Pergi Kelas Mengaji

by - Wednesday, January 09, 2019

Tahun ni Kakak FL masuk kelas mengaji. Dia ada belajar mengaji juga kat tadika tapi saja nak bagi dia lebih cepat pandai mengaji. Tak salah kalau anak-anak dididik dengan kalam Allah sejak dari awal usia. Biar dia kenal Pencipta dia terlebih dahulu dari dia kenal dunia. 

Lagi awal lagi bagus sebenarnya. Tapi disebabkan Kakak FL ni yang aku tak yakin dia boleh fokus dalam kelas waktu umur dia 2-3-4 tahun, sebab tu sengaja delay sampai dia umur 5 tahun (tahun ni dia akan masuk 5 tahun). Alhamdulillah, nampak dia boleh fokus dan dia enjoy sangat. dia kata Ustazah best. Selain dia, ada lagi beberapa orang kanak-kanak sebaya dia yang turut mengaji kat situ.



Tempat yang aku hantar dia kelas mengaji ni ialah Sekolah Islam KAFA (sekolah swasta), khas untuk kanak-kanak sekolah rendah yang nak ambik kelas KAFA. Tapi disediakan juga kelas mengaji untuk kanak-kanak dari seawal usia 4 tahun hingga remaja. Nanti kalau Kakak FL dah masuk Darjah 1  nanti boleh lah sekolah KAFA kat situ je. 

Yuran pengajian ialah RM 50 sebulan. Yuran Pendaftaran RM 120. Buku mengaji RM 20. Belajar setiap hari, 15 - 30 minit, depends pada kelancaran dan kekuatan kanak-kanak tu. Kalau diaorang tak larat nak baca banyak-banyak, baca 1 muka surat je pun takpe, ustazah tak marah. Kaedah pembelajaran ialah secara 'one-to-one', so masing-masing kena tunggu giliran masing-masing. 

Dia pergi mengaji petang-petang, lepas balik dari tadika. Mommy ambik dia kat tadika jam 5 petang, pasu terus antar kelas mengaji. Tadika dengan kelas mengaji ni dekat sangat-sangat, jalan kaki pun sampai. Au rasa beruntungnya duduk kat area ni, sebab semuanya dekat-dekat, nak apa semua ada kat sini. Sekolah, kelas agama, kelas kafa, sekolah swasta, kelas muzik, kumon, art class, bank, semua ada. Senang mommy tak yah nak drive jauh-jauh. 

Kat situ guna kaedah 'Al-Hira' ni. 

You May Also Like

9 comments

  1. Alhamdulillah..selamat mengaji ya FL cumil.

    ReplyDelete
  2. ohhh,, bagus tu.Saham akhirat kita kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. TQ Ina sebab sudi baca blog kita

      Delete
  3. Alhamdulillah semoga terus rajin mengaji.. ank sy pun hantar petang mengaji. kadg2 tu ada juga excuse sebab penat sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke.. good. good. biasalah budak-budak, memang diaorang penat seharian pergi sekolah

      Delete
  4. selamat mengaji kakak.
    cute nya berbaju kuning :)

    ReplyDelete