentiasa tetapkan hati aku untuk mendekatkan diri padaNYa dan pada ISLAM. Semoga amalan aku di dunia ini mendapat keredhaan Allah swt, supaya aku turut serta mendapat pengahiran Husnul Khotimah seperti mereka yang telah pergi.. Ammmiinn..

P/S : Untuk bacaan lanjut tentang Husnul Khotimah, boleh baca di website iLuvIslam
SHARE 16 comments

Add your comment

  1. insaf baca tulisan kak DP. Yer, kita tak tahu bagaimana pengakhiran kita...hurmm

    ReplyDelete
  2. IQ, semoga kita sama-sama mencari keredhaan Allah dan terus berusaha memperbaiki kekurangan diri..

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah...sedih sangat bila ada berita tentang kematian...entah bila giliran kita...cukup ke amalan kan?

    ReplyDelete
  4. semoga kita pun akan berakhir dgn pengakhiran yang sebegitu..
    Allah maha mengetahui.

    ReplyDelete
  5. Semoga pengakhiran untuk Kita juga huanul khotimah. Amin

    ReplyDelete
  6. Innalillah hiwainna ilaihi raji'un... semoga kita dijemput Ilahi dalam husnul khotimah

    ReplyDelete
  7. alfatihah untuk ayah kepada rakan DP.
    dan thanks ttg entry ni, semoga kita semua memperbaiki amalan kebaikan setiap saat,
    dan menjadi insan yang husnul khotimah.

    ReplyDelete
  8. Innalillahiwainnailaihirajiun.. entri yang menarik wpon syahdu baca..

    ReplyDelete
  9. terkedu saya dengan entry nie..buat hati saya jadi sebak sangat..terbayang keadaan diri sendiri nanti macam mana.. :(

    ReplyDelete
  10. alfatihah, semoga pengakhiran kita pun baik

    ReplyDelete
  11. Al fatihah...semoga rohnya di cucuri rahmat. Takziah

    ReplyDelete
  12. AlFatihah ... semoga roh nya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  13. alfatihah.. salam takziah untuk kawan akak..

    ReplyDelete
  14. SubhanaAllah...apa ye amalan kita nanti...baca kisah pasal shea...meruntun hati...Alfatihah utk arwah ayah sahabat tu...moga kita pergi pun Allah jaga kita dengan elok

    ReplyDelete
  15. Subhanallah...semoga semua amalan kita semasa kita bernyawa di terima Allah Yang Maha Pemurah

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE