Baby Tak Nak Makan

by - Saturday, October 13, 2018

Baby Tak Nak Makan | Dah 2 hari Leeya menginjak ke usia 7 bulan. Alhamdulillah, dia suka makan. So far, dia makan 2 kali sehari - lunch & dinner.

Tapi sejak dia demam Ahad hari tu, dia start refuse makanan. Dia dah tak nak makan start dari hari tu. Mungkin sebab tak ada selera. Almaklumlah orang sakit kan. Kita kalau sakit pun, tak de selera juga nak makan. huhu.


Tapi as a mom, aku risau sangat bila dia tak nak makan. Nampak jer rupa sudu, dia tutup mulut dia rapat-rapat. Memang berbeza la dari sebelum ni, kalau tak pantang nampak sudu , cepat jer dia nganga mulut , tak sabar nak makan.



Kali ni dia memang langsung tak nak tengok sudu kalau boleh. So, bila dia menangis, atau dia 'terbuka'  mulut dia, masa tu lah aku cepat-cepat masukkan makanan dalam mulut dia. Kalau minum air, dia tak de masalah, laju je minum nya. Kalau minum susu pun sama, laju jer. So, kalau susu dan air, dia memang tak de masalah.

Risau memang risau. Macam-macam yang mommy risaukan. Risau berat badan susut la. Risau tak cukup zat la. Paling risau adalah takut dia tak nak makan terus sampai besar.

Nak kata pujukk, dah jenuh pujuk dia makan, tapi tak jalan juga. So, walaupun dia tak nak makan, mommy paksa juga dia makan. Dapat 5 suap pun jadi lah, dah bersyukur sangat dah.

Tapi sejak semalam, mommy nampak dia suka makan baby's biscuit a.k.a baby rusk. Habis semangkuk dia makan biskut tu. Biskut tu mommy hancurkan dengan EBM. Hari ni pun sama , dia makan biskut tu semangkuk sampai habis. Tapi kalau mummy bagi dia bubur, dia reject. Puri pun sama dia reject. Dengan biskut tu, rela hati je dia makan tanpa perlu ada drama sinetron.



So, nampaknya sekarang ni kena bagi dia makan biskut tu je la sampai dia ada selera balik nak makan bubur. Hopefully, fasa ni tak bberlarutan lama.

You May Also Like

4 comments

  1. tak suka bubur kot.. bagi je lah biscuit tu. sebab manis2 kot.

    ReplyDelete
  2. anak kita sebaya.. sama dgn amsyar tgh xnk mkn.. nti nk try beli biskut baby ni laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh sebaya erk. try la bagi dia makan rusk ni. anak saya suka

      Delete