Puasa.Puasa.Puasa

by - Thursday, May 17, 2018

Alhamdulillah. 

Allah masih pinjamkan nyawa seketika untuk menyambut Ramadhan kali ni. Alhamdulillah, bertemu lagi Ramadhan untuk kesekalian kalinya.

Sekarang, aku dah lebih 60 hari. Aku pantang 44 hari jer. Tak sanggup nak berpantang sampai 100 hari. Salute la pada ibu-ibu yang boleh berpantang sampai 100 hari atau sampai 6 bulan. 

Aku masih lagi breastfeeding. Exclusive breastfeeding, hajatnya nak cukup sampai 6 bulan then nak continue till 2 tahun kalau diizinkan Allah. 

Puasa sebelum ni (masa dalam tempoh breastfeeding), aku tak dapat nak puasa penuh. Penat ooo. Dahaga teramat sangat. Bila aku sendiri melalui fasa tu, then aku baru realise 'sebab tu Allah swt bagi kelonggaran untuk tidak berpuasa bagi ibu-ibu pregnant dan ibu yang menyusukan anak'. 


Aku salute tabik spring kat ibu-ibu yang still BF yang boleh berpuasa, but bukan semua orang ada kekuatan untuk berpuasa. So, dont make a judgement for those yang tak kuat untuk berpuasa. Kita dapat berpuasa, syukur, Allah bagi kita nikmat kesiahatan dan kekuatan. Tapi at the same time, it is also ujian untuk kita. Kesihatan itu kan ujian dari Allah. 

Untuk hari pertama puasa ni, aku sedih sikit. Sebab tak dapat berpuasa sama-sama ngan en.suami. Dia kini di Europe, outstation. Jadinya, aku sorang-sorang bersama dengan 2 orang anak. 

Kesian bila teringat en.suami yang terpaksa berpuasa selama 18 jam, dari jam 2.30 pagi (sahur) hingga jam 9.30 pm (berbuka). Tapi nasib baik tak puasa selama sebulan kat sana. Next week dah balik. 


last but not least, selamat berpuasa you all. 

Semoga ibadah kita di Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan sebelum ni. InshaAllah.

You May Also Like

5 comments

  1. Semoga ibu dan bay sentiasa sihat di bulan Ramadan ini

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa DP! Last year I cuba puasa sambil bf kan sofia.. I xtahan.. hu

    ReplyDelete
  3. Bila baca post ni, terus respect sangat-sangat kat ibu-ibu yang tengah pregnant and breastfeeding. Saya takde pengalaman pregnant or breastfeeding so tak tahu apa yang diorang rasa. Puasa 18 jam? Ohh my harap husband akak boleh tahan. Amin.
    All the best for this Ramadhan.

    ReplyDelete
  4. xpe Kak DP.. buat yang mana mampu dan diberi kelonggaran untuk ibu2.. besar pahala menanti..

    ReplyDelete