Surat Terbuka Untuk Si Perokok

by - Saturday, March 03, 2018

Aku geram betul la ngan lelaki-lelaki yang hisap rokok ni! Bukannya tak de perempuan hisap rokok, ADA. Tapi orang perempuan yang hisap rokok ni aku nampak diaorang lebih 'beradab' dan menjaga sensitiviti orang-orang sekeliling. 

Tapi orang lelaki yang smoking ni langsung tak hiraukan orang-orang sekeliling especially kalau lepak kat kedai mamak. Dah banyak kali dah aku tengok. Ada sekali tu kiri kanan meja aku diaorang duk smoking asap berkepul-kepul. Langsung tak kisah ngan anak kecik (FL) yang duduk kat meja aku tu!.. Sekarang ni lagi lah, aku tengah pregnant. Tak kan lah tak perasan perut aku yang besar macam tong gas ni. Memang geramla!

Tak kan  nak cakap - "jangan lah lepak kedai mamak". Habis tu tak kan lah wanita yang anti-rokok tak boleh nak makan-minum kat kedai mamak? Kitaorang pun ada hak jugak nak makan kat mana-mana. 

Selama ni aku duk perhati je ragam-ragam si perokok tegar ni. Lepas satu kotak-satu kotak. Lantaklah! itu duit korang. Tapi tolong lah hormat jugak orang-orang sekeliling. Yang hisap guna VAPE tu lagi lah aku bengang, sebabnya asap VAPE tu berkepul-kepul. Diaorang tak lemas ke erk duk sedut asap kotor tu.Addduuss.

So, kalau lepak mamak, bila berhadapan dengan si perokok, biasanya kitaorang terpaksa makan laju-laju dan cepat-cepat balik. Tak tahan lah nak stay situ lama-lama. (En.suami aku pun tak tahan ngan bau & asap rokok). 

2-3 hari lepas. Masa aku tengah breakfast kat McD. Ada sorang lelaki ni (muda lagi - nampak gaya macam masih bujang), duk hisap vape. Padahal, dia semua meja sekeliling dia tu semuanya budak perempuan - ada yang masih single atau ada yang dah jadi mak orang macam aku ni. Dia langsung pun tak kisah ngan kaum Hawa ni. 

Selamber je dia duk sedut asap VAPE tu. Yang pompuan-pompuan ni aku nampak ada yang tutup hidung dengan tudung or tangan diaorang - sebab tak tahan ngan asap rokok tu. Bukan semua pompuan boleh terima ROKOK. Ramai orang perempuan yang memang tak boleh tolerate langsung. 

So, sebabkan terlalu geram sangat. Aku pun tulis surat ni dan serahkan pada Si Perokok tadi. Aku malas nak bersuara sebab tulisan aku lebih efficient dari kata-kata aku (Spesis pendiam.ehh!)


 Aku tulis surat ni masa mood tengah marah. huhu

Si dia terus baca surat tu. Lepas dah habis baca, aku nampak dia senyum & dah tak hisap lagi dah vape tu sampailah aku berlalu pergi. Lepas tu, aku tak tahu lah dia continue ke tak. Kesiannya kat pompuan-pompuan yang duduk sekeliling dia tu.

"Wahai Si Perokok, samaada lelaki atau wanita, tolonglah alert dengan keadaan sekeliling anda. Tolonglah sensitif dengan orang-orang yang berada di sekeliling anda. Janganlah pentingkan diri-sendiri jer sampaikan kanak-kanak dan ibu mengandung turut menerima kesannya..".. Sekian, Assalamualaikum..

You May Also Like

6 comments

  1. nasib den tak hisap rokok
    hahaha

    ReplyDelete
  2. JARANG PEROKOK YG PRIHATIN PADA MANGSA YG TERIMA TEMPIAS DAN BAHAYA ASAP ROKOK MEREKA

    ReplyDelete
  3. sokong apa akak buat.. Betul nak2 kat kedai makanan tu.. Kita dtg nak makan bukan nak sedup asap diorg ni..

    ReplyDelete
  4. Good act. Kalau bukan Kita siapa lagi Yang mampu sound mereka. Semoga sedara Tu lebih sensitip lepas ni

    ReplyDelete
  5. sangat sensitif orang perempuan bila melibatkan pregnant dan anak kecik kan? IQ pun sakit hati bila tengok perokok ni selamber jer hisap merokok tanpa tengok keadaan sekeliling. menyakitkan hati!

    semalam pergi perlawanan handball, ada plak pemain hisap rokok, hurm, nak sihat, tapi cari jalan lain nak sakit balik. cant brain that type of people

    ReplyDelete
  6. Saya pun tak suka kalau ada orang yang merokok di sekitar saya... saya jadi sakit kepala...

    ReplyDelete