Resolusi 2019

in , by dorsett pink, January 09, 2019
Dah 9 haribulan, baru berkesempatan nak tulis Resolusi tahun ni. Errmm.. Actually tak ada apa yang menarik pun, sebab tu lah delay nak tulis. 

Macam tahun lepas resolusi aku nak siapkan tesis dan hantar pada Graduate School UPM. Alhamdulillah berjaya walaupun struggle macam nak mati & dapat hantar pun di hari terakhir 2018. Takpelah, at least hantar jugak dari terus proscatinate. Dah hantar rasa lega giler. Otak dah serabut nak ingat apa-apa pasal tesis. Fuhh! Thank you Allah bagi kekuatan fizikal dan mental untuk siapkan walaupun kelam-kabut giler. 


Resolusi Tahun 2019 ni :

1. Nak kembali aktif bersukan atau nak kembali dengan rutin kekal cergas sepanjang hari. Gittteeeeww.. Untuk permulaan, nak join aktiviti 'Fun Run' dulu. Kalau dapat istiqomah join fun run untuk setahun  ni dah cukup bagus dah. 

2. Nak istiqomah baca buku. 
 I love reading. Tapi sejak fokus kaw-kaw buat tesis tu since few years ago, aku cuma boleh luangkan masa untuk baca buku yang berkaitan dengan study which was so boring. Tapi dah terpaksa, ku ikutkan saja. Kalau dulu-dulu masa zaman bujang aku suka baca novel. Tapi sejak dah berkahwin dan dah ada anak ni, dah kurang minat dengan novel. So, currently lebih interested dengan buku-buku 'self-motivation' dan buku yang berkaitan dengan dunia business. 



Buku-buku ni pun tak habis baca lagi. Hopefully bulan ni bolehlah habiskan tiga-tiga buku ni.


3. Study untuk VIVA
Walaupun viva lambat lagi, tapi start dari sekarang dah kena studi supaya nanti bila dah tahu tarikh viva, kita pun dah get ready dan tak nerves sangat. Perhaps, dapatlah lulus viva nanti dan sekaligus berjaya menggenggam segulung ijazah kedoktoran. Harap-harapnya gitu lah. 


OK, ini je lah tiga resolusi aku untuk tahun 2019. Hopefully tercapai. List tak banyak sebab takut nanti tak boleh nak buat. Cukuplah tiga ni, yang aku rasa realistik untuk aku buat sepanjang tahun 2019 ni. 

May Allah bless me as always.... 
SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE