My Breakfast and Supper - Corn Flakes

by - Thursday, November 01, 2018

Salah satu menu breakfast favourite aku ialah 'Corn Flakes'.

Cepat, Senang dan Sihat.

Kadang-kadang kalau tengah malam lapar, aku pun tibai ni jer.

So, fresh milk dan corn flakes memang  wajib ada dalam stok pantri kat rumah ni.


 Kalau nak betul-betul healthy, gunalah low-fat milk. Tapi sebabkan aku masih bf Leeya, jadinya aku consume jer full-cream milk supaya Leeya dapat calsium dan zat besi yang secukupnya dari susu mommy.

Kadang-kadang tengah-tengah malam aku lapar jugak. So bila lapar tu, terus ambik cornflakes ni letak dalam bowl pastu tuang dengan fresh milk dan terus makan. Senang kan?

Almaklumlah bila menyusukan anak ni memang cepat jer lapar. Tak kira masa lapar nya. Kalau ada hari Leeya minum banyak banyak yang lebih dari biasa, memang banyaklah mommy makan hari tu. Tapi hari-hari pun memang makan banyak, cuma ada hari-hari special yang Leeya consume susu banyak sikit, jadi mommy pun terpaksalah kena top-up tenaga dan zat jugak supaya dapat bagi nutrien yang secukupnya untuk anak kesayangan ni.

Sebab tu la badan pun dah macam dipam-pam ni. Mana tidaknya, bila lapar jer - telan makanan, bila lapar jer- telan makanan. Tak boleh nak diet lagi la buat masa ni. Masih tak mampu. Kalau kurang makan, mommy sendiri yang jadi letih dan tak larat sebab Leeya memang minum banyak sangat. 

Takpelah, nanti bila dah tiba masanya mommy kuruskan badan k. hahahaha.. Berat tu adalah turun dari bersalin hari tu, cumanya masih lagi tak dapat berat ideal mcam sebelum pregnant tu. Target = nak 50 kg. SEkarang tak sampai lagi berat tu, cuma dah nak dekat dah la.

Nak kurangkan makan tak boleh especially makan nasi sebab aku ni jenis lidah Melayu, macam mana pun tetap nak makan nasi. So, sebab tu seboleh mungkin aku akan cuba prepare food dengan cara yang paling sihat. #eatclean omputih kata. Aku cuba jer la seboleh mungkin tapi ada kalanya terbabas jugak. eerrmmm..

You May Also Like

0 comments