PhD Talk :: Final Draft Thesis

by - Thursday, July 05, 2018

Ini ialah Final Draft Thesis aku. Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat kerana aku telah menghampiri Garisan Penamat walaupun masih belum tamat-tamat lagi. 

Sebenarnya perjalananku masih panjang lagi. Kalau dah submit thesis pun, masih belum LULUS lagi. Nak kena hadap VIVA dulu, baru tahu LULUS ke TIDAK. huhu.. Tapi takpelah, at least dah sebeban batu besar jatuh dari kepala ni. 

Draft ni aku submit pada SV sebelum bersalin hari tu. Hajat dihati sebenarnya nak siapkan (submit pada Graduate School) sebaik saja lepas berpantang. Tapi nak buat macam mana keadaan tidak mengizinkan. Takpelah, biarlah lambat, janji jangan terus kecundang.



Isnin baru ni aku jumpa SV dan SV menyerahkan draft ni. Komen tak de banyak sangat,cuma nak kena masukkan lagi beberapa fakta yang tak lengkap. Pastu kena antar ke proofreader untuk proofreading, then buat final touch-up, pastu hantar ke Graduate School. InshaAllah I can do it!

Sebelum penghasilan final draft ni, aku rasa aku dah buat dalam 15-20 draft kot. Tapi dihantar chapter by chapter. Mak aihhh! Bapak banyak kan?Chapter yang paling banyak kena ammed ialah Chapter 1. 

Setiap kali antar (semua chapter), ada jer benda yang kena betulkan sampai aku sendiri pun dah letih nak hadap benda ni lagi. Sampai otak aku ni dah tepu tau.. Nak tidur pun tak lena. Masa tidur pun boleh mimpi pasal tesis. huhu..

Biarlah orang kata aku BODOH pun, takpe (memang aku bodoh pun, dulu kat sekolah tak pernah pun dapat anugerah 'best student'). Katalah apa sahaja, aku terima. Yang penting, yang aku tahu, aku nak GRAD. 


P/S : Untuk student postgrad (Master / PhD), teruskan usaha kalian. Biar sesusah mana pun pengembaraan kalian untuk menggenggam segulung Ijazah, jangan berputus asa.  Ingatlah, ada lagi mereka yang lagi susah perjalanannya dari anda. NUR sentiasa ada menanti anda di hujung sana, yang penting teruskan usaha, usaha sungguh-sungguh dan jangan berhenti BERDOA meminta pertolongan dari DIA. Kejayaan akan datang kepada kalian kelak, InshaAllah.

You May Also Like

2 comments

  1. Bestnya dah nak sampai hujung. Utk org yg baru2 nak mula ni bayang pun x nampak lagi.
    Btw, good luck Viva nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh lambat lagi la viva balkis. ni pun belum lagi submit thesis ni. Btw, all the best to you k. jangan give up. cabaran buat phd ni sangat mencabar, yang penting kena konsisten & istiqomah, konsisten membaca jurnal dan menulis.

      Delete