Baby Dah Pernah Jatuh Katil

by - Friday, September 07, 2018

Leeya, She will turns 6 months old next week. Cepat jer kan.

Dia sangat baik. Baik jer bila mommy busy buat kerja kat laptop atau kat dapur, dia main sorang-sorang. Tak menangis pun. Tak meragam. Cuma dia akan menangis kalau lambat dapat susu. So bila dia dah bagi hint nak susu tu, kena cepat-cepatlah susukan dia sebelum dia menjerit. hehe.

Dan sangat manja. Kalau nak tidur, mesti nak kena pegang tangan. Kalau tak pegang tangan tak boleh tidur. Sama jugak bila waktu minum susu, mesti nak kena pegang tangan mommy, baru dapat minum dengan tenang. errrm. So manja. sebab tu Kakak FL ada perasaan jealous dengan si adik ni. 


Sekarang ni dia dah pandai golek-golek.  Kalau dia tidur atas katil, kena selalu tengok-tengok dia. Walaupun dah sendal dengan bantal-bantal sekeliling katil tu. Sebab dia dah pernah jatuh katil. Nasib baik tak ada apa-apa kecederaan. Masa jatuh katil tu, dia menangis je lah. Mujur tak muntah. Kalau muntah, kena cepat-cepat bawa pergi klinik / hospital sebab takut ada internal injury.

kalau mommy buat kerja kat laptop, biasanya letak dia atas tilam kat dalam bilik study jer. Itupun dia akan goleh-golek dan jatuh tilam. Kalau dia nak kemana-mana atau nak grab apa-apa, dia akan golek-golekkan badan dia sampai dia dapat grab apa yang dia nak tu. 


So, mata kita memang kena perhati jer kat dia. Takut nanti dia golek dan golek, mommy tak sedar, dah jatuh tangga. kan susah. huhuhu.. Minta dijauhkanlah kemalangan rupa itew. 

 

Walaupun kita dah sendal bantal kat tepi tilam ni, dia tetap boleh squeeze bantal tu.

Tak lama lagi, the chaotic will begin.. Errrmm.. Bertabahlah mommy dan daddy ya.

You May Also Like

3 comments

  1. LEEYA COMEL MONTEL MOGA SHT SJHTRA SELALU

    ReplyDelete
  2. Macam anak buah Kak PC....puaslah maknya kepung dengan bantal keliling katil tu..hujungnya tergolek juga...bersyukurnya tepi katil bawah letak narita dan bantal-bantal juga....

    ReplyDelete
  3. Salam blogger. senangnya jaga anak macam Leeya.

    ReplyDelete