Breastfeeding TIPS : Petua Untuk Melahirkan Anak Cemerlang

by - Thursday, August 16, 2018


Breastfeeding TIPS : Petua Untuk Melahirkan Anak Yang Cemerlang |

Salah satu benda yang menadi AIM aku sebagai seorang IBU ialah - kalau boleh, seboleh mungkin aku nak menyusukan anak-anak aku sehingga genap umur mereka 2 tahun. 

Masa time Kakak FL dulu, bila umur dia setahun, siang-siang dah kena top-up dengan susu formula, tapi bila aku ada kat rumah, dia direct feeding jer. Masa nak wean off masa umur dia 2 tahun 3 bulan, masa tu aku sedih sangat. Aku sedih dan dia pun sedih tapi aku kena tabahkan hati. Dan amazing, bonding tu terikat hingga ke hari ini. 

Sampai sekarang Kakak FL sangat manja dengan mommy, sampai jeaslous dengan adiknya yang asyik 'berpeluk' mommy jer. Sehingga ke hari ini, Kakak FL nak tidur dengan mommy jer, dia tak nak tidur dengan orang lain hatta dengan daddy sekalipun, kecuali kalau mommy pergi mana-mana tak tidur kat rumah, baru dia ok tidur dengan mr.daddy. 

Dan dengan adik ni pun, aku aim benda yang sama untuk susukan dia hingga umur dia 2 tahun. Kalau supply susu mommy Ok, so tak perlu top-up dengan FM bila umur dia dah setahun nanti, tapi kalau tak cukup, terpaksalah top-up.

Dan aku sangat-sangat bersyukur sebab aku selalu mendapat TIPS-TIPS tentang Breastfeeding yang dikongsikan oleh sahabat-sahabat blogger mahupun melalui buku-buku atau melalui TV atau Youtube. Ada benda yang aku terlupa, so inilah masa untuk buat revision.

Salah satu TIPS yang aku baru tahu (mujur sebelum terlambat) yang mana aku tak tahu masa menyusukan Kakak FL dulu ialah TIPS Untuk Melahirkan Anak Yang Cemerlang Melalui Susu Ibu. 


Aku tahu pasal TIPS ni masa tengok satu rancangan agam kat TV. Lupalah nama rancangan tu. Ustazah yang bagi ceramah tu pun aku lupa nama dia. 

TIPS nya ialah sebelum menyusukan anak, ambik wudhu' dulu dan menyusukan baby dalam keadaan kia berwudhu' walaupun kita dalam haid. 

Sebab ada kisah di zaman Sahabat dulu-dulu, ada seorang Pemuda ni sangat-sangat hebat, tawaduk, bijak, pandai , seorang yang berakhlak mulia dan punya semangat JIHAD yang sangat tinggi. Bila tanya pada ibu ayah dia, rupanya ibu dia kata, yang dia (si ibu) menyusukan anaknya itu dalam keadaan dia berwudhu'. (Aku lupa nama Pemuda tu, sorry!. Tapi nama dia sangat terkenal dalam Sejarah Islam).   


Mula-mula aku rasa macam leceh sikit nak buat, sebab nak kena ambik wudhuk sentiasa. Tapi bila minda kita fikir Negatif, jadi Tindakannya pun akan negatif juga. So, aku just buat je- ambil wudhuk dan susukan baby. 

Alhamdulillah, lama-lama dah jadi runti dan dah tak rasa susah. 

Tak susah pun - Setiap kali masuk toilet untuk buang air, terus ambikwudhuk sekali. Buat begitu selalu, lama-lama dah jadi rutin, sebelum keluar toilet wajib ambik wudhu'.

Aku harap aku istiqomah buat rutin ni sehingga Leeya wean-off nanti. Dan akan teruskan untuk anak-anak yang lain (in future!).

(sedih masa Kakak FL dulu tak tahu. huhuhuu).

You May Also Like

2 comments

  1. nice tips. saya belum berkahwin tapi tak salahkan kalau baca tips n ? hahaha

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAH AMALAN YG BAIK DEMI ANAK2TERSAYNG

    ReplyDelete