PhD Talk | My Wall of Ideas

by - Wednesday, January 16, 2019

Ok, aku nak share kat sini pasal 'My Wall of Ideas' . Dalam bahasa melayu dipanggil Dinding Idea kot. Kot la. Entah, aku pun tak pasti, tulis je lah tajuk dalam english gitu. Aku coretkan disini sebab aku nak ia menjadi kenangan terindah bila mana nanti aku dah lupakan fasa 'struggle' ni. 

For sure, tahun-tahun akan datang (Tahun 2021, 2012, 2023, 2030,2040) aku dah tak cerita dah pasal phd ni. Dah out dated dah nak cerita masa tu. Dan masa tu jugaklah aku dah buat benda baru yang aku tengah duk pulun kan? So, better aku cerita sekarang, untuk tatapan diri sendiri di hari tua nanti dan untuk rujukan untuk anak-anak aku bila mana mereka masuk ke menara gading satu masa kelak. 

Gambar dari google image


Sepanjang aku buat PhD ni, aku rasa serabut sangat kepala otak aku ni. Serabut sebab banyak benda nak kena buat dan nak kena ingat. Even masa tengah masak dan masa mandi pun duk fikir pasal tesis. Sampaikan tidur malam pun termimpi-mimpi benda yang ditulis kat laptop tadi. huhu. 

Kadang-kadang tu (selalu sebenarnya), idea datang tiba-tiba tanpa bagi signal terlebih dahulu. Kalau dalam bilik air tu, tetiba banyak la pulak idea datang mencurah-curah. kalau idea datang kan, terus je tulis kat mana-mana even kat dalam telefon. Aku selalu catat kat dalam Apps 'G-Notes', download je kat PlayStore. Dan jugak, selalunya aku catat kat dalam buku nota. Sebab tu, aku pergi mana-mana wajib dalam beg ada pen dan buku nota (saiz kecik).

Bila dah free sikit, tulis terus idea tu kat atas Sticky Notes, dan lekat je kat atas dinding. 

Ini bilik study aku. Simple jer. Takde yang menarik pun. Nak hias cantik-cantik pun tak sempat.

Sebelum 2018, aku buat kerja kat library UPM. So, hari-hari berulang-alik ke UPM. Start tahun 2018, aku decide nak buat kerja kat rumah jer. So, aku set-up la bilik study yang kondusif (konon-kononnya). Aku nampak, bila aku buat kerja kat rumah, aku lebih fokus dan produktif compare to kalau buat kerja kat library. Saalah 1 sebabnya ialah - sebab kat library bukan tempat kita, so wall tempat kita buat kerja tu tak boleh main tampal-tampal. Aku perasan, bila aku start tampal-tampal nota kat dinding, aku lebih fokus, dan kerja aku lebih tersusun, sebab nampak dengan jelas apa yang perlu dibuat/ditulis hari tu. 

Ini salah satu ruang kat Library UPM. Ada lagi ruang-ruang lain yang lagi best.

 Ni wall masa zaman tak organize lagi. Main pakai lekat je semua benda kat wall. Janji weekly planner tu ada.

Gambar anak-anak tu pembakar semangat untuk aku terus menulis dan tak give-up

Saat yang aku tak kan lupakan - sambil tulis tesis, sambil pam susu. Ataupun, sambil tulis tesis, sambil susukan anak.

 Bila dah organize, aku guna chart macam ni pulak. Chart ni aku beli dengan Dr.Roket. Pergi je kat FB dia, pastu contact team dia.


 Ini gambar terbaru. Aku belum clearkan wall ni lagi. Nanti-nantilah. Nampak tak ada lukisan warna-warni tu? Tu Kakak FL lukis bila mana mommy dia dah submit tesis hari tu. Maksud lukisan tu ialah - 'lepas ni family kita dah ada 5 orang, tambah sorang lagi brother.' hahahahha. eerrrmmm.. 


Itulah je yang aku nak share kali ni. Thank ypu sebab membaca.. =))

You May Also Like

8 comments

  1. kite share yer sis...nak suh ank sedara baca buat pembakar semangat dia..hihi

    ReplyDelete
  2. Faham sgt perasaan bila sampai terbawa dalam tidur. Agak menyeksakan juga lah kan. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah..bukan agak, tapi memang menyeksakan, tapi kita chill-chill je lah, enjoy je, buat-buat happy. hehe

      Delete
  3. pengalaman friends yg buat phd, lebih kurang.
    tidur pun terkenang-kenang.
    apatah lagi makan & minum :)
    beruntung muda2 dpt amik sampai phd.
    takkan rugi masa & tenaga yg da dicurahkan.
    semuanya pasti berbaloi.

    ReplyDelete