Resipi Mudah Udang Masak Kicap

by - Friday, August 10, 2018

Resipi ni aku dapat dari Rancangan 5 rencah 5 Rasa kat TV3. Nmapak macam sedap jer Chef Sherson masak, so aku cubalah. Lagipun Nampak dia masak macam senang jer, 5 minit dah siap. 

Kalau masakan susah-susah, tak kuasa aku nak cuba. Ai belum cukup kental nak berdiri lama-lama kat dapur.. gitteeww.. hahahha.

Tapi resipi ni aku ubah sikit-sikit, tak ikut exactly apa yang dia ajar.


Cara Masak Resipi Mudah Udang Masak Kicap :
1.    Cincang bawang putih dan halia. Tak perlu halus sangat.
2.    Tumbuk cili hidup yang warna merah tu.
3.    Panaskan minyak.
4.    Tumis bawang puth dan halia yang dicincang tadi.
5.    Bila dah naik bau, masukkan cili yang ditumbuk tadi.
6.    Masukkan sos tiram sikit dan kicap manis sikit.
7.    Pastu, masukkan udang.
8.    Ratakan dengan bahan-bahan tadi.
9.    Masukkan pati ikan bilis.
10.    Masukkan air sikit. Sikit jer, jangan banyak-banyak sebab udang dah ada air.
11.    Pastu, masukkan garam sikit untuk perasa.
12.    Bila dah siap, masukkan daun ketumbar atau daun kuchai.
13.    Tutup api, siap untuk dihidang.

 

Selamat menjamu selera!

You May Also Like

2 comments

  1. Nyumm nyummm. Suka juga tonton 5 Rencah 5 Rasa tu 😊

    ReplyDelete
  2. x pernah buat udang masak kicap tapi macam sedap ni x hitam sgt ye rupanya dia hihi

    ReplyDelete