Berehat Semalaman di Cititel Hotel, Penang

by - Thursday, September 20, 2018

Hujung minggu hari tu masa ke Penang, kami stay semalaman kat Hotel Cititel yang terletak di Georgetown, Penang.

Misi ke Penang adalah nak berseronok kat Taman Escape yang terletak di Teluk Bahang. Supposely better stay kat batu ferenghi kalau nak ke Taman Escape sebab lagi dekat. tapi sebab hari sabtu hari tu, kami sampai lewat malam di penang, badan pun dah letih giler, mata pun dah mengantuk giler, jadinya, kami pun bermalam je la di Georgetown. Janji dapat tidur.

Sebenarnya dapat stay kat hotel ni pun dah seribu rahmat sebab hotel yang kami book awal-awal tu tetiba fully book. Ada sistem error di pihak booking.com. (Tapi dapat refund duit balik). So, last minute hunting hotel jam 1 pagi, last-last dapat gak Hotel Cititel ni. TQ Cititel. Nasib baik ada bilik kosong. Kalau tak, tidur di masjid je lah jawabnya.  

kami stay kat bilik Deluxe. Itu je bilik yang available.

 Bilik agak luas, so selesa lah untuk kami 4 beranak ni. agipun nak tidur je kat sini. Esokkannya, pagi-pagi dah keluar.


 Ini bathroom nya.


Ada sejadah untuk Muslim.


Hotel ni ada indoor swimming pool tau tapi kami tak sempat nak berenang-renang bagaikan ikan duyung kat pool tu. Next time la datang lagi.

So, untuk sesiapa yang mencari penginapan mampu milik di bandar Georgetown, Cititel ni adalah salah 1 hotel yang ada dalam list. hihi.

You May Also Like

3 comments

  1. bestnya ada indoor swimming pool

    ReplyDelete
  2. happy holidayyyy hihi kite pun baru balik dari Penang 2 mggu lps... :)

    ReplyDelete