Baby Tak Lena Tidur di Hotel sebab Sejuk

by - Wednesday, September 19, 2018

Hari tu masa pergi short vacation ke Penang dan Sungai Petani, Leeya tak lena tidur malam. So malam-malam dia merengek dan menangis jer. Kesian dia. Tidur tak lena sangat sebab sejuk. Biasalah tidur kat bilik hotel kan, ada air-cond, so memang sejuk lah. 


Kami dah tutup air-cond tapi still sejuk jugak. Dah bagi dia pakai sleeping bag tapi tetap merengek juga. Sebab dia tak selesa bernafas. Bila sejuk, dia akan selsema. 

So, nampak gayanya Leeya ni sama character macam Kakak F. Dulu-dulu (masa Kakak FL kecil-kecil) dia tak selesa tidur dalam air-cond, even sampai sekarang pun dia tak tahan sejuk. So, kalau tidur dalam air-cond, kami akan pasang dalam suhu 24-26 darjah celcius jer. 

So, bila pergi hotel, aku akan bawak sleeping suit untuk Kakak FL. Masa dia kecil-kecil dulu, aku pakaikan dia sleeping bag. Bila dah besar ni, dah tak pakai sleeping bag, cukup sekadar pakai baju sejuk dan sleeping suit (yang tebal).


Adik ni pakai sleeping bag tapi hidung dia tetap tersumbat, so rongga pernafasan dia tak lancar. Sebab tu dia rasa tak selesa.

Nasib baik hari tu ada bawak medication siap-siap. Bawak nasal spray & essential oil lemon. 


Nasal Spray tu just spray je kat dalam hidung dia. Itu air garam, so tak ada apa-apa kesan sampingan pada baby. Essential Oil Lemon tu pulak, sapukan kat tapak kaki dia dan dada dia.

Dan Leeya pun ada naik rashes kat muka. Eczema. Sama pesen macam Kakak FL - allergic ngan cuaca sejuk. Bila sejuk atau panas melampau, confirm akan naik rashes tu. Untuk Leeya ni, aku tak apply apa-apa cream lagi. esok baru nak consult dengan paediatrician dia. 

You May Also Like

6 comments

  1. kesiannya sampai tak boleh tidur malam. Nasib dah prepare siap2 ubat diorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. nasib baik ada bawak ubat. Tak expect dia akan rasa tak selesa macam tu

      Delete
  2. Dura pun gunakan nasal spray tu utk anak2 masa dorang baby, very useful and helpful time sesema

    ReplyDelete
  3. Baru betul anak Malaysia, tak boleh sejuk.. hehe.. Kalau Nesz, lagi sejuk lagi suka.. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.Kan , anak melayu jati gitew. Anes kulit kebal takpe. hihi

      Delete