Cuti Panjang Tak Kemana-Mana

by - Monday, February 04, 2019

Cuti panjang Tahun Baru Cina ni, kami sekeluarga tak kemana-mana. Hanya spend masa kat rumah jer. Tak de mood nak drive jauh-jauh, sebab tak nak terperangkap dalam jem. 

Kat KL dan Selangor pun banyak juga attractions. So, akan luangkan masa untuk anak-anak kat area KL ni je lah.

Dah 2 hari start cuti. Bestnya. Dapat mandi-manda kat pool. Dah lama tak turun mandi pool. Hari-hari biasa, masa tu macam pack jer nak pergi swim. Weekend pulak kitaorang selalu pergi kat taman awam atau stadium untuk jogging. So, waktu cuti macam ni lah, ada peluang untuk turun swim kat kolam renang.



Leeya ni demam. Aku cerita kat entri sebelum ni. Tapi lepas dapat main kolam, terus sembuh dari demam. Errmm. Kuat betul penangan air kolam ni. Both Kakak FL dan Leeya memang suka sangat main kat swimming pool. Just like their mommy - hantu air. hihi.


Dah 2 hari aku berjaya buat 8 laps - breaststroke. Ok lah 8 laps breaststroke, selepas berehat panjang cuti bersalin. Sebelum ni (lepas bersalin Leeya) hanya berjaya buat 3-4 laps jer. So, sekarang nampak gayanya aku dah makin fit, dah boleh buat 8 laps, esok-esok mungkin boleh tambah lagi buat 10, 15, atau 20 laps. hehe.. 

Kalau aku berjaya buat 15 laps, aku nak self-reward makan cheese cake. Dah lama tak makan cheese cake ni. hehhee.. 

You May Also Like

3 comments

  1. Bukan FL,Leeya dan mommy je yang swimming ni..ada juga yang join tu...hihihi.

    ReplyDelete
  2. smalah kak.. cuti CNY mmg xkan kluar jalan. sana sini jem. Penang lagilaa hohoho..

    ReplyDelete