Bengangnya Mommy Bila Tahu Anak 'Mencuri'

by - Friday, October 12, 2018

Hari tu (beberapa minggu lepas), pulang saja dari sekolah, Kakak FL excited sangat nak tunjuk kat mommy 'something' dalam beg sekolah dia. Rasa excited tu macam rasa dapat hadiah. 

Bila dia keluarkan 'something' dari beg dia, teng-teng-teng, muncul lah ini ↓.

Kakak FL memang pesen jenis make-up lover. Dia memang excited bila dapat barang mekap.


Mommy pun terus bertanya : 'Ni apa?'

Kakak FL : 'Lipstick'

Mommy : 'Siapa punya?'

Kakak FL : 'Leena punya'.

Mommy : 'Ambil mana?'

Kakak FL : 'Kawan bagi'.

Mommy : 'Kawan mana? Siapa nama?'

Kakak FL : 'Anis'


Mommy : 'Cakap betul-betul. Anis bagi atau Leena yang ambik. Cakap betul-betul, jangan tipu! Kalau tipu masuk neraka'.  (Mommy berkata-kata dalam nada lembut, so bacalah dengan itonasi biasa jer).

Kakak FL : (Terdiam.. Sambil tengok lantai)

Mommy : (Terus pergi lipat kain, malas nak layan!).

Lepas 5 minit.

Mommy : 'Sayang Leena, meh datang sini kat mommy'. Terus saja dia datang.

Mommy : Cuba cakap betul-betul dengan mommy, jangan tipu. Tak baik tipu. Allah marah orang tipu. Kalau tipu masuk neraka. Lipstick ni mahal tau. Ni Lipstick mommy Anis. Bukan Anis punya. Cuba cakap dengan mommy, Anis yang bagi lipstick ni kat Leena atau Leena yang ambik lipstik ni sendiri? (Mommy berkata-kata dalam nada lembut, so bacalah dengan itonasi biasa jer).

Kakak FL : Dengan muka yang penuh sedih, dia pun cakap perlahan-lahan - 'Leena ambik sendiri'.

Mommy : 'Anis tahu tak?'.

Kakak FL : 'Tak tahu'.

Mommy : 'Kalau ambil barang tanpa minta izin dari orang tu, tu maknanya mencuri . Allah marah orang mencuri. Kalau mencuri kena potong tangan. Pastu kena duduk dalam neraka. Nak ke mommy potong tangan Leena sekarang?'. (Mommy tak tinggikan suara pun, cuma memandang tepat ke matanya).

Kakak FL : 'Tak nak'. (Berkata-kata dalam nada yang sangat slow macam berbisik).

Mommy : 'Nak ke masuk neraka?'. (Mommy cakap slow jer, separa berbisik).

Kakak FL : 'Tak nak'.

Mommy : 'OK, kalau tak nak, pulangkan semula lipstick ni kat Anis, sebab ni lipstik mommy dia. Pastu cakap sorry kat Anis sebab dah ambil lipstick ni. Faham tak? Nanti mommy beli lipstick baru kat Leena'.

Kakak FL  : 'OK mommy. sorry mommy'.

Kakak FL : 'Bila mommy nak beli lipstick baru kat Leena?'

Mommy: 'Esok mommy beli'. 


Pastu esokkannya, terus mommy beli 'lipstick' baru kat dia yang ini ↓ .


Pastu, belikan juga set mekap toys ni untuk dia.


Berbunga-bunga la hati dia.Sampai ke hari ni duk main dengan 'mekap' ni. Alahai ragam anak perempuan. Nanti kalau anak lelaki, agaknya mesti nak main ultraman, spiderman, power rangers kan. eerrmm.

You May Also Like

6 comments

  1. budak2 kadang2 tak tau yg mana betul yg mana salah. kita lah yg perlu membimbing. Semoga kakak FL x ulangi kesilapan ni lagi dan jadi anak solehah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni skrang dalam fasa membimbing la ni. Kalau tak fikir dia umur 4 thun, memang dah kena rotan dah

      Delete
  2. mcm2 ragam anak kan..
    ank sya pun suka makeup2 kdg2 tu lipstik yg matte tu dia hentam.. patut nmpak cantik je bibir dia .. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahaha... Anaka saya ni memang pantang tengok kosmestik, habis dia bedal. So, skrang mommy dah tak pakai dan tak beli kosmestik dah. hihi

      Delete
  3. BAIK FL JUJUR DIA NGAKU..MUDAH PULA TERIMA TEGURAN MUMMYNYA

    ReplyDelete